Sunday, June 18, 2017

10 Pengajaran Dari Jibril

Image result for langit biru awan putih

Datangnya malaikat yang paling mulia, menemui Nabi yang paling mulia disaksikan para sahabat yang mulia tentulah merupakan hal yang istimewa. Pastinya banyak sekali faidah yang ada di sana. Kali ini kita akan mengambil beberapa faedah tentang ilmu dari kisah tersebut.

Pertemuan yang Istimewa

Datangnya malaikat yang paling mulia, menemui Nabi yang paling mulia disaksikan para sahabat yang mulia tentulah merupakan hal yang istimewa. Pastinya banyak sekali faidah yang ada di sana. Kali ini kita akan mengambil beberapa faidah tentang ilmu dari kisah tersebut.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari sahabat 'Umar bin Khaththab radhiyallahu' anhu, beliau mengisahkan,

بينما نحن جلوس عند النبي صلى الله عليه وسلم إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب, شديد سواد الشعر, لا يرى عليه أثر السفر, ولا يعرفه منا أحد, فجلس إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأسند ركبتيه إلى ركبتيه, ووضع كفيه على فخذيه

"Ketika kami tengah berada di majelis bersama Rasulullah pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang laki-laki yang berpakaian sangat putih, berambut sangat hitam, tidak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan jauh dan tidak seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Lalu ia duduk di hadapan Rasulullah dan menyandarkan lututnya pada lutut Rasulullah dan meletakkan tangannya di atas pahanya sendiri "(H.R Muslim).

Selanjutnta Jibril bertanya kepada Nabi tentang makna islam, iman, dan ihsan serta perkara tentang hari akhir dan dijawab oleh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.

Faedah dari Sebuah Kisah

Dalam kisah datangnya Jibril ini kita boleh mengambil beberapa faedah tentang ilmu:

1. Anjuran untuk aktif menghadiri majlis ilmu.
Tatkala Jibril 'alaihis salam datang, para sahabat sedang duduk bermajelis bersama Nabi shallallahu' alaihi wa sallam. Demikianlah kebiasaan para sahabat. Mereka datang kepada Nabi untuk mendapatkan ilmu dan meminta nasihat kepada beliau. Mereka adalah orang yang semangat untuk mencari ilmu. Hendaknya kita boleh mengambil pelajaran dari kisah ini, dan menjadi motivasi bagi kita untuk aktif mendatangi majelis ilmu. Seseorang tidak akan boleh mendapat ilmu jika tidak datang menghadiri majlis ilmu, sebagaimana perkataan Imam Malik rahimahullah,

العلم يؤتى ولا يأتي

"Ilmu itu didatangi, dia tidak akan datang sendiri."

2. Anjuran bagi para pendakwah untuk aktif mengajarkan ilmu.
Datangnya Jibril 'alaihis salam tujuannya adalah untuk mengajarkan ilmu kepada para sahabat. Kedatangan beliau bukan kerana diminta oleh Nabi dan para sahabat. Demikianlah semestinya seorang dai dan juru dakwah, adakalanya dia harus aktif dan punya inisiatif sendiri untuk mengajarkan ilmu tanpa harus diminta oleh muridnya atau harus menunggu dijemput oleh panitia pengajian.

 3. Memakai pakaian yang bagus ketika menghadiri majlis ilmu.
Jibril 'alaihis salam datang menggunakan pakaian yang sangat putih, yang menunjukkan pakaian yang beliau pakai adalah pakaian yang bersih dan bagus. Baju putih juga adalah warna yang disukai oleh Rasul shalllahu 'alaihi wa sallam. Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu' anhuma, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ فَإِنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ

"Pakailah oleh kalian pakaian yang putih kerana itu termasuk pakaian yang paling baik" (HR. Abu Daud 4061, hasan).

Oleh kerana itu, seyogyanya bagi penuntut ilmu untuk berhias diri dengan pakaian dan penampilan yang baik tatkala akan menghadiri majlis ilmu.

