Wednesday, April 30, 2014

Kenali Fatih Seferagic Imam Muda Bosnia

Fatih Seferagic
Fatih Seferagic dilahirkan di Jerman pada 1 Mac 1995, kemudian berpindah ke Amerika pada usia 4 tahun. Dia seorang Hafiz Al Quran di Baltimore.

Fatih Seferagic adalah warganegara Bosnia yang dilahirkan di Jerman. Kemudian beliau berpindah ke Amerika Syarikat  ketika berusia 4 tahun. Beliau sekarang menetap di Baltimore. Beliau berjaya mengkhatam hafiz Al Quran dalam tempoh 7 tahun di Islamic Society of Baltimore di bawah seliaan Syeikh Qari Zahid & Qari Abid.

Fatih kemudian berpindah ke Dallas untuk belajar bahasa Arab.

Dengarkan kelunakan suara Imam Muda Bosnia Fatih Seferagic yang mengimamkan solat Tarawikh.

Mudah - mudah akan lahir 'Fatih Seferagic' dikalangan Pelajar Tahfiz Ad Diniyyah , Insyallah!


*Sumber dari www.suraukini.com

Tuesday, April 29, 2014

The Second Ice Age dan Petunjuk Zaman di Bumi Arab (Bahagian 2)

Para saintis meramalkan penurunan ini akan diikutu dengan penurunan kadar suhu panas di Britain dengan ukuran suhu satu hingga dua darjah Celsius. Seorang profesor fizik laut dari Universiti Cambridge juga menganggarkan kesan daripada perubahan ini sangat mengerikan untuk Britain dan Eropah dalam beberapa tahun akan datang. Mungkin Eropah akan membeku atau menjadi sangat sejuk.

Belum pernah berlaku perubahan pesat terhadap gelombang tesebut selama lima puluh tahun terakhir ini. Untuk maklumat lebih lanjut tentang pergerakan arus glombang besar ini boleh dilihat pada video dokomentari yang betema tentang fenomena ini dan kesannya terhadap iklim Eropah, diterbitkan pada 02/12/2004 di laman Discovery atau boleh dicari Yotube. Tetapi sangat kecewa kerana jurucakap Profesor Harry Bryden tidak menyebutkan dalam rakaman itu kesan fenomena ini bagi tanah Arab.

"The Day After Tomorrow" , hanya Sekedar Fiksyen Sains?

Dalam memahami sebuah rencana atau `Hidden agenda` individu-individu yang memusuhi Islambermain di sebalik nama Hollywood. Kita perlu meletakkan diri kita pada kedudukan sebagai pengulas dengan kata lain kita menerima maklumat, mengendalikan, membandingkan dan membuat kesimpulan dari maklumat tersebut. Maka tujuan kita menghadirkan filem propaganda produk Amerika ini bersamaan dengan Ayat suci dan Sabda Rasulullah Saw tidak lain adalah untuk mempelajari tanda-tanda atau petunjuk-petunjuk dari `peristiwa` yang disenariokan oleh Sang Maha Kuasa melaui hukum sebab akibat.

film14
Memang tidak dinafikan sebahagian besar filem produk Hollywood banyak disisipkan dengan mesej-mesej konspirasi bahkan ramalan dan sindiran sosial tentang suatu masyarakat juga kadang disajikan termasuk dalam filem ini " The Day After Tomorrow". Ia sebuah filem fiksyen ilmiah tetapi tidak bagi ahli geologi dan klimatologi yang mempelajari fakta-fakta sejarah.

Dalam filem dipaparkan kesimpulan ilmiah dari seorang Paleoclimatologist bahawa 10000 tahun yang lalu pemanasan global mengubah iklim bumi ke zaman ais dan hal itu boleh berlaku lagi 100 hingga 1000 tahun kemudian jika pencemaran atmosfera tidak boleh dihentikan. Dalam filem tersebut ais melebur di kutub telah mengalir air tawar ke dalam lautan dan mengurangkan tahap kegaraman yang menyebabkan suhu arus laut turun 13 darjah. Filem ini diakhiri dengan dua angkasawan melihat bumi dari Stesen Angkasa Antarabangsa, menunjukkan sebahagian besar belahan bumi utara tertutup ais termasuk seluruh Amerika Syarikat di utara negara bahagian selatan dan penurunan besar dalam pencemaran.

Point terpenting perlu kita garis dari filem ini iaitu tentang isu pemanasan global. Ais melebur di benua Atlantik Utara dan yang terakhir adalah ramalan kedatangan Zaman ais kedua. Disini kita tidak akan mempertikaikan palsu atau aktualnya teori ilmiah ini. Tetapi bagaimana kita menyikap kesan dari kenyataan fenomena perubahan ekstrim cuaca yang tengah dihadapi oleh umat manusia, di mana berlakunya penurunan drastik salji dan ais tropika di beberapa negara. Beberapa pulau terancam kerana peningkatan kadar air laut dan perluasan wilayah Laut sehingga telah menghilangkan beberapa pulau dan kerosakan banyak tanah pertanian dan perhutanan.

Dari semua keterangan ilmiah ahli klimatologi mengenai data-data ramalan cuaca dunia di internet sangat jarang ditemui berbanding mereka menerangkan keadaan cuaca di tanah Arab, seakan mereka diam dengan fenomena penurunan suhu panas di sana. Atau mungkinkah fakta cuaca di tanah Arab sengaja ditutup? Wallhu`Alam. Lebih pelik lagi para penyelidik Muslim dalam bidang klimatologi seakan acuh tak acuh untuk mengkaji lebih mendalam fenomena perubahan cuaca di sana dan mengaitkannya dengan ajaran Baginda Rasulullah Saw.

Dilihat dari semua pembahasan Benua Atlantik Utara, fenomena `Great ocean conveyor belt`, dan pemanasan Global. Maka apakah yang akan berlaku jika arus gelombang yang sangat besar ini terhenti?

Apakah akibat yang akan ditanggung oleh tanah Arab jika proses pemindahan kadar panas air Laut dalam jumlah sangat besar terhenti?

Analogi yang paling dekat untuk mengambarkan hal ini iaitu jika salah satu di antara kita duduk dalam ruang pejabat yang sejuk berhawa dingin, kemudian penghawa dingin ini berhenti. Apa yang akan berlaku selepas itu?

Maka arus gelombang yang membawah kadar panas Laut yang sangat besar, jika terhenti maka terhenti pula proses pemindahan suhu panas laut Utara, dan hal itu akan menjadikan suhu panas berlaku di samudera pada dua kawasan yang sangat penting bagi tanah Arab:

Kawasan pertama adalah Lautan Atlantik di kawasan yang berdekatan dengan pantai Afrika Barat.

Wilayah kedua adalah Lautan Hindi selatan Semenanjung Arab.

Dengan terhentinya arus gelombang ini, proses pemindahan kadar dingin air laut yang melalui pantai Amerika Selatan juga akan terhenti dan sehingga berlakunya kesesakan suhu. Hal yang sama terjadi Lautan Pasifik, tatapi hal ini tidak penting untuk dibincangkan disini.

Secara rasionalnya yang menjadi soalan penting sekarang, apa yang akan terjadi jika kesesakan suhu lautan berlangsung di semua Wilayah tersebut? jawapan logiknya, tentu saja akan terjadi peningkatkan pengewapan sehingga udara menjadi tepu dengan wap air dan proses pengewapan ini merupakan tahap pertama dari pembentukan hujan.

Maka kesimpulan klimatologinya ini adalah wilayah Atlantik Utara akan menjadi kawasan paling sejuk di permukaan Bumi dan tumpukan ais salji perlahan-lahan akan merebak ke Selatan menutupi bahagian utara Eropah, dan bahagian timur Kanada dan Amerika Syarikat.

Sementara wilayah tengah (merangkumi wilayah laut Maghribi dan Mauritania bahagian Barat dan selatan, hingga ke garis khatulistiwa dan juga di lautan Hindi selatan Semenanjung Arab) akan dilanda dengan penyejatan besar- besaran hingga udara tepu dengan wap air.

Gejala-gejala ramalan ilmiah ini sudah boleh kita saksikan dalam dekad terakhir ini, apakah filem fiksyen sains buatan Hollywood tadi merupakan sindiran sosial untuk masyarakat di kawasan yang dimaksudkan? jika benar fenomena alam ini menjadi ancaman bagi mereka, bagaimana tindakan para diplomat-diplomat negara untuk masa depan? Apakah turut ikut melantunkan slogan filem ini `Where will you be?`

Sebelum menghadirkan pelbagai spekulasi dan inisiatif para diplomat, ahli politik hingga kementrian pertahanan negara, ada baiknya sejenak menyegarkan hati dan fikiran kita dengan memikirkan Kebesaran Allah SWT melalui sabda Rasullah Saw, menghayati sisi kebenaran ajarannya melalui kesimpulan ilmiah para saintis dan fakta-fakta sejarah pada bahagian tulisan selanjutnya. Wallahu`Allam bissawab.

Ditulis oleh: Amri Hatta Lc, Mahasiswa Mustafiid di jurusan Ijazul `Ilmy fi Al- Quran Wa As-Sunnah (Scientific Miracles of Quran an & Sunnah), Al-Iman Universty Sanaa, Yaman.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber www3.eramuslim.com

Monday, April 28, 2014

The Second Ice Age dan Petunjuk Zaman di Bumi Arab (Bahagian 1)

Zaman Semakin berputar mengikuti arus kelalaian manusia, terus berlalu secepat kemajuaan pembangunan yang mengubah wajah Dunia, menuju Nubuwat-nubuwat yang telah ditetapkan.

لِكُلِّ نبإٍ مُسْتَقَرٌّ, فَسَوفَ تَعْلَمُوْن

"Untuk setiap berita (yang dibawah oleh Rasul-rasul) ada (WaktU) terjadinya dan kelak kamu akan akan mengetahui". [Surat Al-Anaam:67]

Hari Akhir atau Hari Kiamat merupakan sunnatullah yang digariskan oleh Sang Maha Kuasa yang wajib kita imani, di mana kita percaya bahawa disana terdapat hukum sebab akibat dalam setiap peristiwa dan kejadian yang disenariokan untuk seluruh ciptaanNya. Begitu juga dengan tanda-tanda dan petunjuk yang telah diperlihatkanNya , sebelum menyingkap kebenaran nubuwat-nubuwat Ilahi , agar manusia mempelajari dan menangkap isyarat nubuwat yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Sesungguhnya perubahan ekstrim cuaca yang sedang dialami Planet kita merupakan permasalahan global serius melibatkan alam sekitar, tumbuhan dan haiwan-haiwan turut menerima kesan negative akibat perubahan drastik ini. Tetapi tidakah kita menganggap bahawa fenomena ini bukan sekadar ancaman klimatologi yang mencemaskan ramai Ilmuwan dalam bidang cuaca dan Oseanologi (marin) sehingga didokumentasikan dalam salah sebuah filem Hollywood. Jika difikrkan, perubahan alam ini merupakan salah satu isyarat yang sangat relevan dengan maklumat yang diabadikan selama lebih dari seribu empat ratus lebih yang lalu, penggunaan Zaman dari Allah SWT yang disampaikan melalui lisan Rasulullah SAW:

عن أبى هريرة أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال " لا تقوم الساعة ... حتى تعود أرض العرب مروجا وأنهارا "

"Kiamat tidak akan terjadi .... sehingga dataran Arab kembali menjadi dataran berpadang rumput dan dipenuhi dengan sungai-sungai" (HR. Muslim)

Beranjak dari Teori-teori para saintis, pelbagai bukti Ilmiah dan isu-isu politik dunia yang akan diulas dalam pembahasan sangat singkat ini. Penulis berusaha meramukan kesimpulan dari setiap aspek masing-masing hingga mengkaitkan peristiwa- peristiwa Akhir Zaman yang akan dilalui Ummat Manusia.

Benua Atlantik Utara dan The Great ocean conveyor belt

Dalam dekad terakhir ini, isu pemanasan global telah banyak mengurangkan perhatian para saintis klimatologi yang dari masa ke masa semakin membimbangkan. Pencetus pemanasan global kerana adanya karbon dioksida dengan jumlah yang sangat besar di atmosfera serta adanya gas-gas lain bertindak balas yang menyebabkan lubang di lapisan ozon. Fenomena ini sudah mula dua dekad yang lalu di mana ia memberi kesan pada ais yang terletak di Artik wilayah benua Atlantik utara. Perkara tersebut telah didokumenkan secara ilmiah.


alam11   alam12
Foto ini menunjukkan penurunan ais dalam beberapa tahun terakhir penurunan ais secara beransur menurut urutan tahun.

Pencairan ais tersebut memberi kesan negatif pada iklim wilayah Atlantik Utara kerana mengakibatkan meningkatkan bahagian air tawar dan mengurangkan jumlah kadar air masin pada Lautan Atlantik seperti yang berlaku di Selat Denmark dan Laut Labrador.

Penurunan jumlah ais menyebabkan perluasan wilayah Laut dan hal itu akan mengundang terjadinya proses penyejatan secara besar-besaran yang akan diikuti dengan hujan, dengan kata lain jumlah Air tawar akan terus bertambah dan kadar kemasinan air Laut terus berkurangan di Wilayah ini. Sebagaimana yang diketahui bahawa sebahagian dari lautan laut di Bumi kita ini dalam keadaan beku dan ketika air laut (air masin) beku menjadi ais maka ais itu telah menjadi Air tawar. Fenomena ini sering dimanfaatkan di beberapa kawasan sejuk dalam proses desalinisasi (proses pembuatan air laut menjadi tawar) dengan mencairkan ais dari air laut).

Ketika lebur ais tersebut akan meningkatkan kadar air tawar 

Semua faktor ini akan mengurangkan kemasinan air permukaan di kawasan Atlantik Utara dan yang jadi titik penting dari fenomena ini adalah seperti yang diketahui secara ilmiah bahawa air tawar lebih ringan daripada air garam sehingga terapung di permukaan. Ahli saintis menganggarkan tahap penurunan ais 9-14 % setiap sepuluh tahun .

Di sisi lain kita akan melihat jumlah air lautan dan samudera akan terus bertambah hingga menutupi beberapa bahagian daratan rendah dan hingga sekarang ini bukan sedikit jumlah penduduk di beberapa pulau yang menghadapai masalah dari fenomena ini. Jika hal ini tidak mengakibatkan bahagian daratan tenggelam di suatu Wilayah, kenaikan permukaan laut akan merosakkan tanah pertanian disebabkan kerana kadar garam pada air laut. Dengan meningkatnya permukaan lautan akan menyokong terjadinya peningkatan penyejatan pula dan pengewapan air ini menjadi salah satu faktor utama terjadinya pemanasan pada lapisan atmosfera.

Terdapat fenomena lain yang ditemui para saintis dalam beberapa waktu iaitu terdapat gelombang laut yang sangat besar yang mengalami pusingan gelombang di antara samudera-samudera. Ia berfungsi membawah suhu panas air dari tepi laut Afrika Utara ke Atlantik Utara. Fenomena ini disebut The Great ocean conveyor belt.


alam13
Dalam gambar ini kita melihat arus pergerakan gelombang ini. Warna merah mewakili arus gelombang yang membawah suhu panas air dan warna biru mewakili gelombang suhu sejuk. Prinsip gerakan gelombang ini berlaku dengan proses penurunan gelombang panas air dari Afrika menuju arah selatan dengan membawah jumlah besar makanan bagi ikan dan dan organisma laut.

Dalam keadaan normal, gerakan ini akan terus berlanjutan sepanjang tahun dan suhu panas air laut akan terus disalurkan ke Eropah. Para saintis menganggarkan jumlah panas ini dalam setahun setara dengan yang dihasilkan oleh berjuta-juta kilang penghasilkan tenaga atom. Begitulah yang terjadi jika dalam keadaan normal. Dalam tempoh tahun akan datang, ahli saintis bimbang dengan peningkatan kadar air tawar di Atlantik Utara yang akan menyebabkan menamatkan mekanisme gelombang ini kerana seperti yang disebutkan sebelum ini, air tawar lebih ringan dari air masin. Oleh itu proses penurunan gelombang air menuju ke bawah akan berhenti. Mengenai teori ini filem `The Day After Tomorrow` juga memaparkan fenomena ilmiah ini tetapi belum mencapai kerincian klarifikasinya.

Dengan terhentinya pergerakan besar ini, secara tidak langsung akan menghentikan proses pemindahan jumlah besar panas ke Eropah utara dan bahagian daerah di Amerika dan Kanada bahagian timur dan akan disusul dengan penurunan suhu di Eropah seperti yang dianggarkan oleh para saintis dari 5 hingga 10 darjah Celsius.

Gagasan teori ini diakui oleh banyak Ilmuwan ahli marin dan berkata bahawa fenomena alam ini sudah berlaku sejak (kurang lebih) 20 tahun lalu. Tetapi ada beberapa ahli saintis mengingkarinya dan mengatakan fenomena ini tidak akan sampai tahap menghentikan arus gelombang tersebut tetapi hanya akan melambatkan mekanismenya. Tetapi pada akhir dekad ini kebenaran teori tersebut mulai memperlihatkan wujudnya, tepat setahun selepas dirilisny filem The Day After Tomorrow para saintis mememukan pengurangan pesat pada The Great ocean conveyor belt tersebut. Seperti yang diterbitkan akhbar Inggeris `The Independent` pada 01/12/2005 yang bertopikkan tentang kajian mengenai arus gelombang samudera Atlantik. Hasil kajian ini diterbitkan dalam jurnal "Nature" yang menyimpulkan bahawa arus ini telah menurun 30 % sejak tahun 1992. 

...bersambung `The Second Ice Age` dan Petunjuk Zaman di Bumi Arab (Bahagian 2)

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber www3.eramuslim.com
Note: Aisberg seluas Singapura mula hanyut - laporan Berita Harian 27/4/2014


Sunday, April 27, 2014

Debat Abu Hanifah Dengan Ilmuan Kafir

Terdapat seorang ilmuwan besar yang sangat terkenal. Sayangnya, ilmuwan berbangsa Rom ini adalah seorang atheis dan menolak mentah-mentah kewujudan Tuhan. Ketika itu,para ulama hanya berdiam diri dan tidak berusaha untuk menyedarkan si ilmuwan tersebut. Tentu sahaja tidak semua ulama yang berdiam diri, masih ada yang peduli dengan keadaan itu. Hal ini boleh mendatangkan bahaya jika membiarkan ilmuwan mempengaruhi akidah umat. Ulama yang dimaksudkan adalah guru Abu Hanifah yang bernama Hammad.

Pada suatu hari, orang ramai sudah berkumpul di sebuah masjid. Si ilmuwan naik ke mimbar dan menentang sesiapa sahaja yang mahu berdebat dengannya. Ada maksud tersembunyi di sebalik tentangan itu. Sesungguhnya,dia bermaksud menjatuhkan para ulama dengan perdebatan-perdebatan yang rasional.

Si ilmuwan semakin bongkak, apalagi setelah tentangannya tidak bersambut. Dia menyangka semua ulama itu pengecut sehingga tidak ada seorang pun yang berani menyambut tentangannya. Hal ini semakin diperkuat dengan suasana di dalam masjid yang tiba-tiba menjadi hening. Beberapa orang saling berpandangan, ada pula yang mengarahkan pandangan ke deretan paling hadapan di tempat duduk beberapa ulama.

Dari kebanyakan hadirin, ada seorang pemuda yang merasa meluat melihat kesombongan si ilmuwan. Namun, dia berusaha menahan diri, barangkali ada ulama senior yang berani tampil menghadapi tentangan itu.

Sang pemuda menunggu lama. Setelah yakin tidak ada yang mahu tampil ke hadapan, barulah dia berdiri dan melangkah menuju ke mimbar.

"Saya Abu Hanifah, bersedia untuk berdebat denganmu, "kata sang pemuda sambil memperkenalkan diri.

Semua mata hadirin tertuju ke arah Abu Hanifah. Mereka merasa hairan melihat keberanian sang pemuda. Beberapa orang memberikan tabik kagum kepada Abu Hanifah, manakala si ilmuwan sendiri merasa hairan melihat keberanian Abu Hanifah. Akan tetapi, kebanyakan hadirin bersikap sinis terhadap Abu Hanifah dan merendah-rendahkan kemampuannya. Ada pula yang mempersoalkan motif Abu Hanifah tampil ke depan. Apakah sekadar hanya menonjolkan diri atau mencari populariti?

Wajah Abu Hanifah tetap tenang. Beliau tidak terpengaruh oleh pelbagai bisikan yang ada, termasuk bernada sinis sekalipun. Sikap Abu Hanifah sangat rendah hati.Tanpa membuang masa,Abu Hanifah memulakan bicara.

"Silakan Tuan yang memulakan persoalan,"ujar Abu Hanifah memprsilakan ilmuwan itu dengan sopan.

"Baiklah, soalan pertama. Pada tahun berapakah Tuhan kamu dilahirkan?"tanya ilmuwan kafir.

"Allah tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan, "jawab Abu Hanifah.

"Hmm, masuk akal jika dikatakan Tuhan mu tidak melahirkan dan tidak pula di lahirkan.Lalu, pada tahun berapa Dia ada?"

"Dia ada sebelum segala sesuatu ada,"tegas Abu Hanifah.

"Boleh berikan contoh yang konkrit mengenai hal ini?"

"Tuan tahu tentang perhitungan?"Abu Hanifah kembali bertanya.

"Ya, saya tahu."

"Apakah angka sebelum angka satu?"

"Tidak ada,"jawab ilmuwan kafir.

"Tidak ada angka lain yang mendahului angka satu. Lalu mengapakah tuan hairan bahawa sebelum Allah itu tidak ada sesuatu pun yang mendahului-Nya?"

"Baiklah. Sekarang, di manakah Tuhan mu berada? Sesuatu yang wujud pasti memerlukan tempat, bukan?" lanjut si ilmuwan.

"Tuan tahu bentuk susu?"tanya Abu Hanifah.

"ya,saya tahu,"jawab si ilmuwan.

"Apakah di dalam susu terdapat keju?"

"Ya, sudah tentu."

"Kalau begitu, cuba tunjukkan di mana tempat keju itu sekarang?"

"Jelas tidak ada tempat yang khusus. Keju itu bercampur dengan susu di seluruh bahagiannya."jawab si ilmuwan dengan bersemangat.

"Sekarang, keju sahaja tidak mempunyai tempat yang khusus di dalam susu. Tuan tidak sepatutnya meminta saya untuk menunjukkan tempat di mana Allah berada."

"Tolong jelaskan zat Tuhan mu. Apakah wujud-Nya itu benda seperti batu, benda cair seperti susu ataukah seperti gas?"

"Tuan pernah mendampingi orang sakit yang akan meninggal dunia?"

"Pernah."

"Awalnya, bukankah orang sakit itu dapat berkata-kata dan dapat menggerakkan anggota badannya?"

"Ya, memang begitulah keadaannya."

"Tetapi, kenapa tiba-tiba orang sakit itu diam tidak bergerak? Apa yang menyebabkan hal itu?"

"Itu kerana roh orang tersebut telah terpisah dari tubuhnya."

"Sewaktu roh itu keluar, apakah tuan masih berada di sana?"

"Saya masih berada di sana."

"Cuba jelaskan, apakah roh orang tersebut adalah sesuatu benda yang padat, cair atau gas?"

"Wah,kalau soalan itu saya tidak tahu jawapannya."

"Tuan sendiri tidak dapat menerangkan bentuk roh, apalagi saya harus menerangkan Zat Allah yang menciptakan roh."

"Lazimnya, sesuatu itu mempunyai arah. Ke manakah Tuhan mu menghadapkan wajah-Nya sekarang?"tanya si ilmuwan lagi.

"Apabila tuan menyalakan lampu, ke arah manakah cahaya lampu itu menghadap?"

"Cahanya menghadap kesemua arah."

"Lampu yang buatan manusia sahaja seperti itu. Apalagi dengan Allah Sang Pencipta alam semesta. Allah adalah cahaya langit dan bumi."

"Ada awal dan ada akhir. Seseorang masuk syurga itu ada awalnya, tetapi kenapa tidak ada akhirnya? Mengapa syurga dan para penghuninya kekal abadi?"kata si ilmuwa melanjutkan pertanyaannya.

"Untuk hal itu, Tuan boleh membandingkannya dengan perhitungan angka. Angka itu ada awalnya tidak ada akhirnya."

"Jadi,bagaimana pula para penghuni syurga itu makan dan minum tanpa buang hajat?"

