Illuminati dan Penyakit Menyerang Manusia

Illuminati dan kaitan mereka dengan pemakanan dan kesihatan manusia. Perlulah diketahui bahawa Illuminati cuba untuk mengurangkan populasi penduduk dunia dengan sasaran agar hanya tinggal 4 billion manusia menjelang tahun 2050. Maka mereka akan cuba apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka itu.

Umat islam sekarang banyak kena penyakit kerana dari waktu kita lahir lagi sudah diajar dengan DADAH dan bahan kimia iaitu SUNTIKAN VAKSIN. Orang-orang zaman dahulu tak ada masalah pun tidak diSUNTIK Vaksin, tetapi zaman sekarang kecil-kecil lagi sudah di ajar dengan ubat dadah dan kimia.

Ini semua agenda Illuminati untuk merosakkan manusia-manusia selain dari pihak mereka.

Begitu juga dengan pengambilan pil-pil dan ubat-ubatan moden. Tidak perlu beri contoh lain, ubat antibiotik pun banyak KEBURUKAN nya. Contohnya jika demam kita makan antibiotik, maka ubat itu bukan sahaja membunuh kuman yang tidak elok, tetapi MEMBUNUH kuman-kuman yang menjaga / mengimunisasi tubuh kita.

Memang biasanya cepat sembuh jika menelan antibiotik, tetapi penyakit tidak sempat keluar dari tubuh kita, menyebabkan ianya TERPERAP di dalam badan. Kotoran-kotoran yang terperap itu lah yang menyebabkan berlaku ketumbuhan dalam badan dan dapat memunculkan berbagai penyakit lain pula kemudian harinya. Maka jika demam, tidak perlulah kita hendak CEPAT SEMBUH, kerana demam ialah proses MEMBUANG TOKSIK / RACUN dari dalam badan. Kerana itu lah keadaan badan kita menjadi tidak seimbang ketika demam.

Dan begitulah dengan pil-pil dan ubat-ubatan moden yang mengandungi DADAH dan BAHAN KIMIA itu, semuanya AGENDA Illuminati. Pihak mereka sendiri tidak makan ubat-ubat ini melainkan makan makanan yang SEGAR dan organik sahaja.

Ini belum lagi masuk bab MAKANAN-MAKANAN DAN MINUMAN RINGAN di pasaran sekarang yang majoritinya ada bermacam-macam BAHAN KIMIA yang boleh menyebabkan pelbagai PENYAKIT untuk jangka masa panjang.

Dan mereka jugalah yang menyediakan vaksin-vaksin dan antivirus, juga untuk mengaut keuntungan darinya hasil dari perniagaan ubat-ubatan itu. Malah mereka juga mendapat nama, kerana kononnya membantu MANUSIA menyelesaikan masalah dengan mencipta pelbagai VAKSIN yang dapat melawan pelbagai jenis penyakit. Jangan anda terpedaya dengan taktik mereka itu, itu taktik lama sebenarnya dan sudah dapat dikesan oleh mereka-mereka yang mengkaji dan menggunakan akal fikiran.

Seorang journalis Austria yang bernama Jane Burgermeister telah memfailkan tuduhan jenayah terhadap World Health Organization (WHO), United Nations, Barack Obama, Rockefeller, Rothschild dan beberapa lagi kerana dia telah mendedahkan plot yang dibuat oleh mereka berkenaan dengan VAKSIN Selsema Babi yang merbahaya.

Dia mengatakan bahawa Selsema Babi dan Selsema Burung telah dihasilkan di dalam makmal  dengan tujuan membunuh secara besar-besaran melalui VAKSIN.

Lihatlah logo World Health Organization (WHO) di atas. Sebuah pertubuhan yang kononnya menjaga perihal kesihatan manusia sedunia, tetapi mengapa ada ULAR yang meliuk lentuk dan membelit dalam logonya itu?

Ini petikan dari WHO sendiri pada laman web mereka, tentang apa MAKSUD ular tersebut

The staff with the snake has long been a symbol of medicine and the medical profession. It originates from the story of Aesculapius who was revered by the ancient Greeks as a god of healing and whose cult involved the use of snakes.

*Sumber dari hikmatun.wordpress.com

Comments