4. Hendaknya murid mengambil kedudukan yang dekat dengan guru.
Dalam kisah tersebut diceritakan,

فجلس إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأسند ركبتيه إلى ركبتيه

"Lalu ia duduk di hadapan Rasulullah dan menyandarkan lututnya pada lutut Rasulullah"

Jibril meletakkan lutut beliau dengan lutut Nabi. Ini menunjukkan beliau mengambil posisi duduk yamg sangat dekat dan juga menghadap kepada Nabi yang akan menyampaikan ilmu. Dengan posisi demikian beliau boleh menyemak dengan teliti ilmu yang disampaikan dan mendapat faedah yang lengkap. Inilah di antara adab dalam menuntut ilmu, iaitu mengambil posisi yang dekat dengan guru yang akan mengajar ilmu.

5. Fokus dan tumpuan dalam belajar.
Dalam kisah tersebut diceritakan,

ووضع كفيه على فخذيه

"Dan beliau (Jibril) meletakkan tangannya di atas pahanya sendiri"

Tatkala duduk, Jibiril meletakkan kedua tangannya di atas paha beliau sendiri. Ini menunjukkan sikap duduk yang sempurna dan kedudukan yang fokus dalam mempelajari ilmu. Demikianlah seharusnya duduknya penutut ilmu di majlis ilmu. Mengambil posisi duduk yang betul dan sikap yang fokus memberi perhatian kepada guru. Tidak duduk asal-asalan, sibuk berbual sendiri, mengantuk dan tidur, atau bahkan bermain HP saat di majlis ilmu.

6. Kaedah tanya jawab dalam mengajarkan ilmu.
Cara seperti ini adalah di antara kaedah yang berkesan dalam belajar, iaitu berdialog atau tanya jawab sehingga baik yang mengajarkan maupun yang diberi pelajaran sama-sama aktif dalam proses pembelajaran. Hal ini akan mudah difahami dan juga mudah untuk diingat. Kaedah seperti ini banyak dipraktikkan oleh Nabi shallahu 'alaihi wa sallam sebagaimana disebutkan dalam banyak hadis.

7. Boleh bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui dalam rangka mengajarkan ilmu kepada orang lain.
Jibril bertanya kepada Nabi bukan bermakna beliau tidak tahu. Akan tetapi ini dalam rangka pengajaran kepada para sahabat yang hadir pada saat itu. Dengan sebab pertanyaan Jibril, Nabi memberikan banyak penjelasan ilmu tentang islam, iman, ihsan, tanda hari kiamat, dll, sehingga para sahabat yang hadir mendapatkan tambahan ilmu.

8. Anjuran mengucapkan salam ketika menghadiri majlis ilmu.
Dalam riwayat yang lain, disebutkan bahawa Jibril mengucap salam kepada Nabi ketika beliau memasuki majlis. Jibril mengucapkan, "Assalaamu 'alaika Yaa Muhammad", dan Nabi pun menjawab salam tersebut, sebagaimana hal ini disebutkan dalam hadits Abu Hurairah dan Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud.

9. Tidak boleh menjawab pertanyaan tanpa dasar ilmu.
Tidak boleh seseorang menjawab soalan tanpa dasar ilmu. Oeh kerana itu jawapan Nabi ketika ditanya tentang kapan terjadinya hari kiamat,

. ما المسؤول عنها بأعلم من السائل

"Orang yang ditanya itu tidak lebih tahu daripada yang bertanya."

Beliau menjawab demikian kerana memang beliau tidak mengetahui ilmu tentang hal tersebut.

10. Keutamaan dan pentingnya mempelajari dan mendakwahkan aqidah.
Datangnya Jibril kepada Nabi dan disaksikan oleh para sahabat adalah suatu momen yang jarang berlaku dan istimewa. Ilmu yang diajarkan dalam majlis tersebut adalah ilmu tentang pokok-pokok agama Islam iaitu tentang islam, iman, ihsan, dan juga tanda hari kiamat. Ini menunjukkan pengajaran tentang ilmu tersebut adalah sangat penting dan sangat diperlukan oleh umat. Oleh kerana itu para da'i hendaknya menjadikan aqidah sebagai bahan utama dalam dakwah.

Demikian beberapa faidah tentang ilmu yang boleh kita petik dari kisah datangnya Jibril 'alaihis salam. Semoga menambah ilmu dan meningkatkan keimanan kita.

Wallahu a'lam bish shawab. Wa shallallahu 'alaa Nabiyyinaa Muhammad.

sumber muslim.or.id

0 Responses to “10 Pengajaran Dari Jibril ”




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam