Monday, March 31, 2014

70,000 Anak Bantu Iblis

Iblis yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat Nabi Muhammad SAW ke arah kelalaian dan pelbagai perkara maksiat lain.

Makhluk laknat terbabit pernah bertamu kepada Rasulullah SAW selepas diarah berbuat demikian oleh Allah SWT bagi menjawab setiap persoalan ditanyakan baginda.

Berikut adalah sambungan pertanyaan dan jawapan diberikan Iblis:
Rasulullah SAW lalu bersabda, “Segala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”

Iblis segera menyampuk: “Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup sehingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberiku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas.”

Rasulullah terus bertanya Iblis siapa yang ikhlas menurut makhluk laknat terbabit dan dijawab: “Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas.”

“Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya.”

“Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

“Tahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan?”

“Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanita tua, sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.”

“Aku punya anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah.”

“Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.”

“Aku punya anak yang senang ada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia hebohkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.”

“Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya supaya setiap orang memandangnya. Syaitan juga berkata, ‘Keluarkan tanganmu’, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan menghiasi kukunya.”

“Mereka (anak-anakku) selalu menyusuri dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lain serta daripada satu pintu ke pintu lain untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas daripada keikhlasan mereka.

“Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.”

“Tahukah kamu Muhammad bahawa ada rahib yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur,” terang Iblis kepada Rasulullah SAW.

*Sumber dari thaqofahdaie.blogspot.com

Sunday, March 30, 2014

Iblis Gentar Dengan Soalan Nabi Muhammad

Iblis gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah dan di bawah ini adalah sebahagian daripada soalan perlu dijawab makhluk dilaknat itu:

Nabi Muhammad menyoal iblis berkaitan amalan yang dapat menyakiti makhluk dilaknat Allah itu.

“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?”
Iblis menjawab panas dan gementar lantas baginda bertanyakan mengapa.
Iblis menjawab, “Sebab setiap seorang hamba bersujud sekali kepada Allah dan Tuhan mengangkatnya satu darjat.”

Baginda bertanya lagi, “Jika seorang umatku berpuasa, jika ia berhaji dan jika iamembaca al-Quran.”
Iblis menjawab, “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.”

Apabila ditanya jika seseorang umat Muhammad bersedekah, iblis menjawab ia sama seperti individu berkenaan membelah tubuhnya dengan gergaji.
Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu, lantas makhluk dilaknat Allah itu menjawab, “Sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”

Baginda meneruskan soalan: “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
Iblis menjawab, “Suara kuda perang di jalan Allah.”

Soal baginda seterusnya, “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis menjawab, “Taubat orang yang bertaubat.”

Nabi Muhammad meneruskan soalan: “Di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?” Dan dijawab iblis, “Di bawah kuku manusia.”

*Sumber dari thaqofahdaie.blogspot.com

Saturday, March 29, 2014

Pengakuan Syaitan Yang Terakhir

Firman ALLAH Ta`ala:

وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الأمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِي عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِي مِنْ قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Maksudnya:

“Dan berkatalah Syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan:  “Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya.  Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri.  Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan ALLAH) sejak dahulu”.  Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat seksaan yang pedih.”

(Surah Ibrahim, 14:22)


Friday, March 28, 2014

Sejarah Kemasukan Kristian di Kepulauan Melayu

Agama Kristian berasal dari Palestine, di Timur Tengah. Agama Kristian mula tersebar luas di tiga buah benua iaitu Afrika, Eropah dan Asia.  Di Afrika, Kristian menjadi agama rasmi negara Habsyah dalam abad ke 4. Daerah Asia terutamanya Asia selatan dan Asia Timur menerima Kristian agak terlewat sedikit. Perluasan besar Kristian berlaku di Eropah, kemudian ia menular ke bahagian-bahagian lain dunia.

Kedatangan Kristian ke daerah nusantara Melayu (Malaysia, Filipina dan Indonesia) sangat rapat hubungannya dengan gerakan perluasan daerah Portugal, Sepanyol dan Belanda. Pada tahun 1511, orang-orang Portugis telah menawan kota dan pelabuhan Melaka, dan menjadikannya sebagai pusat kegiatan mereka. Kemudian mereka menyelinap masuk ke Maluku, Tiongkok dan Jepun. Di mana sahaja mereka membuat kolonisasi yang tetap , mereka mengubah agama penduduk-penduduknya menjadi Kristian dan memperkenalkan bahasa Portugis.

Asas kemasukan Kristian ke kepulauan Melayu ini pun nyata sudah berbeza dengan Islam.  Kristian masuk melalui penjajah yang dengan rakusnya menjajah negara orang lain, sedangkan Islam hanya masuk melalui pedagang2 Arab, India dan beberapa bangsa lagi dengan cara perdagangan. Mereka berdagang dan sambil-sambil itu mereka mendakwah agama Islam dengan cara yang baik, alhamdulillah.

Sementara orang-orang Portugis meluaskan daerahnya ke Timur, orang-orang Sepanyol pula meluaskan daerahnya ke arah Barat. Mereka menakluki daerah yang luas  di benua Amerika dan dari Amerika kemudiannya ke Lautan Teduh. Filipina merupakan daerahnya yang paling utama di Lautan Teduh dan di sana mereka bertapak secara kekal sejak tahun 1565. Undang-undang Sepanyol dan undang-undang Portugis terhadap perkara agama, bahasa dan kebudayaan pada umumnya sama dengan Portugis. Malah sebenarnya sejak tahun 1580 hingga ke tahun 1640 setelah Portugal ditakluki oleh Philip II, Raja Sepanyol (1527 – 1598) yang juga telah memberikan namanya kepada Filipina,  maka Sepanyol dan Portugis telah disatukan di bawah pemerintahan Sepanyol yang tunggal.

Philip II telah tercatat dalam sejarah sebagai seorang pembela kepercayaan  Roman Katolik yang berani. Dia menganggap orang-orang Moor dan orang-orang Kristian Protestant sebagai musuhnya yang utama. Dia telah menentang Kristian Protestant terutama sekali di negeri Belanda yang di bawah pemerintahannya. Negara tersebut telah memberontak terhadapnya dengan berhasil sekali. , dan kejadian ini bukan sahaja penting ertinya bagi Eropah, kerana peperangan Hispano-Portugis menentang ‘Moor’ dan Protestant itu tidak terbatas di Eropah dan daerah Laut Tengah yang berjiran dengannya sahaja, tetapi juga telah dilanjutkan hingga ke Asia Tenggara.

Apabila orang-orang Sepanyol sampai di Mindanao di Filipina, setelah mengelilingi setengah bulatan dunia ini dari arah barat, mereka telah berhadapan dengan musuh tradisinya di bahagian paling timur, iaitu orang-orang Islam. Orang2 Islam ini mereka sebut juga sebagai orang2 ‘Moro’. Dalam abad ke 17, didapati bahawa orang2 Belanda bekerjasama dengan orang2 Islam / Moro ini dalam perjuangannya menentang Sepanyol, dan kekuasaan Sepanyol hampir menemui nasib yang sama dengan nasib orang2 Portugis di Asia Tenggara.

Pada tahun 1602, Syarikat Hindia-Timur yang terkenal dengan nama V.O.C (Verenigde Oostindische Compagnie) telah ditubuhkan.  Syarikat ini bukan sahaja bertindak sebagai syarikat dagang tetapi juga menerima hak2 kekuasaan. Syarikat ini diberi izin untuk mengikat perjanjian dan persekutuan dengan pengiran2 dan lain2 raja yang berkuasa atas nama negara Belanda, dan juga untuk mendirikan perbentengan dan mengambil serta mengangkat pegawai2 pentadbir, hakim2 dan askar2 tetapi semuanya itu harus mengangkat sumpah taat setia kepada pemerintahan negara Belanda.

Dalam masa abad ke 17, kekuasaan orang2 Portugis di Asia Tenggara telah pecah, dan pemerintahan orang2 Sepanyol hanya terbatas kepada Filipina sahaja. Jatuhnya Melaka (1641) secara khusus telah menguntungkan kedudukan perdagangan di Betawi yang menjadi pusat kekuasaan Belanda di Asia. Akhirnya satu sahaja daerah yang menjadi milik orang2 Portugis dan dalam hal ini, kepulauan timur Portugis mempunyai kedudukan yang sama di Asia Tenggara seperti Makao di Asia Timur.

Kekuasaan Eropah di Asia Tenggara dalam abad ke 17 dan ke 18 tidak bertambah dari keadaannya dalam abad ke 16. Kemerosotan kekuatan Sepanyol juga secara umum telah mula dirasai di Filipina. Daerah jajahan Belanda terdiri dari beberapa pusat yang kuat, biasanya di pesisir dan dari pesisir daerah pengaruhnya mencapai masuk ke pedalaman atau di sepanjang jalan kapal. Dalam abad yang ke 18, pengaruh Belanda bertambah kuat lagi di Jawa, tetapi gambaran pada umumnya ialah bahawa daerah di bawah V.O.C itu masih dan tetap menjadi sebuah koloni perdagangan.

Pada kebanyakan tempat, terutama di Maluku, penggantian pemerintahan Portugis dengan pemerintahan Belanda melibatkan pula satu penggantian agama Kristian dari mazhab Roman Katolik menjadi mazhab Protestant. Akan tetapi sebuah pertubuhan dagang seperti V.O.C tidak begitu berminat untuk menukar agama di tempat2 miliknya dan daerah2 pengaruhnya seperti negara2 Portugal dan Sepanyol. Malah sebenarnya setelah kegiatan misi2 Roman Katolik menggelombang naik pada pertengahan abad ke 16 , maka kemerosotan telah berlaku dalam masa 25 tahun yang terakhir dalam abad itu, sehingga yang demikian tidaklah dapat dilihat sesuatu kemajuan agama Kristian yang nyata di daerah2 tersebut.

Pada akhir abad yang ke 18 dan permulaan abad ke 19, beberapa peristiwa telah berlaku seperti pembubaran V.O.C, masa peralihan yang singkat di bawah pemerintahan Inggeris, dan pembentukan Hindia-Timur Belanda di bawah pemerintahan Belanda. Daripada sebuah koloni dagang menjadi sebuah koloni pertanian, yang berpusat di Jawa. Daerah ini tidak meliputi Melaka, yang ditakluk oleh Inggeris pada 1824.

Masa permulaan 25 tahun dalam abad ke 19 merupakan satu masa pengawasan negara dan perencanaan negara secara tersusun. Raja William I (yang memerintah dari 1813-40) menjadi penganjur siasah tersebut. Dia meneruskan kegiatan2 gereja zaman V.O.C dalam ‘Gereja Protestant di Hindia Belanda’. Gereja ini telah didirikan tersendiri dari gereja protestant di negeri Belanda.

V.O.C telah mempengaruhi pihak2 gereja yang berkuasa dalam hal memilih kaum pendeta Protestant untuk bekerja di timur, dengan jalan membuat tuntutan2 istimewanya sendiri, tetapi sekurang2 nya pemilihan itu pada saat terakhirnya tetap merupakan perkara dalam lingkungan kuasa gereja. Pemilihan di negara Belanda telah ditugaskan kepada sebuah jawatankuasa yang diangkat oleh raja, dan di dalam jawatankuasa ini hanya satu atau dua orang2 terkemuka gereja yang menjadi anggota kerana kedudukannya itu.

Semua penganut Protestant di Hindia-Belanda harus menjadi anggota gereja Protestant di daerah itu, biar apa pun jua bangsa atau kepercayaannya. William I telah memberikan kepada gereja ini konstitusi yang menjunjung dasar bahawa sesuatu hal yang dilakukan di Hindia Belanda haruslah dengan pengetahuan dan campur tangan pemerintah. Majlis gereja Betawi kini secara rasmi telah diberi satu fungsi kepimpinan di dalam gereja, sebagai lanjutan keadaan yang telah berkembang di bawah V.O.C.  Sampai lama dalam abad ke 19 , satu peraturan baru masih terus berlaku bahawa presiden dewan gereja itu mestilah  seorang anggota dewan tertinggi dalam negeri iaitu Dewan Kepulauan Hindia Belanda. Pengangkatan oleh gereja tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan pemerintah.

Apabila tugas2 gereja di timur secara tegas diletakkan di bawah pengawasan pemerintah dalam abad ke 17, maka keadaan itu pada permulaannya telah menimbulkan protes daripada pihak gereja yang berkuasa di negeri Belanda dan juga di Betawi. Kemudian hal itu telah diterima tanpa sungutan , sebagai lanjutan keadaan dalam zaman V.O.C. Pada hakikatnya, pengawasan negara terhadap gereja pada masa itu malah diperkuatkan dari sebelumnya. Dalam zaman V.O.C gereja tidak dapat berkembang sedemikian rupa sehingga menarik perhatian, kerana kepentingan dagang biasanya mengatasi kepentingan gereja tetapi pada dasarnya perluasan daerah gereja telah diakui oleh pihak yang berkuasa.

Sampai di sini dahulu dalam bahagian pertama ini dan dalam bahagian kedua nanti insyaAllah akan diberikan penjelasan  tentang kemasukan Kristian ke Tanah Melayu dan konsep-konsep asas iman mereka. Kesimpulannya, sejarah sendiri telah membuktikan bahawa kemasukan agama Kristian ke kepulauan melayu ini adalah melalui PENJAJAHAN , tidak seperti meluasnya Islam di daerah sini dengan melalui jalan PERDAGANGAN. Maka ini tertolak hujjah-hujjah dari Kristian yang mengatakan bahawa Islam tersebar dengan pedang, sedangkan yang kita dapat lihat agama kristian lah yang tersebar melalui peperangan dan penjajahan.

Ini berbeza dengan apa yang berlaku dalam zaman Nabi Muhammad S.a.w. Islam bukan semata2 tersebar melalui pedang, tetapi kita lihatlah permulaan dakwah Islam itu hanya dengan cara one to one, dan dengan cara yang amat berhikmah. Tetapi setelah Islam diserang, orang2 Islam diseksa dan dibunuh, barulah Allah perintahkan agar Nabi dan para sahabat bersiap sedia untuk berperang. Tetapi lihatlah, peperangan BUKAN dimulakan oleh Islam, malahan Islam terpaksa berperang kerana diserang terlebih dahulu. Bagi mereka yang mempunyai hati yang jernih dan terang, fikiran yang matang dan akal yang waras dapat menilai sendiri tentang perkara tersebut.  Wallahu a’lam

*Sumber dari hikmatun.wordpress.com  

Thursday, March 27, 2014

Hukum Islam Telah Dijalankan Pada Zaman Dahulu di Tanah Melayu

Tahukah anda bahawa Hukum Islam / Hudud telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu? Saya pasti masih ramai yang tak tahu dan tak percaya. Tetapi ketahuilah bahawa inilah kebenaran dan sejarah berdasarkan fakta-fakta yang ada dan logik akal.

Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini. Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslam kan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.

Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. HUkuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.

Hukum Kanun Melaka telah memperuntukkan hukum Qisas dalam fasal 5:1,3 , 8:2,3, 18:4, dan 3. Antaranya ialah berkenaan dengan pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya. HUkum kanun Melaka tidak mengenakan qisas bagi kesalahan-kesalahan tersebut.

Hukum Kanun Melaka memasukkan kesalahan melakukan hubungan sesama jenis (liwat) dan hubungan kelamin dengan binatang seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 43:5. Dalam Fasal 42 pula, memperuntukkan 40 kali sebat ke atas orang merdeka dan 20 kali sebat ke atas hamba yang melakukan kesalahan meminum arak. Dalam Fasal yang sama itu juga ada diperuntukkan hukuman bagi kesalahan berjudi iaitu dirampas semua barang perjudiannya.

Antara contoh lain iaitu hudud dalam Hukum Kanun Melaka yang meliputi kesalahan zina, qazaf, merompak, mencuri, murtad, dan meninggalkan sembahyang. Ini adalah sedikit dari contoh-contoh hukum hudud yang telah dijalankan di zaman dahulu yang pada masa ini telah digeruni bukan sahaja oleh bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri yang takut kepada HUKUM yang dapat menjamin kesejahteraan sejagat ini. Kita telah ditakut-takutkan oleh musuh Islam kepada hukum yang dicipta oleh pencipta segala sesuatu ini. Allah menciptanya dan sudah tentulah ia adalah BEST OF THE BEST law.

Malangnya umat Islam sekarang ini bukan sahaja takut dengan hukum agama sendiri, malah ada juga yang merendah-rendah dan memperli HUKUM ALLAH, astaghfirullah. Ketahuilah Hukum Islam ini adalah wajib sepertimana solat, zakat dan sebagainya kerana ia terkandung dalam ayat berbentuk perintah dalam Al Quran. Contohnya seperti ayat 2 Surah An Nur ini yang bererti, “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”

*Sumber dari hikmatun.wordpress.com


Wednesday, March 26, 2014

Rahsia Mekah dan Nombor 1.618

Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T. Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Setiap hari sebanyak lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersolat. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.
Dalam klip video ini, kita akan melihat satu rahsia dan bukti saintifik yang sukar untuk dipercayai yang tersembunyi dalam Bandar Suci Mekah selama beribu-ribu tahun. APAKAH rahsia tersebut? RAHSIA NOMBOR HEBAT METAMETIK – 1.618. Kenapa nombor ini dikatakan hebat? Kerana Allah S.W.T sering menggunakan nombor ini dalam penciptaan beberapa kejadian dalam alam semesta seperti denyutan jantung, nisbah spiral DNA, susunan daun dan struktur spiral pelbagai galaksi. Allah S.W.T sering menggunakan nombor yang sama iaitu “NOMBOR NISBAH EMAS – 1.618“.

Keunikan Manusia

Selain itu, nisbah ini juga digunakan pada piramid di Mesir dan pada rekaan pelbagai binaan struktur bangunan yang terkenal. Seorang Astronomer bernama Kepler menyatakan bahawa nombor ini boleh diumpamakan sebagai HARTA yang sangat berharga. Manakala Dr. Steven Markout, Pakar Estetika pula telah membuktikan hasil kajiannya selama 25 tahun bahawa setiap RUPA dan BADAN manusia dihasilkan dengan menggunakan nisbah ini dianggap CANTIK oleh setiap orang di dunia ini. Ini kerana jika sebarang bentuk mempunyai nisbah aspek 1.618, nescaya bentuk ini akan menjadi NISBAH EMAS – REKABENTUK SEMPURNA (PERFECT DESIGN). Anologinya, ukuran pada wajah manusia di mana kedudukan ukuran mulut ke dagu, mulut ke hidung dan ukuran pada tangan manusia di mana ukuran nisbah pangkal tangan ke sendi, sendi ke tapak tangan semuanya didapati menggunakan nisbah 1.618.

Dimanakah Titik Nisbah Emas Di Bumi?

Hasil kajian mendapati “The World’s Golden Ratio Point” berdasarkan kepada nisbah 1.618 terdapat di bumi. Ia dapat dibuktikan dengan nisbah jarak antara Mekah dan Kutub Utara serta nisbah jarak antara Mekah dan Kutub Selatan yang didapati menggunakan nisbah 1.618. Jika dirujuk kepada kedudukan Mekah di dalam peta didapati kedudukan lokasinya berada di latitude yang menunjukkan Kota Mekah. Kalau diukur pula nisbah jarak Mekah ke arah Timur dan Barat yang ditentukan oleh garis solstis, ia masih menunjukkan Kota Mekah. Subhanallah…..

Semua bukti-bukti ini menunjukkan kepada kita bahawa Pencipta Alam dan Metametik adalah SATU tuhan yang SAMA iaitu ALLAH S.W.T……

*Sumber dari apanamadotcom.wordpress.com

Tuesday, March 25, 2014

Rahsia Yang Manusia Tidak Tahu


Banyak perkara yang manusia ketahui tapi tidak tahu rahsianya di sebaliknya. Antara perkara-perkara yang manusia tahu tetapi mereka tidak tahu rahsianya ialah…

1. Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya.

2. Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam Syurga. Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke Neraka.

3. Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia. Banyak perkara yang akan dirosakkannya.

4. Sesuatu perkara atau benda yang kita suka, sangat sukar untuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahaja kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.

5. Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.

6. Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan teorinya.

7. Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah iaitu duit dan harta. Bahkan orang yang paling pandai seperti profesor pun dirosakkannya.

8. Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu akan menguasai manusia lain. Begitu pun banyak bangsa tidak boleh menempuh jalan ini. Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan lahirnya tetapi kerosakannya terlalu banyak.

9. Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang. Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang. Justeru itu orang yang memiliki dunia ada yang membunuh diri sendiri. Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Tuhan.

10. Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya daripada orang yang membunuh orang lain.

11. Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah diselesaikan jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan taqwa. Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin sabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberi nasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi memberi tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiap orang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang, anak yang masih bersekolah jangan tunjuk sayang atau benci manakala terhadap anak yang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu dijadikan kawan berbincang.

12. Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati kalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan diri pada tempatnya.

13. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap orang sukakan keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,dan tidak diganggu. Namun adakalanya manusia itu lupa, bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu disebabkan oleh dirinya sama ada secara langsung mahupun tidak. Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim, orang lain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilang keamanan. Bila tiada keamanan, penzalim juga turut susah dan terancam. Bila orang kaya bakhil, banyak orang dengki dan sakit hati. Risikonya dia juga ikut sama menanggung. Bila seseorang itu sombong, orang benci. Jika berlaku sesuatu keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akan ambil peduli dan orang tidak bersimpati. Jadi, sikap kita itulah adakalanya mengundang bala atau kesusahan. Bolehlah kiaskan dengan sikap-sikap yang lain.

*Sumber dari usahataqwa.com

Didikan Cara Islam Setelah Anak Dilahirkan

Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya. Hadits Riwayat Imam Abu Daud daripada Ubaidillah bin Abu Rafi' dari bapanya katanya:

"Aku melihat sendiri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengumandangkan azan seperti azan sembahyang pada telinga Hasan bin Ali ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah Radhiallahuanha."

Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Musa Radhiallahuanhu katanya:

"(Isteriku) telah melahirkan seorang anak. Maka Bayi itu aku bawa kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku."

Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.

Hadits riwayat Imam At-Tirmidzi daripada Samurah katanya bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

"Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya. Disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ke tujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya."

Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.

Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.

Umur antara 5 hingga 7 tahun.

Pada peringkat umur antara 5 - 7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar (mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu di sekelilingnya terutama ahli keluarganya.

Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. 

Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:

1. Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibu bapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibu bapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibu bapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.

2. Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.

3. Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.

4. Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain.

5. Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.

6. Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

7. Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap kiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.

8. Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala, membelakangkan kiblat dan sebagainya.

Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibu bapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.

pelitabrunei.gov.bn

Monday, March 24, 2014

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’“

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.“

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

*Sumber dari akuislam.com

Cara Hidup Ibu-Bapa Ketika Anak Dalam Kandungan

Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:

1. Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan Al-Qur'an terutama Surah Yusuf, Maryam, Luqman dan At Taubah.

2. Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah Subhanahu Wata'ala agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia.

3. Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.

4. Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.

5. Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu-waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama.

*Sumber dari pelitabrunei.gov.bn Tajuk: Mendidik anak secara Islam

Sunday, March 23, 2014

Jambatan Paling Panjang dan Paling Lama Dilalui

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/t1/1069817_10152247864356168_943406808_n.jpg
Jambatan titian sirat yang lebarnya hanya sehelai rambut yang dibelah tujuh dan tajamnya lebih daripada mata pedang. Dibawahnya terbentang NERAKA dan disebelahnya terbentang SYURGA yang luas. 

Diceritakan bahawa, untuk merentasi titian mengambil masa 15000 tahun. 5 ribu tahun menaik, 5 ribu tahun mendatar dan 5 ribu tahun menurun.

Al-Siraṭ al-Mustaqim (Bahasa Arab: الصراط المستقيم‎), atau Al-Sirath (Bahasa Arab: الصراط‎) sahaja, ialah satu istilah dalam agama Islam yang berasal dari bahasa Arab yang secara harfiahnya bererti "jalan yang lurus". Frasa ini tercantum pada Surah Al-Fatihah ayat 6-7 yang berbunyi:

Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau (Allah) beri Nikmat, bukan jalan yang dimurkai, bukan pula jalan orang-orang yang sesat. (Al-Fatihah / Pembukaan : 6-7 )

Dalam konteks Islam Sirat-al-Mustaqim adalah jambatan/titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam yang sangat licin, memiliki kait, cakar dan duri. Setelah melepasi masa di Padang Mahsyar, kaum Muslim akan dibentangkan sirath bagi mereka di atas neraka jahannam sehingga mereka melintasi di atasnya dengan kecepatan sesuai berdasarkan kadar keimanan mereka. 

Orang yang pertama kali melintasi titian Sirath itu adalah Nabi Muhammad s.a.w., kemudian Nabi Muhammad berdiri di tepi Sirath seraya berdoa, “Rabbi, selamatkan, selamatkan!” 

Jika ada umat-Nya yang pernah menyekutukan Allah dengan kesyirikan besar dan belum bertaubat sebelum kematiannya, akan mengakibatkan kekekalan di dalam neraka.

Adapun orang-orang kafir dengan berbagai jenisnya, musyrikin, penyembah berhala, atheis dan yang lainnya, mereka itu akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan dibukakan ketujuh pintu neraka jahannam bagi mereka. Sesuai dengan Surah Az-Zumar: 71, “Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahanam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya. - Surah Az-Zumar, Ayat 71.” dan Surah Al-Hijr, 15,44. “Jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka. - Surah Al-Hijr, 15,44.

*Sumber dari ms.wikipedia.org/wiki/Sirat-al-Mustaqim dan 
peribadirasulullah.wordpress.com

Saturday, March 22, 2014

Aurat: Jangan Pula Kerana Ingin Sihat, Laknat Pula Kita Dapat!

ISLAM menganjurkan umatnya supaya sentiasa memelihara kesihatan dan meningkatkan kekuatan tubuh badan sertaketajaman akal. Kerana itu Islam menggalakkanaktiviti-aktiviti riadah yang mampu meningkatkan kekuatan fizikal dan mental.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallammerupakan qudwah (ikutan) yang terbaik dalamhal ini. Dalam kitab-kitab hadits dan sirah, banyak riwayat yang menyatakan bahawa Baginda menggemari dan menganjurkan sukan-sukan yang berbentuk olahraga, pertahanan diri dan ketenteraan seperti berlumba lari, berenang, memanah, menunggang kuda, beradu senjata, dan sebagainya.
Sungguhpun demikian, Islam tidak sekali-kali membiarkan umatnya terbiar begitu sahaja untuk melakukan sesuatu perkara tanpa memberikan sebarang bimbingan, garispandu atau batasan. Maka kerana itulah, tiap sesuatu itu ada batasannya yang perlu dijaga dan diperhatikan, termasuk juga dalam perkara sukan dan bersukan.
Walaupun bersukan itu pada dasarnya adalah harus, sama ada ia dilakukan atas dasar memelihara kesihatan atau sekadar mengisi masa lapang, namun ia boleh menjadi tertegah bahkan haram dalam keadaan-keadaan tertentu terutama jika ia bertentangan dengan hukum, ajaran, tatacara, syariat dan adab-adab Islam. Antara batasan yang sering dipandang ringan ketika bersukan ialah perintah menutup aurat.
Tidak Ada Keringanan Untuk Mendedahkan Aurat Ketika Bersukan
Aurat merupakan satu mahkota kehormatan tidak kira bagi perempuan mahupun lelaki. Dari itu ia wajib dijaga bukan sahaja ketika mengerjakan sembahyang, bahkan ia wajib dijaga pada sepanjang masa hatta dalam rumah sekalipun. Menjaga aurat itu sangat tinggi nilainya, sehinggakan apabila seseorang itu menutup aurat dengan sempurna, identitinya sebagai seorang Islam akan terserlah dan akan dipandang dengan penuh rasa mulia dan hormat. Sebagai contoh, jika kita terlihat seorang perempuan yang menutup auratnya dengan sempurna misalnya, maka perkara paling awal yang akan terdetik dalam hati kita ialah perempuan tersebut adalah seorang yang berugama Islam dan dia adalah seorang muslimah yang baik.
Apa dia aurat? Dari segi bahasa, aurat berasal daripada perkataan Arab yang bererti aib atau sesuatu yang memalukan.
Menurut istilah syara‘ pula, aurat ialah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang ramai. Aurat lelaki ialah di antara pusat dengan dua lutut. Sementara aurat perempuan pula ialah seluruh anggota tubuh badannya melainkan muka dan dua tapak tangan (luar dan dalam) sehingga dua pergelangan tangannya.
Dari definisi aurat itu sendiri dapat difahami bahawa mendedahkan aurat itu merupakan satu perbuatan yang mendatangkan aib dan memalukan. Jadi orang yang sihat perasaannya, sempurna akhlaknya dan waras akal fikirannya secara fitrah dan semulajadinya pasti akan menjaga auratnya dengan sempurna dan pasti akan segera menutupi auratnya yang terdedah itu dengan apa jua cara sekalipun.
Menurut syara‘, hukum menutup aurat itu adalah wajib, dan mendedahkannya pula adalah haram dengan nas al-Quran, hadits dan ijma‘ umat Islam dan merupakan satu dosa besar. Mendedahkan aurat menyebabkan orang itu sentiasa dalam laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan sentiasa dalam dosa selagimana dia belum bertaubat, belum menyesali dan belum berniat untuk meninggalkan perbuatan tersebut.
Hendaklah diingat bahawa tidak ada kelonggaran untuk membuka aurat ketika bersukan. Alasan-alasan seperti panas, rimas, sukar membuat pergerakan dan sebagainya jika menutup aurat ketika bersukan tidak sekali-kali diterima oleh syara‘.
Dari itu, ketika bersukan hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian, menutup aurat, tidak menjolok mata dan tidak menimbulkan fitnah.Perlu diingat dan ditekankan di sini bahawa pakaian yang jarang, nipis atau ketat sehingga menampakkan warna kulit atau susuk tubuh adalah ditegah dan tidak memadai walaupun pada zahirnya ia seolah-olah menutup bahagian aurat.
Tidak ada kelonggaran menurut syara‘ dalam hal menutup aurat ketika bersukan ini sungguhpun di antara sesama lelaki ataupunsesama perempuan. Abu Sa‘ed al-KhudriRadhiallahu ‘anhu berkata bahawa RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya : “Janganlah seorang lelakimemandang akan aurat seorang lelaki (yang lain) dan janganlah seorang perempuan (memandang) akan aurat seorang perempuan (yang lain).” (Hadits riwayat Imam Muslim)
Daripada Mu‘awiyah bin Haidah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba-hamba perempuan yang engkau miliki.” (Hadits riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Selain memastikan aurat terjaga dengan sempurna, wajib juga menjaga syarat-syarat lain yang telah digariskan oleh syara’ dalam hal berpakaian seperti:
1. Tidak menyerupai pakaian lawan jenisnya.
2. Tidak menyerupai pakaian atau cara berpakaian orang kafir.Maksudnya di sini ialah apa-apa pakaian atau sesuatu yang dipakai oleh orang kafir sebagai cogan khas atau ciri pengenalan bagi mereka, contohnya di sini seperti ‘scapular’, iaitu sejenis potongan kain atau aksesori tertentu yang dipakai khusus oleh pengabdi ugama Kristian.
3. Tidak memakai pakaian yang mempunyai gambar, lambang atau unsur yang bertentangan dengan syariat Islam seperti lambang salib, minuman keras dan sebagainya.
4. Khusus bagi perempuan pula, jangan dia memakai pakaian yang mempunyai wangiwangian dan jangan pakaian itu berhias-hias kerana yang demikian itu akan menarik perhatian lelaki dan sekaligus mengundang fitnah.
5. Manakala bagi lelaki pula, jangan pakaiannya itu diperbuat daripada benang sutera. Dari itu, dengan sendirinya, apa saja jenis sukan yang mensyaratkan untuk memakai pakaian yang tidak memenuhi kehendak syara‘ apatah lagi bertentangan dengannya seperti sukan yang mewajibkan pesertanya memakai pakaian yang mendedahkan aurat atau mewajibkan pesertanya memakai pakaian yang mengandungi lambang salib dan sebagainya adalah wajib ditinggalkan.
Maka sebagai merealisasikan rasa taqwa dan takutkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala, marilah kita menutup aurat dengan sempurna dan menghindarkan apa sahaja bentuk dan jenis pakaian yang melanggar aturan hukum syara‘ pada sepanjang masa termasuk ketika melakukan aktiviti sukan. Jangan hendaknya aktiviti sukan yang pada asalnya diharuskan oleh syara‘ itu menjadi satu aktiviti yang mendatangkan dosa akibat kealpaan kita dalam menjaga adab berpakaian. Biar dalam kita berusaha mendapatkan sihat itu kita turut sama mendapatkan berkat dan redha Allah. Jangan pula kerana inginkan sihat, laknat pula yang kita dapat!
WALLAHU'ALAM
*Sumber dari pelitabrunei.gov.bn


Friday, March 21, 2014

Matahari Ditahan Terbenam Untuk Nabi Yusya’ Bin Nun

Nabi Musa ‘alaihis salam memiliki seorang murid yang menemaninya mencari Ilmu. Dia adalah Yusya’ Bin Nun, dan Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan hikmah kenabian dan mukjizat yang nyata kepadanya. Setelah Nabi Musa ‘alaihis salam wafat, Nabi Yusya’ bin Nun ‘alaihis salam membawa Bani Israil ke luar dari padang pasir. Mereka berjalan hingga menyeberangi sungai Yordania dan akhirnya sampai di kota Jerica.

Kota Jerica adalah sebuah kota yang mempunyai pagar dan pintu gerbang yang kuat. Bangunan-bangunan di dalamnya tinggi-tinggi serta berpenduduk padat. Nabi Yusya’ dan Bani Israil yang bersamanya, mengepung kota tersebut sampai enam bulan lamanya.

Suatu hari, mereka bersepakat untuk menyerbu ke dalam. Diiringi dengan suara terompet dan pekikan takbir, dan dengan satu semangat yang kuat, mereka pun berhasil menghancurkan pagar pembatas kota, kemudian memasukinya. Di situ mereka mengambil harta rampasan dan membunuh dua belas ribu pria dan wanita. Mereka juga memerangi sejumlah raja yang berkuasa. Mereka berhasil mengalahkan sebelas raja dan raja-raja yang berkuasa di Syam. Hari itu hari Jum’at, peperangan belum juga usai, sementara matahari sudah hampir terbenam. Berarti hari Jum’at akan berlalu, dan hari Sabtu akan tiba.

Padahal, menurut syari’at pada saat itu, pada Sabtu dilarang melakukan peperangan. Oleh karena itu Nabi Yusya’ bin Nun berkata: “Wahai matahari, sesungguhnya engkau hanya mengikuti perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala, begitu pula aku. Aku bersujud mengikuti perintahNya. Ya Allah Subhanahu wa Ta’ala, tahanlah matahari itu untukku agar tidak terbenam dulu!”. Maka Allah S.w.t menahan matahari agar tidak terbenam sampai dia berhasil menaklukkan negeri ini dan memerintahkan bulan agar tidak menampakkan dirinya.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, dia berkata, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, yang artinya: “Sesungguhnya matahari itu tidak pernah tertahan tidak terbenam hanya karena seorang manusia kecuali untuk Yusya’. Yakni pada malam-malam dia berjalan ke Baitul Maqdis (untuk jihad).’” (HR: Ahmad dan sanad-nya sesuai dengan syarat Al-Bukhari).

Akhirnya Nabi Yusya’ dan kaumnya berhasil memerangi dan menguasai kota tersebut. Setelah itu Nabi Yusya’ bin Nun memerintahkan kaumnya untuk mengumpulkan harta rampasan perang untuk dibakar. Namun api tidak mau membakarnya. Lalu Beliau meminta sumpah kepada kaumnya. Dan akhirnya diketahui ternyata ada dari kaumnya yang berkhianat dengan menyembunyikan emas sebesar kepala sapi.

Akhirnya orang-orang yang berkhianat mengembalikan apa yang mereka curi dari harta rampasan perang itu. Kemudian dikumpulkan dengan harta rampasan perang lainnya. Barulah kemudian api mau membakarnya.

Demikian syariat yang dibawa oleh Nabi sebelum Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi Wa Sallam. Yaitu tidak boleh mengambil harta rampasan perang. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala menyempurnakan Syariat Nya dengan memperbolehkan bagi Rasulullah Shollallahu ‘alaihi Wa Sallam untuk mengambil rampasan perang agar dapat diambil manfaat yang banyak dari harta rampasan perang itu.

Setelah Baitul Maqdis dapat dikuasai oleh Bani Israil, maka mereka hidup di dalamnya dan di antara mereka ada Nabi Yusya’ yang memerintah mereka dengan Kitab Allah Subhanahu wa Ta’ala, Taurat, sampai akhir hayatnya. Dia kembali ke hadirat Allah Subhanahu wa Ta’ala saat berumur seratus dua puluh tujuh tahun, dan masa hidupnya setelah wafatnya Nabi Musa ‘alaihis salam adalah dua puluh tujuh tahun.

(Sumber Rujukan: Al Qur’anul Karim; Riyadhus Shalihin; Syarah Lum’atil I’tiqod)

*Sumber dari suatuperjalananmaya.com

Thursday, March 20, 2014

Subhanallah, Manfaat Solat Asar


" Peliharalah segala solat (mu) dan (peliharalah) solat wustha (asar)," (al-Baqarah [2]: 238).

Rasulullah SAW bersabda: "Para malaikat mengawasi kalian dengan bergantian antara malam dan siang. Mereka kemudian berkumpul pada waktu solat subuh dan solat Asar. Lalu malaikat yang mengawasi di malam hari naik ke atas. Maka Tuhan bertanya walau Dia lebih tahu dari mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hamba-hamba Ku? 'Para malaikat menjawab, "Ketika kami pergi, mereka sedang melaksanakan solat. Dan ketika kami datang, mereka juga sedang melaksanakan solat," (HR Bukhari).

"Siapa saja yang tidak melaksanakan solat Asar, maka amal perbuatannya akan hilang sia-sia," (HR Bukhari).

Dalam solat Asar terdapat keutamaan yang besar, Rasulullah SAW mengaitkannya dengan solat Subuh.

Majoriti umat Islam menamatkan pekerjaan mereka selepas solat Asar tiba. Dengannya, solat Asar boleh menjadi penyembuhan berkesan dari segala sesuatu yang dilalui pada hari itu seperti halangan-halangan emosi, ketegangan dan keletihan.

Majoriti kaum muslimin membahagikan aktiviti mereka menjadi dua tahap. Tahap kedua ini bermula selepas solat Asar.

Oleh sebab itu, manfaat solat Asar adalah membuang sifat malas, memulihkan badan selepas makan, tidur dan berehat, memulihkan peredaran darah, melancarkan aliran darah di seluruh anggota badan serta menyalurkan tenaga yang diperlukan untuk memulakan pekerjaan.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Wednesday, March 19, 2014

Manusia Mempunyai 360 Sendi Sudah Disabdakan 1400 Tahun Lalu

‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]

Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith inside the Human Body”, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu , iaitu seperti berikut:

  • 147 sendi di tulang belakang
  • 25 sendi antara tulang belakang
  • 72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
  • 50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?)
  • 24 sendi di dada
  • 2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage
  • 18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk.
  • 2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat).
  • 2 sendi antara skapula dan dada
  • 86 sendi di hujung teratas
  • 2 sendi antara tulang scapular
  • 6 sambungan antara siku.
  • 8 sendi antara pergelangan tangan
  • 70 sendi antara tulang tangan
  • 92 sendi di hujung terbawah
  • 2 sendi pinggul
  • 6 sendi antara tulang lutut
  • 6 sambungan antara pergelangan kaki
  • 74 sendi antara tulang kaki
  • 11 sendi di pelvis
  • 4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
  • 6 sendi antara tulang acetabulm
  • 1 sendi sumphysis kemaluan


Jumlah sendi 360

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota –anggota di tubuh manusia.

Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi , dan pada masakini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350.

Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” ( Al-Mulk :14)

“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)

*Sumber dari mysweetmiko.blogspot.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam