Presiden Obama Cadangkan Lelaki Gay Memimpin Tentera Amerika


Menurut laporan berita Washington, Presiden Obama telah mencadangkan nama Eric Fanning sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika. Ia satu jawatan paling penting dalam menguruskan hal-hal peperangan dan pengurusan tentera Amerika di seluruh dunia.

Eric Fanning sangat terkenal sebagai lelaki gay yang open-minded. Dia merupakan satu-satunya pegawai kerajaan berpangkat tinggi yang mengakui mengamalkan personaliti gay.

Sebelum ini, dasar kementerian pertahanan Amerika (Pentagon) ialah melarang kelompok Gay dan Lesbian menzahirkan personaliti mereka kepada mana-mana kakitangan tentera. Ia bagi melancarkan urusan perjalanan kerja.

Tetapi dengan permulaan cadangan pentadbiran Obama terhadap Eric Fanning, ia seolah-olah telah membuka pintu luas kepada kelompok LGBT untuk menampilkan personaliti mereka dalam organisasi kerajaan dengan lebih terbuka.

Comments