"Ini pernah tuan alami sewaktu di dalam rahim ibu. Selama sembilan bulan tuan makan dan minum tanpa pernah buang hajat. Tuan membuang air besar dan air kecil beberapa saat setelah di lahirkan di dunia."

"Tolong jelaskan, bagaimana kenikmatan syurga itu boleh terus bertambah tanpa ada habisnya!"

"Ada banyak hal yang seperti itu di dunia. Misalnya,ilmu. Ilmu tidak akan habis atau berkurang ketika dimanfaatkan, malah semakin bertambah."

"Jika segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan, lalu apakah pekerjaan Tuhan mu sekarang?"

"Sejak tadi tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya dari atas mimbar, sedangkan saya hanya menjawab dari atas lantai masjid ini. Kali ini untuk menjawab pertanyaan Tuan, saya mohon tuan turun dari mimbar. Saya akan menjawab pertanyaan tuan tadi di mimbar."

Kemudian, si ilmuwan turun dari mimbar sementara Abu Hanifah naik ke mimbar.

"Saudara-saudara, dari atas mimbar ini saya akan menjawab pertanyaan tadi. Boleh tuan ulangi pertanyaan tadi?"tutur Abu Hanifah setelah berada di atas mimbar masjid.

"Apakah pekerjaan Tuhan mu sekarang? "kata si ilmuwan menyebut intipati pertanyaannya.

"Pekerjaan Allah tentu sahaja ada perkejaan dari pekerjaan makhluk. Ada pekerjaan-Nya yang dapat dijelaskan, dan ada pula yang tidak dapat dijelaskan. Pekerjaan Allah sekarang adalah menurunkan orang kafir seperti tuan dari atas mimbar, kemudian menaikkan seorang Mukmin ke atasnya. Seperti itulah gambaran pekerjaan Allah setiap waktu."

Akhirnya,hadirin yang ada di dalam masjid merasa puas dengan jawapan-jawapan Abu Hanifah. Jelas,mudah,tegas,dan mudah difahami,bahkan oleh orang awam sekalipun.



Menggigil Lutut Jin dan Manusia Melihat Neraka Jahanam

Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan jin dan manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka. Dan mereka (jin dan manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: "Ya Tuhan kami selamatkanlah." 
Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api. Di setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 kolah bisa. 

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras." Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Mujahid berkata: "Sesungguhnya apimu ini berlindung kepada Allah SWT dari neraka jahannam." Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka iaitu seorang yang berkasutkan dari api neraka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah ditelinganya ada api, dan giginya berapi dan dibibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli neraka."

Wallahu'alam.

*Sumber dari abumusa2.blogspot.com

Saturday, April 26, 2014

Sains Wuduk

Secara dasarnya, berwuduk bermaksud menyucikan anggota-anggota badan tertentu dengan menggunakan air yang bersih mengikut tatacara yang ditetapkan oleh syariat. Berhubung dengan anggota ­anggota badan yang wajib dibasuh dengan air, Allah berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud,

“Wahai orang yang beriman, apabila kami hendak mengerjakan sembahyang (sedangkan kamu sedang berhadas kecil) maka berwuduklah, iaitu basuhlah muka kamu, kedua-dua belah tangan kamu sehingga ke siku, sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua­ dua belah kaki kamu sehingga ke buku lali.”
Selain anggota yang wajib ini, ada juga anggota lain yang sunat dibasuh air semasa berwuduk. Dalam sebuah hadis sahih, Humran melaporkan bahawa, “Uthman bin Affan meminta supaya (dibawa kepadanya) air untuk mengambil wuduk, lalu dia pun berwuduk. (Mula-mulanya) dia membasuh kedua-dua tapak tangannya tiga Kali, kemudian dia berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung serta menghembuskannya. Kemudian dia membasuh mukanya tiga Kali, membasuh tiga Kali tangan kanannya dan tangan kirinya (seperti itu juga). Kemudian dia menyapu sedikit daripada kepalanya diikuti dengan membasuh tiga Kali kaki kanannya meliputi buku lali dan seterusnya membasuh kaki kirinya (seperti itu juga). Sesudah itu dia (Uthman bin Affan) berkata, ‘Aku melihat Rasulullah berwuduk seperti wudukku ini’.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhad dan Muslim. Hadis ini menceritakan berkenaan cara berwuduk yang sempuma sebagaimana yang pemah dilakukan oleh Nabi.

Di samping itu, semasa berwuduk anggota ­anggota badan yang berkenaan hendaklah diusap dan digosok dengan tangan. Antara hadis yang menjelaskan berkenaan keadaan ini ialah sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan Tirmizi yang bermaksud, “Apabila kamu berwuduk maka gosok ­gosoklah antara jari tanganmu dan kakimu.” Dalam dwayat yang lain oleh Daraqutni, sahabat Uthman bin Affan berkata, “Mahukah aku tunjukkan kepadamu cara berwuduk Rasulullah? Lalu dia membasuh mukanya dan tangannya sehingga dia menyentuh hujung lengannya, kemudian dia menyapu kepalanya, kemudian dia mengusap kedua-dua telinganya dan juga janggutnya dan kemudian membasuh kakinya.”

Berwuduk mempunyai rahsianya yang tersendiri terutamanya dari sudut kesihatan. Dalam artikel bertajuk Muslims Rituals and their Effect on the Person’s Health (lbadah Muslim dan Kesannya Terhadap Kesihatan Seseorang) oleh Dr. Magomed Magomedov dari Akademi Perubatan Daghestan State, melaporkan bahawa berwuduk merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenal sebagai “Kawasan Aktif Biologi” (Biological Active Spots).

Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji berkenaan ilmu sains refleksologi. Orang Cina meyakini sekiranya “Kawasan Aktif Biologi” dirangsang, ia akan merangsang sistem saraf dalam badan. Hal ini sekali gus memberikan kesan positif terhadap kesihatan seseorang.

Menurut ilmu perubatan China, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 “Kawasan Aktif Biologi” dan 66 daripadanya memberikan kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Daripada 66 ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama umat Islam. Lagi lima berada di kawasan di antara buku lali dan lutut, iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk.

Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud, “Antara kamu sesiapa yang mampu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya.” Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa

Manakala tahjeel bermaksud membasuh tangan melebihi kawasan siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali, iaitu antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebutkan dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A. Qadir Hassan, Mu’ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. Di samping itu, berwuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit.

Seterusnya Dr. Magomed Magomedov berkata, apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia merangsang saraf untuk memberikan kekuatan baharu (mengecas semula) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf.

Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf untuk mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitari dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.

Di samping itu, menurut Mukhtar Salem, dalam buku beliau bertajuk Prayers: A Sport For The Soul and Body, berwuduk mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini disebabkan mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Pembasuhan badan melalui wuduk membersihkan badan daripada kesan pencemaran ini.

Berhubung dengan memasukkan air ke dalam hidung semasa berwuduk, menurut kajian yang dijalankan oleh para doktor dari Universiti Alexandria, perbuatan ini mencuci rongga hidung daripada kuman dan kotoran yang melekat pada bulu hidung. Hal ini dilaporkan oleh Lamya Taufik dalam The Preventive and Healing Wonders of Ablution di IslamOnline.net, 30 April 2003.

Perbuatan berkumur semasa berwuduk membersihkan mulut daripada sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi. Ditambah pula dengan galakan Nabi supaya setiap Muslim bersiwak (menggosok gigi) semasa berwuduk. Berhubung dengan hal ini, Nabi bersabda, “Sekiranya tidak menyusahkan umatku, akan aku suruh mereka berwuduk setiap kali mereka hendak bersolat dan akan aku suruh mereka bersiwak semasa berwuduk.” Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang sahih. Menurut Malaysia Healthcare Guide terbitan tahun 1997, antara cara terbaik untuk mencegah kerosakan gigi ialah dengan menggosok gigi setiap kali selepas makan ataupun paling kurang dengan berkumur mulut.

Wuduk dan Membasuh Tangan Secara umumnya, umat Islam berwuduk paling kurang sebanyak lima kali sehari sebelum melaksanakan solat fardu. Di samping itu, umat Islam digalakkan berwuduk sebelum tidur (mengikut riwayatAhmad dan Bukhad), selepas bersetubuh dan sebelum mandi wajib (menurut riwayat Bukhara dan Muslim), semasa hendak menjamah makanan, selepas mengadakan hubungan seks (mengikut riwayatAhmad dan Muslim) dan yang seumpamanya.

Antara perbuatan yang diulang-ulangi semasa berwuduk ialah membasuh tangan. la dilakukan sebanyak tiga kali pads peringkat permulaan berwuduk dan diulangi lagi tiga kali pads peringkat pertengahannya.

Menurut kajian yang dilakukan ke atas 305 pelajar sekolah di Detroit, kanak-kanak yang membasuh tangannya sebanyak empat kali sehari kurang mengambil cuti sakit disebabkan sakit perut. Mereka juga kurang mengambil cuti sakit disebabkan penyakit saluran pernafasan, berbanding dengan rakan-rakan mereka yang kurang membasuh tangan. Hal ini dilaporkan oleh Online Wellness Center, Vanderbilt University, Tennessee, di vanderbiltowc. wellsource. com.

Pada bulan Februari 2003, dunia dikejutkan dengan serangan wabak SARS, iaitu sindrom pernafasan akut yang teruk (severe acute respiratory syndrome). la berpunca daripada kuman virus yang dikenal sebagai koronavirus (SARS-CoV) dengan manifestasi seperti demam (melebihi 38 darjah Celsius), pening dan sakit anggota badan, dan akhimya pesakit meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih kurang 8098 orang dijangkiti virus ini di seluruh dunia dan daripada jumlah ini, 774 orang meninggal dunia. Menurut pakar, salah satu cara yang perlu dilakukan untuk mencegah merebaknya penyakit ini ialah kerap membasuh tangan. Dr. Julie Gerberding, Pengarah Disease Control and Prevention (CDC), Amerika, berkata, “Pembersihan tangan merupakan satu-satunya langkah yang penting untuk mencegah merebaknya kuman­kuman.”

Tabiat kerap membasuh tangan secara sempurna mampu menyelamatkan lebih kurang satu juta kanak-kanak bawah lima tahun, terutamanya di negara miskin. Hal ini disebabkan ada dua jenis penyakit yang kerap membunuh kanak-kanak ini, iaitu cirit ­birit dan radang paru-paru (pneumonia), dan membasuh tangan dapat mencegah penyakit ini daripada merebak. Hal ini disebutkan dalam Medical News Today (Online) di bawah tajuk Handwashing Could Save One Million Children’s Lives Each Year, 11 Jun 2004.

Berwuduk amat relevan dengan kehidupan manusia pada hari ini. Yang paling penting ialah wuduk merupakan ibadah yang di wajibkan Allah ke atas umat Islam. Hujah sains digunakan bertujuan hanya sebagai sokongan bukan sebagai dalil dan nas.

Oleh: Dr. Dania Zainal Abidin



8 Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Tak Tahu

Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’).

Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam. Pesanan Dari Imam Nawawi:

“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”
Keajaiban Solat Tahajud

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.  Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut : 

1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).

2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,  mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)

4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)

5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)

6. Penghapus dosa 
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)

7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”

8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)

*sumber dari tahajjud.net



Friday, April 25, 2014

Dosa yang Memusnahkan Peradaban Kuno

pompeii-human
*      Kufur nikmat dan syirik (kaum saba’)

*      Menentang syariat dan risalah para nabi dan rasul Allah (kaum Nabi               Syu’aib).

*      Angkuh dan menyombongkan diri (Fir’aun dan peradaban Mesir Kuno).

*      Perilaku seks menyimpang dan seks bebas (kaum Sodom, Gomorroh, dan         Pompeii).

*      Berlaku curang dan mengkhianati amanat (kaum Nabi Shalih).

*      Menindas dan mengugut orng-orang beriman (kaum Yahudi Najran).

*sumber dari tahajjud.net 

Guru-guru Imam syafie

Imam al-Syafie pada masa mudanya, waktunya dihabiskan untuk menuntut ilmu pengetahuan di markas-markas ilmu pengetahuan, seperti di kota Mekkah, Madinah, Kufah, Syam dan Mesir. Dia mengembara dari satu tempat ke tempat lain untuk mempelajari ilmu tafsir, fiqh, hadis kepada guru-guru yang banyak tersebar di berbagai pelosok negerinya.

Guru-gurunya yang masyhur antara lain:

1. Di Mekkah
a. Muslim bin Khalid al-Zanji
b. Ismail bin Qastantin
c. Sufyan bin Uyainah
d. Sa’ad bin Abi Salim al-Qaddah
e. Dawud bin Abd. al-Rahman al-Atur
f.  Abd. al-Hamid bin abd. Aziz

2. Di Madinah
a. Imam Malik bin Anas
b. Ibrahin bin Sa’ad al-Ansari
c. Abd. al-Azzi bin Muhammad al-Darudi
d. Ibrahim bin Abi Yahya al-Aswamiy
e. Muhammad bin Sa’id
f.  Abdullah bin Nafi’

3.  Di Yaman
a. Matraf bin Mazin
b. Hisyam bin Abu Yusuf
c. ‘Umar bin Abi Salamah
d. Yahya bin Hasan

4.  Di Iraq
a. Waqi’ bin Jannah
b. Hamad bin Usamah
c. Isma’il bin Ulyah
d. Abd. al-Wahab bin Abd. al-Majid
e. Muhammad bin Hasan
f.  Qadi bin Yusuf.

Thursday, April 24, 2014

Kisah Bilal Menemui Rasulullah saw Menangis

Di dalam sebuah riwayat disebutkan  bahawa ketika Bilal hendak mengumandangkan azan subuh. Ia menemui Rasulullah saw di tempat sujudnya.

Waktu itu, Bilal melihat Rasulullah saw sedang menangis sampai janggutnya basah dengan air mata. Lalu bilal bertanya “Ya Rasulullah, mengapa engkau menangis? Apakah yang membuat engkau menangis? Bukankah Allah swt  sudah mengampuni dosa-dosamu, baik yang dahulu maupun yang akan datang?”

Rasulullah saw menjawab, “Salahkah jika aku ini menjadi hambaNya yang pandai bersyukur?”

Didalam riwayat yang lain pula diceritakan bahawa ketika Rasulullah saw sujud dengan menangis dalam solat tahajjud, malaikat Jibril datang membawa wahyu (surah Ali Imran ayat 190)

Lalu Bilal bertanya  “ Ya Rasulullah saw, mengapa engkau menangis?”

Rasulullah saw menjawab “Allah swt menurutkan ayat yang bagus dan indah melalui Jibril”

Bilal bertanya lagi “Turun ayat yang bagus dan indah tetapi mengapa engkau menangis?”

Rasulullah saw terus menjawab “ Inilah yang aku takutkan. Celaka umatku yang membaca ayat al-Quran ini, tetapi tidak merenung maknanya.”

Seterusnya Rasulullah saw membacakan ayat tersebut

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal” (surah Ali Imran ayat 190)

*Sumber dari tahajjud.net

Wednesday, April 23, 2014

Beruban kerana Al-Quran?

Beruban kerana Al-Quran? penyataan ini bunyinya agak aneh tetapi tahukah kita ianya benar-benar berlaku kepada Nabi Muhammad saw.

Suatu hari Abu Bakar masuk ke rumah Nabi dan berkata “Engkau beruban sebelum waktunya, Rasulullah!” terus menjelaskan kenapa dirinya beruban baginda bersabda “Itu kerana surah Hud dan yang sepertinya”

Tentu kita tertanya-tanya apa kandungan Surah Hud sehingga menyebabkan rambut Rasullullah saw beruban dengan cepat.

Imam Nawawi dalam Syarah Muslim menulis: Ibnu Abbas ra. berkata bahwa tidak ada ayat yang lebih berat dan sukar dilakukan selain ayat yang terletak di surah ini (Surah Hud ayat 112).

“Maka istiqamahlah engkau (Muhammad) sebagaimana diperintahkan, bersama orang yang taubat, jangan melampaui batas”-QS Hud:112

Inilah ayat yang membuat rambut nabi beruban. Ayat ini adalah perintah Allah swt kepada Nabi Muhammad saw untuk tetap istiqamah.

Sahabat Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Istiqamah itu hendaklah kamu istiqamah dalam perintah dan larangan”.
Apa yang dapat kita fahami ialah istiqamah mengerjakan perintah Allah dan istiqamah meninggalkan laranganNya. Mampukah kita melaksanakannya?

Antara sebab-sebab lain yang menjadikan Nabi s.a.w begitu gerun berhadapan dgn surah Hud dan surah-surah sepertinya :

1. Gambaran hari kiamat yang sangat dahsyat dan jelas diperlihatkan di dalamnya seolah-olah beliau melihat dengan matanya sendiri.

2. Sangat bimbang tidak dapat melaksanakan tugas-tugasnya seperti yang diminta oleh Allah swt.

3. Cerita-cerita nabi terdahulu yang banyak dipaparkan di dalam surah Hud begitu sadis dan mencabar dalam melaksanakan risalah Allah swt. apakah beliau mampu mengikuti jejak-jejak mereka?

4. Teguran-teguran lansung dari langit kepada tindak tanduk beliau dalam menyampaikan risalahnya menyebabkan beliau sering bermuhasabah dan bimbang teralpa dengan tugas-tugasnya.

5. Bimbangkan umatnya tergelincir dari landasan yang benar, dan gagal merasai dahsyatnya hari kiamat yang akan menyebabkan mereka berlengah-lengah dari bertaubat dan kembali ke jalan Allah.

Ayat-ayat lain yang berkaitan dengan istiqamah

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka istiqomah, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.
Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta.
Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

(QS 41 Fushshilat: 30-31)

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.
Mereka itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan”.
(QS 46 Al-Ahqaaf: 13-14)

Ya Allah Jadikanlah kami semua istiqamah dalam Islam dan Sunnah sampai akhir hayat kami, sampai berjumpa denganMu di JannahMu bersama RasulMu, memandang WajahMu yang Maha Mulia dan mendapat RidhaMu, amiin

*Sumber dari tahajjud.net

Tuesday, April 22, 2014

Qarun Sebelum menjadi Orang Kaya

Kisah Qarun dalam al-Quran banyak disebutkan dalam suraH al-Qashash.

"Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka Dia berlaku aniaya terhadap mereka dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang terlalu membanggakan diri. "(QS: al-Qashash: 76)

Dari ayat tersebut jelas bahawa Qarun merupakan salah satu kaum Nabi Musa. Menurut Ibnu Ishak, Qarun adalah bapa saudaranya Nabi Musa. Sementara menurut A'masy dan lainnya dan pendapat ini pendapat masyhur, Qarun adalah sepupu Nabi Musa. Ayah nabi Musa yang bernama Imran adalah kakak dari ayah Qarun yang bernama Yashhar. Baik Nabi Musa mahupun Qarun adalah keturunan Nabi Ya'kub kerana kedua-duanya merupakan cucu dari Laway dan Laway adalah putra Nabi Ya'kub, saudara Nabi Yusuf tetapi hanya berbeza ibu. Qarun merupakan keturunan Bani Israil. Semasa hidupnya, dia banyak meminta dan hidup dari keringat Bani Israil. Kerana itu, tidak hairan apabila sebahagian besar Bani Israil sendiri membencinya .

Awal kehidupan Qarun amat begitu miskin dan mempunyai ramai anak. Namun dia berhati mulia lagi dermawan terhadap golongan faqir miskin. Malah ramai dikalangan faqir miskin yang berdoa “Wahai Tuhan kami…biarlah Qarun jadi kaya-raya  walaupun kami miskin…mudah-mudahan dia dapat memberi sumbangan derma kepada kami yang miskin ini”. Doa ini pernah dilafazkan di hadapan Qarun hingga menyebabkan dia sendiri merasakan dirinya lebih berhak menjadi kaya demi untuk menyumbang derma kepada orang lain.

Qarun adalah seorang yang sangat soleh, baik, sentiasa mengikuti perintah Nabi Musa semasa dia hidup dalam kemiskinan. Suatu hari dia datang menghadap Nabi Musa, meminta Nabi Musa agar dia didoakan menjadi orang kaya, kuat beribadah dan boleh membantu saudara- saudaranya Bani Israil. Nabi Musa lalu mendoakannya dan dengan izin Allah, Qarun menjadi sangat kaya raya. Dia bukan hanya berjaya dalam peternakan, akan tetapi juga diangkat menjadi salah seorang menteri oleh Ramses II yang hidup pada masa itu. 

Cita-citanya untuk menjadi orang kaya kini sudah tercapai. Namun sayang, kekayaannya telah menjadikannya lupa dan derhaka. Niat awal agar lebih khusyuk ibadah dan membantu sesama manusia tidak pernah dia lakukannya.

*Dari pelbagai sumber

Monday, April 21, 2014

Harut dan Marut dari Babylon; Siapakah mereka?

tower_of_babel-erich_lessing
Al-Quran menyebut nama kota Babylon bersamaan dengan penyebutan dua nama yang cukup misteri, Harut dan Marut. Siapa mereka sebenarnya, dan apa kaitan mereka dengan negeri Babylon?

Tidak kurang dari tujuh riwayat dalam berbagai kitab hadith dan syarahnya yang memuat riwayat dari Rasulullah s.a.w yang berkisah tentang Harut dan Marut. Salah satu riwayat yang cukup kuat berasal dari riwayat Imam Ahmad bin Hanbal dalam musnad-nya.

Rasulullah s.a.w bersabda,”Ketika Allah s.w.t menurunkan Adam ke bumi, malaikat berkata,’Wahai Rabb, mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”

Allah s.w.t menjawab,”Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kalian ketahui,”(Surah al-Baqarah [2]:Ayat 30). Para malaikat itu berkata lagi,”Wahai Rabb kami, kami lebih taat kepada-Mu daripada anak-anak Adam.”

Allah s.w.t berfirman,”Pilihlah dua malaikat yang terbaik untuk Kami turunkan ke bumi, sehingga Kami dapat melihat apa yang mampu mereka berdua lakukan.”

Para malaikat berkata,”Wahai Rabb, kami memilih Harut dan Marut.”

Keduanya lalu diturunkan ke bumi dan dilengkapi dengan semua hal yang dimiliki manusia, termasuk nafsu syahwat. Bintang Zuhrah (Venus) kemudian dijelmakan bagi kedua malaikat itu sebagai seorang perempuan yang sangat cantik yang mendatangi Harut dan Marut. Kedua malaikat itu pun menginginkan perempuan itu, yang dijawab oleh perempuan itu, “Tidak, demi Allah, sebelum kalian mengucapkan ucapan syirik ini.”

Kedua malaikat itu berkata,”Tidak, demi Allah, kami tidak akan mempersekutukan Allah selamanya.”

Perempuan itu pun menghindar dari kedua malaikat itu, lalu kembali sambil menggendong seorang anak kecil. Kedua malaikat itu meminta dirinya lagi, tetapi perempuan itu menjawab,”Tidak sebelum kalian membunuh anak ini.”

Kedua malaikat itu berkata,”TIdak, kami tidak akan pernah membunuh selamanya.”

Perempuan itu pun menghindar dari kedua malaikat itu, lalu kembali sambil membawa sekendi khamr (minuman keras). Kedua malaikat itu meminta dirinya lagi, tetapi perempuan itu menjawab,”Tidak, sebelum kalian meminum khamr ini.”

Kedua malaikat itu pun meminumnya hingga mabuk, lalu menggauli perempuan itu dan membunuh anak kecil tadi. Ketika keduanya sedar, perempuan itu berkata,”Demi Allah, kalian berdua tidak meninggalkan sesuatu yang kalian abaikan sebelumnya atasku, kecuali kalian telah melakukannya ketika kalian mabuk.”

Setelah itu, keduanya ditawarkan dua pilihan: seksaan dunia, atau seksaan akhirat. Keduanya lalu memilih seksaan dunia.

Dalam riwayat Ibnu Abbas disebutkan bahawa kedua malaikat itu digoda oleh perempuan dari manusia biasa, yang selain meminta keduanya menyembah berhala, membunuh, dan minum khamr, juga meminta diajari kalimat yang membuatnya boleh terbang ke langit, hingga perempuan itu benar-benar boleh terbang ke langit, dan Allah mengubahnya menjadi bintang Zuhrah (Venus). Kemudian Allah mengutuskan Nabi Sulaiman kepada Harut dan Marut dan menawarkan dua pilihan: seksa dunia atau siksa akhirat. Keduanya memilih seksa dunia.

*Sumber dari tahajjud.net




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam