Tuesday, December 31, 2013

Topi Tahun Baru Sanbenito (bentuk kon) dan Murtadnya Orang Islam Andalusia

Setiap pergantian tahun baru Masehi, trompet dan topi kon tidak boleh ditinggalkan. Di balik semua itu, ada sejarah yang tersimpan berkaitan dengan umat Muslim di masa lalu.
Topi Sanbenito
Dalam kajian Kristologi yang disampaikan Irena Handono, semasa Raja Ferdinand dan Ratu Isabela (keduanya penganut Kristian) berkuasa di Andalusia, ketika itu kaum Muslimin dibunuh tetapi memberi jaminan hidup kepada orang Islam dengan satu syarat, yakni keluar dari Islam.

Maka untuk membezakan yang mana sudah murtad dan yang mana belum keluar dari Islam adalah dengan mengenal pasti seseorang muslim itu memakai baju seragam dan topi berbentuk kon dengan nama Sanbenito. Jadi, Sanbenito adalah sebuah tanda berupa pakaian khusus untuk membezakan individu yang telah keluar dari agama Islam ( murtad ).

Ketika itu umat Islam di Andalusia dibunuh, kecuali bagi mereka yang memakai topi Sanbenito. Topi itu digunakan semasa keluar rumah termasuk ketika ke pasar. Dengan menggunakan sanbenito, mereka selamat dan tidak akan dibunuh.

Selepas pembunuhan selesai, agenda Ratu Isabela selanjutnya adalah mengejar orang Islam yang lari dan bersembunyi ke Amerika Selatan. Orang Islam yang ditangkap lalu diseret ke lembaga inkuisi (penyeksaan) yang dilaksanakan oleh orang gereja. Adapun paderi pertama yang dilantik Ferdinand dan Isabela untuk melaksanakan penyeksaan tersebut adalah paderi bernama Torquemada. Dia adalah Pengarah Yahudi yang dikenali sebagai pembunuh umat Islam Andalusia.

Bukan hanya orang Islam sahaja yang diseret ke lembaga penyiasatan, tapi juga orang Yahudi yang menolak masuk Kristian. Di tanah lapang, ada yang dibakar hidup-hidup, ada pula yang diseksa dengan kayu yang diruncingkan sehingga punggungnya akan tertusuk. Penyeksaan lain seperti mematahkan tulang kaki berlaku.

Selepas enam abad peristiwa kejam tersebut, berjuta-juta umat Muslim di dunia mengenakan topi kon Sanbenito ketika menyambut tahun baru Masehi. Ketika pergantian tahun, mereka dengan wajah gembira membunyikan trompet, teeeeet ! dan sama sekali tidak faham makna topi di kepalanya itu.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com / Gambar sumber dari Google

Monday, December 30, 2013

Tujuh Contoh Isteri Yang Sering Diceraikan Suami

Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuaasan bagi suaminya.

Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap Allah dan Rasul Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulahnitu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu 7 sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang Allah. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai Allah.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .

Sumber : Majalah Fatawa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Sunday, December 29, 2013

Kumbang Memusnahkan Ratusan Hektar Kebun Kurma Yahudi

Kumbang merah merupakan serangga perosak yang paling serius menyerang pokok-pokok kurma  di Israel. Sejak serangga perosak ini muncul pada tahun 1999 di Beit She’an menyebabkan kemusnahan beratus-ratus pokok kurma dan memusnahkan beratus-ratus hektar kebun dan tanaman hiasan di kawasan penempatan mereka.

Pegawai Israel mengadakan mesyuarat tergempar di sebuah hotel di Tel Aviv pada minggu terakhir bulan November tahun lepas untuk membincangkan kerosakan akibat kumbang sawit merah dan mencari jalan alternatif untuk menghapuskan mereka. Kumbang ini pernah menyebabkan kemusnahan awal kira-kira 20 ribu pokok kurma di Sepanyol.

Pihak berkuasa Israel berusaha untuk menutup mulut media mengenai bala kumbang merah tersebut. Pelbagai cara telah digunakan oleh rejim Yahudi untuk memusnahkan kumbang tersbut tetapi semua percubaan mereka gagal.






*Disusun dari sumber peribadirasulullah.wordpress.com

Presiden Iran Juga Pernah Ucapkan Selamat Tahun Baru Yahudi

rouhani Presiden Iran Juga Pernah Ucapkan Selamat Tahun Baru Yahudi

Presiden Iran, Hassan Rouhani menghantar mesej ucapan Selamat Hari Natal kepada pemimpin Vatican, Pope Francis (Pope Francis). Mesej itu disampaikan Rouhani via akaun Twitter nya, @ HassanRouhani ke akaun Twitter Paus Francis, @ Pontifex.

"Salam kepada @ Pontifex pada hari ulang tahun Kristus, Nabi cinta, kasih dan persahabatan. Semoga untuk tahun baru nanti penuh kedamaian dan kemakmuran, " bunyi tweet Rouhani, seperti dilaporkan Mirror.


Tentu ucapannya ini semakin mendekatkan blok antara Iran dan Barat. Pada tiga bulan yang lalu, Presiden Iran ini menjadi sorotan dunia setelah dia mengucapkan selamat tahun baru Yahudi melalui akaun Twitter nya.

Tahun Baru Yahudi dikenali dengan nama Rosh Hashanah dalam bahasa Ibrani. Rosh Hashanah dirayakan oleh warga Yahudi di seluruh belahan dunia.

"Saya mengucapkan untuk para warga Yahudi, khususnya warga Yahudi Iran, selamat Tahun Baru Rosh Hashanah, " ujar Rouhani, seperti dilaporkan Guardian, Khamis ( 5/9/2013 ).

Perayaan tahun baru Yahudi ini merupakan yang ke 5774. Dianggarkan kurang daripada 100 ribu orang Yahudi berada di Iran dan menjadi komuniti Yahudi terbesar di Timur Tengah di luar Israel .

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber ismapos.com


Saturday, December 28, 2013

ABDUL RAHMAN BIN AUF ra. - Saudagar Islam Yang Berjaya Di Dunia Dan Akhirat

Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang pemuda Quraisy dikota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala maupun kejahatan-kejahatan lainnya. Namun demikian Abdul Rahman terhindar dan bermacam-macam kejahatan yang berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman Bin Auf telah mempunyai anggapan bahawa minuman arak itu adalah terlarang.

Abdul Rahman Bin Auf telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam lagi. Dengan hal demikian nyatalah bahawa beliau tergolong orang-orang Islam yang permulaan dan menurut riwayat beliau adalah orang yang 8 dan orang-orang permulaan yang memeluk Islam. Adalah diriwayatkan bahawa ibu Abdul Rahman Bin Auf sesudah mengetahui Abdul Rahman Bin Auf memeluk Islam, iapun berkata kepada anaknya, "Aku akan berjemur dipanas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu ma1am yang sejuk aku akan bermalam diruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada agama nenek moyangmu. Dimikian ibunya mengancam. Sungguhpun begitu Abdul Rahman Bin Auf tetap tegak memeluk ugama suci dan mencintai Rasulullah S.A.W.

Adapun nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul Ka'abah, tetapi kemudian setelah Islam beliau menukar namanya kepada Abdul Rahman. Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan ugama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam. Abdul Rahman pernah membahagikan dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannya untuk keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.

Ramai sahabat yang telah memimpin penjuangan Islam dan menyibarkan syiar Islam yang berjuang sebagai panglima atau sebagai pahlawan Islam yang dikenal sejarah, tetapi Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan kepahlawanannya dengan jalan menyerahkan seluruh kekayaannya dalam menegakkan Islam.

Sebagai seorang Islam yang permulaan, Abdul Rahman Bin Auf juga telah mengalami berbagai penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat Quraish di Mekah. Oleh kerana memandangkan keadaan kaum Muslimin yang sangat sedikit itu sementelahan pula mengalami berbagai macam ancaman maka Rasulullah s.a.w akhirnya telah memerintahkan para pengikutnya supaya melakukan hijrah ke negeri Abbysinia kerana menurut Rasul disana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Tidak lama kemudian maka berangkatlah rombongan pertama yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita dan 17 wanita serta anak-anak. Dan diantara yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita lalu disusul dengan rombongan kedua yang terdiri dan 83 lelaki dan 17 wanita serta anak-anak. Dan di antara yang melakukan hijrah tersebut termasuklah Abdul Rahman Bin Auf.

Tidak lama kemudian Abdul Rahman Bin Auf dan beberapa temannya telah kembali ke kota Mekah sehingga sampai pada waktu Allah s.w.t memenintahkan kepada Rasulullah s.a.w untuk melakukan hijrah keYathrib( Madinah)  dilakukan Rasulullah sendiri dan para sahabatnya dan diantaranya termasuk juga Abdul Rahman Bin Auf.

Setiba di Madinah sebagaimana yang diperlakukan oleh Rasul terhadap lain-lain sahabat dalam rangka memberikan bantuan, maka Abdul Rahman Bin Auf telah dipersaudarakan oleh Baginda dengan Sa'ad Bin Rabi' seorang daripada golongan Ansar.

Demi kecintaan Saad Bin Rabi' kepada saudaranya dan golongan Muhajirin, beliau telah mengatakan kepada Abdul Rahman demikian antara lainnya, "Saudara, ketahuilah bahawa saya adalah seorang Ansar yang banyak harta, dan kiranya saudara sudi ambillah separuh dan kekayaan saya itu. Saya juga mempunyai dua orang isteri dan kiranya Saudara sudi mana satu antaranya, saya sedia mencaraikannya supaya boleh saudara mengahwininya. Mendengarkan kata-kata sahabatnya itu Abdul Rahman Bin Auf seraya menjawab, "Saudaraku, semoga Allah akan memberikan berkat terhadap keluarga dan hartabenda saudara. Janganlah disusahkan tentang din saya ini, yang penting bagi saya ialah kiranya saudara sudi menunjukkan saya jalan menuju ke pasar.

Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu dinar. Akan tetapi disamping kekayaannya yang melimpah-limpah itu, bellau termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan terhadap kaum fakir miskin.

Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau  pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.

Memandangkan jasa dan pengorbanan menegakkan Islam dengan hanta kekayaannya Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahinan Bin Auf adalah saudagar Tuhan " sebagai memujinya atas peranannya menegakkan ugama ALlah dengan harta kekayaan. Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah pernah bersabda, "Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan. Dalam hal ini Abdul Rahmanlah salah seorang sahabat yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana beliaulah yang menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu'minin dalam melakukan ibadah haji dibawah lindungan beliau.

Disamping memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan din dan penganuh kekayaannya. Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu han Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang apakah yang menyebabkan beliau menangis itu, lalu dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir saya ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati kebahgiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih daripada para sahabat Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana saya mempunyai banyak harta. Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanyai orang, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab, "Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum.

Demikianlah jiwa Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat besar Rasulullah. Memandangkan besarnya semangat pengorbanannya itu maka tidaklah hairan kiranya Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa Abdul Rahman adalah di antara sepuluh orang yang telah digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki syurga.

Dizaman Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah memperoleh kehormatan dan keutamaan di sisi Khalifah. Di zaman Khalifah, beliau pernah dilantik oleh Khalifah Umar untuk memimpin rombongan haji pada tahun pertama setelah Saiyidina Umar dipilih sebagai khalifah. Malah beliau jugalah salah seorang yang telah diwasiatkan oleh Khalifah Umar Al Khattab sebelum kewafatan beliau menjadi salah seorang ahli dalam majlis jawatankuasa di antara enam orang anggota bagi memilih calon khalifah yang akan menggantikan baginda. Beliaulah juga tokoh yang mengetuai tugas untuk menentukan siapakah yang bakal menggantikan Khalifah Umar Al Khattab sebagai khalifah ketiga umat Islam yang akhirnya jatuh ketangan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a.

Pada tahun 31 Hijrah, setelah menempuh hidup didunia yang fana mi selama 74 tahun, berpulanglah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah. Dalam usia 75 tahun. Dan sebelum meninggalnya, Ummul Mu'minin Aisyah telah menawarkan bahawa jika ia menghendakinya akan ditempatkan kuburannya nanti di sisi kuburan Nabi, Abu Bakar dan Umar r.a. Dengan suara yang merendah diri ia menjawab bahawa ia malu jika diberi kedudukan yang sedemikian tingginya untuk berkubur di samping Rasul. Dan ia juga menyatakan bahawa dirinya telah terikat janji dengan Uthman Bin Mazh'un bahawa jika salah satu di antara mereka berdua meninggal dunia lebih dahulu, maka ia akan berkubur di samping kuburan kawannya yang lain. Jenazah beliau telah dikebumikan di Baqi dan disembahyangkan oleh Saiyidina Uthman Bin Affan, Zubair Ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat.

*Sumber dari islam2u.net

Friday, December 27, 2013

Imam Abu Hanifah Dan Terompah Kayu

al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tibaternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu.

Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan : ” Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti “

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya : “Wahai Tuan, siapakah nama tuan?”

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : “Namaku Nu’man ” “Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?”budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu,Hanifah.

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :  “Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya”

Budak itu lalu menjawab : “Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga”

Menangis al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.

Allahu Allah..Moga kita juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A’dzam ini… 

Terima Kasih atas baik sangka orang kepada kita.

*Sumber dari suatuperjalananmaya.com

Thursday, December 26, 2013

Semasa Pemerintahan Mursi, Seluruh Masjid di Mesir Secara Rasmi Melarang Syiah

Menteri Agama Mesir Dr. Thal'at Afifi mengeluarkan kenyataan tegas bahawa seluruh masjid di Mesir secara rasmi melarang Syiah. Ini kerana Syiah dianggap mengajarkan prinsip-prinsip yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Pihaknya secara praktikal telah mengadakan beberapa latihan bagi para ulama dan imam untuk menghadapi arus pemikiran Syiah ini.

Dr Afifi juga menjelaskan, pihaknya telah menyusun panduan-panduan soal pelantikan imam baru, agar tidak ada pengaruh luar terhadap seseorang atau perantara atau jual beli dalam proses penetapannya.

Keputusan kementerian agama Mesir ini tidak lepas dari pengesahan perlembagaan yang dimulakan oleh Presiden Muhammad Mursi.

Sebelum itu Setiausaha Agung Dewan Tinggi Urusan Islam Mesir, DR. Shalah Sulthan telah menyatakan penolakannya terhadap segala bentuk pemikiran yang berpunca dari pelbagai aliran Syiah. Kerana berdasarkan UU Mesir, standard dalam masalah Aqidah, Akhlak dan Syariah harus berpunca dari Ahlussunnah wal Jamaah.

Di zaman Hosni Mubarak, Syiah memang sudah dilarang disebarkan di Mesir, namun ia tidak rasmi. Ketika masa reformasi sedang berlaku, penyebaran Syiah sangat menular. Ketika era Mursi yang lalu, Mesir dengan rasmi melarang Syiah beredar di negera tersebut.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Sunnah-Sunnah Nabi saw Sebelum, Ketika Dan Selepas Tidur

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

Wednesday, December 25, 2013

Ketenangan Jiwa di Antara Al Quran dan Sains

Para ilmuan telah banyak melakukan kajian untuk mengetahui rahsia disebalik perasaan tenang yang dirasakan manusia di saat mereka mengambil suatu keputusan tertentu atau yang disebut dengan 'ketenangan' ( ithmi'naan ).

Untuk maksud itu, mereka telah melakukan eksperimen melalui cara pembedahan dengan tujuan untuk mengetahui bahagian mana dari tubuh manusia yang mempunyai peranan bagi proses 'ketenangan' ini.

Dari kajian itu untuk sementara waktu ini, dapat dirumuskan bahawa pusat dari 'ketenangan' ini terdapat pada otak sebagai pusat bagi semua saraf yang berfungsi untuk mengawal semua proses penangkapan dan pengenalan isyarat yang masuk ke dalam tubuh.

Akan tetapi ketika dilakukan kajian dengan menggunakan bukti-bukti empirik , analisa darah dan hitungan besaran degupan jantung kemudian dilakukan perbandingan degupan jantung dalam pelbagai keadaan berikut :

1. Ketika manusia diam dan tidak berfikir untuk mengambil keputusan apa pun.

2. Ketika mengambil keputusan dan merasa senang kerananya.

3. Ketika mengambil keputusan dan merasakan kebimbangan atas akibat yang akan diterimanya.

4. Ketika mengambil keputusan di bawah tekanan jiwanya yang tidak normal.

Kajian empirik dan perbandingan antara berbagai keadaan di atas menunjukkan adanya perbezaan keadaan hati dilihat dari sudut fisiologi. Berdasarkan kajian di atas yang diperkuatkan juga oleh hasil pemerhatian keadaan biologi dari hati ketika merasakan kepuasan atas peristiwa yang menimpanya, para ilmuwan meyakini bahawa hatilah yang mempunyai tanggung jawab terbesar atas timbulnya perasaan tenang dan senang yang dirasakan manusia. Walaupun mekanisme timbulnya perasaan tenang itu belum diketahui secara pasti oleh para ahli.

Kerumitan kajian seperti yang tergambar di atas apabila kita bandingkan dengan apa yang kita dapatkan dalam Al-Quran, maka kita dapatkan bahawa Al-Quran dengan ringkas tetapi padat sejak 14 abad yang lalu telah menyatakan hal yang sama dengan hasil kajian di atas.

Dalam surah Ar - Rad ayat 28 Allah SWT berfirman:

" Ingatlah , hanya dengan mengingati Allah - lah , hati menjadi tenteram."

Sebagaimana dalam surah Al-Baqarah ayat 260 , Allah SWT berfirman :

" Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata : " Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku, bagaimana Engkau menghidupkan orang mati? " Allah berfirman : "Belum yakinkah kamu?" Ibrahim menjawab : "Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku). "

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber jurnalhajiumroh.com

Tuesday, December 24, 2013

9 Perkara Yang Meleburkan 2 Kalimah Syahadah (Kafir)

Sesungguhnya banyak perkara yang boleh membatalkan Iman atau Syahadah. Rosak iman maka sia-sialah amalan kita. Untuk menjaga iman, wajiblah kita mengetahui serta menghindari perkara yang boleh merosakkan akidah. Antaranya:

Pertama. Mempersekutukan Allah (syirik). Meminta doa atau pertolongan dari orang yang telah mati atau bernazar dan menyembelih korban demi mereka adalah perbuatan syirik. Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah akan mengharamkan syurga baginya. Tempat tinggal mereka (kelak) adalah neraka dan tiada penolong bagi mereka yang zalim.”

Kedua. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara diri kita dengan Allah dengan meminta doa atau syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada benda tersebut. Para ulama (ijma) sepakat mengatakan sapa yang melakukannya adalah kafir.
Ketiga. Tidak mengkafirkan orang musyrik (kafir) atau ragu dengan kekafiran mereka ataupun membenarkan fahaman mereka. Menganggap agama-agama lain sama seperti agama Islam. Firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa yang menghendaki selain dari Islam sebagai agama (cara hidup) maka tidak akan diterima agama darinya dan akhirat kelak dia tergolong dalam golongan yang rugi.”
Keempat. Tidak yakin bahawa tuntutan Nabi Muhammad saw dan hukum Islam (hudud) itu lebih sempurna. Mereka mengutamakan hukum ciptaan manusia dan meninggalkan hukum Allah. Antara contohnya ialah:
a.   Berkeyakinan bahawa perundangan yang diciptakan manusia itu lebih sesuai dan adil dari hukum Allah untuk dunia moden ini. Berkeyakinan bahawa syariat Islamlah yang membuatkan orang Islam itu mundur.
b.   Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah seperti memotong tangan pencuri atau merotan penzina, merejam penzina (berkahwin) itu kejam dan tidak sesuai lagi.
c.   Menghalalkan apa yang haram oleh Allah dan mengharamkan apa yang halal oleh Allah. Menghalalkan zina, arak, judi serta penggunaan perundangan lain selain syariat Allah. Ulama (ijma) bersepakat perbuatan itu kufar.

Kelima. Membenci sesuatu yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulullah saw walaupun diamalkan. Firman Allah yang bermaksud:
“Demikian itu adalah kerana mereka membenci terhadap apa yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan segala amalan (pahala) mereka.

Keenam. Memperolok-olok terhadap sesuatu dari Allah dan ajaran Rasulullah sawatau terhadap pahala dan seksaan yang telah menjadi ketetapan agama. Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad) terhadap Allahkah dan ayat-ayatNya serta rasulNya kamu memperolok-olok? Tiada erti kamu meminta maaf, kerana kamu kafir setelah beriman.”

Ketujuh. Sihir, ilmu hitam atau ilmu guna-guna untuk kebencian dan kecintaan seseorang atau merosakkan hidua seseorang. Allah berfirman yang bermaksud:
“Sedang kedua malaikat itu tidak mengajarkan (sihir) kepada seseorang pun sebelum mengatakan, sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir.”

Kelapan. Membantu orang kafir yang memusuhi kaum muslimin atau memilih orang kafir sebagai pemimpin. Firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa diantara kamu mengambil mereka (yahudi, nasrani atau kafir) menjadi pemimpin kamu makansesungguhnya dia tergolong dalam golongan mereka (kafir). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim.”

Kesembilan. Berpaling dari Islam keseluruhannya, tanpa mempelajari dan melaksanakannya. Firman Allah yang bermaksud:
“Tiada yang lebih zalim daripada orang yang mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling darinya. Sesungguhnya kami akan menimpa balasan kepada orang yang berdosa.”

*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com


Kopi Cappuccino Adalah Simbol Kemenangan Eropah Terhadap Khilafah Turki Utsmaniah

Cara masyarakat Eropah mengambil kopi tidak jauh beza dengan masyarakat Muslim ketika itu iaitu menghidangkannya sebagai minuman kopi. Kopi serbuk direbus dengan air kemudian ditambah gula untuk menghilangkan rasa pahitnya.

Namun, pada masa ini semakin banyak kita kenal kopi yang disajikan dalam bentuk campuran seperti susu, krimer atau bahan minuman lain seperti halia dan ginseng serta penambahan pelbagai jenis perisa selain kopi.

Inovasi terhadap kopi ini bermula pada tahun 683 lagi sejak penemuan kopi yang dikenali hingga kini dengan cappuccino. Cara penyediaan ala cappuccino ini diinspirasi oleh Marco D' Aviano, seorang imam Biara Capuchin yang turut berperang melawan pasukan Turki Ustmaniah di Benteng Vienna 1683.

Menyusul kemenangan mereka terhadap pasukan Turki, mereka menjumpai karung berisi kopi yang ditinggalkan oleh tentera Turki. Namun bagi mereka rasa kopi tersebut terlalu kuat. Mereka mencampurkan kream dan madu. Campuran ini menjadikan kopi berubah warna menjadi coklat yang mirip dengan warna jubah yang dikenakan Biara Capuchin.

Penamaan cappuccino ini merupakan penghormatan untuk Marco D' Aviano's. Sejak saat itulah cappuccino menjadi minuman yang cukup digemari dengan rasa yang sangat enak. Mereka menjadikan Cappucino ini sebagai simbol kemenangan Eropah terhadap Khilafah Turki Utsmaniah.

Ternyata pengaruh budaya Islam terhadap Eropah sangatlah kuat dan banyak sekali bukan hanya dalam bidang sains , teknologi, seni atau seni bina. Kisah di atas hanya memaparkan salah satu dari sekian banyak tradisi masyarakat Islam yang diguna pakai oleh bangsa Eropah dan kemudian merebak ke semua peradaban dunia.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber jurnalhajiumroh.com dari artikel Kopi, Warisan Islam yang Mendunia.

Monday, December 23, 2013

Subhanallah, Keajaiban Antibiotik Pada Tanah

" Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud (masji ) dan alat bersuci , " ( HR.Muslim (1) )

Jika kita mengambil segenggam tanah, kebanyakan orang mungkin akan berfikiran tanah itu mengandungi kuman-kuman penyakit. Namun tahukah anda dalam sebuah kajian, para saintis mengatakan bahawa salah satu fungsi tanah dan khususnya lagi tanah dari gunung berapi dapat menghapuskan kuman yang bahaya. Oleh kerana itu, mereka kini menghasilkan antibiotik pembunuh bakteria berbahaya yang diambil dari jenis tanah tertentu.

Seorang Doktor dari Perancis, Line Brunet de Course mencari tanah hijau Perancis, yang boleh digunakan sebagai antibiotik untuk rawatan di Invory Coast dan Kenya. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengganggap perkara tersebut sebagai penemuan yang mengagumkan.

Selepas itu, Dr Linda Williams juga mengesahkan tanah merupakat zat yang sangat bersih di mana bahan-bahan tersebut mengawal aktiviti mikrob yang pada akhirnya boleh melemahkan dan menghilangkannya.

Salah seorang ahli biologi Dr . Haydel berkata "Sekarang kita harus mencari hubungan antara ilmu bumi dan sel-sel hidup, setahun yang lalu saya hanya memandang tanah sebagai bahan kotor, tapi sekarang sebaliknya menganggap tanah sebagai bahan yang steril !"

Para penyelidik mendapati beberapa jenis tanah di Afrika Selatan boleh menghasilkan suatu jenis antibiotik yang boleh membunuh bakteria yang tidak boleh dibunuh dengan antibiotik lain. Penemuan ini telah diterbitkan dalam jurnal "New World" pada tahun 2006, kata penyelidik Jun Wang dari makmal Merck Research di New Jersey yang mencari Penemuan ini "sekarang peluang baru telah muncul, dalam rangka untuk menghasilkan antibiotik dari tanah!"

Sifat tanah seperti yang disimpulkan oleh para ini seperti berikut :

1 . Bahan steril terbaik yang terdapat di dunia.

2 . Tanah dapat menghilangkan bakteria yang tidak dapat dihilangkan oleh bahan kimia.

3 . Tanah merupakan cara terbaik untuk membersihkan air.

4 . Tahan adalah bahan alami yang dimurnikan air.

5 . Ada lebih dari sepuluh ribu jenis tanah yang baru ditemui di Eropah.

6 . Pelbagai jenis pinggan dan periuk buatan cina yang paling terbaik dihasilkan dari tanah.

7 . Tanah adalah zat yang tidak tumbuh semula dengan berlalunya waktu.

8 . Ruang yang terdapat di antara butiran-butiran tanah bersaiz 50 % dari saiznya.

9 . Antibiotik yang kita gunakan untuk merawat penyakit sebahagian besar berasal dari mikroorganisma dalam tanah.

10 . Tanah merupakan bahan yang sangat baik untuk membersihkan liang-liang kulit.

Tapi sebagai kaum Muslim hal tersebut bukanlah sesuatu yang ganjil, sebelum 14 abad tanah adalah benda suci sebagaimana kita mengetahui hubungan langsung antara sel-sel dan tanah, kerana kita meyakini manusia diciptakan dari tanah dan akan kembali menjadi tanah.

Mungkin kita telah mengetahui mengapa islam menyuruh kita Bertayamum dengan debu tanah, Rasulullah Saw bersabda :

" Bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud (masjid) dan alat bersuci "

Serta rahsia di sebalik kewajipan bembersihkan bekas jilatan anjing dengan tanah dan Air.

Oleh kerana itu, termasuk hikmah ilahiyah bahawa kita mendapati kanak-kanak kecil suka bermain dengan tanah dan selalu cuba menggenggam tanah yang kelihatan kotor itu. Allah swt memberi mereka naluri yang mengetahui bahawa tanah adalah bahan yang pembersih yang mengungguli fungsi sabun daripada jenis terbaik. Maka segala kebesaran bagi Allah swt yang mengajarkan manusia apa yang ia tidak tahui.

Semua sabda yang dituturkan oleh baginda Rasulullah Saw merupakan kebenaran yang berasal dari Allah swt, tatkala berbagai penemuan-penemuan ilmu pengetahuan moden turut menjustifikasikan dan membenarkan tutur kata dari Rasulullah yang sama sekali belum diketahui dan terbayang dalam benak manusia sebelumnya, disebabkan keterbatasan ilmu dan cara mutakhir.

Dan di antara keajaiban-keajaiban ilmiah yang telah Beliau sampaikan kepada Ummatnya, iaitu mengenai keistimewaan Tanah.

Nota kaki :
( 1 ) HR.Muslim dalam shohihnya
( 2 ) Mu ` jam Kamus Muhith , hal 815 , penerbit Darul ma ` rifah 2005
( 3 ) HR.Muslim , Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ' anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ' alaihi wa Sallam bersabda :
" Sucinya tempat air seseorang diantara kamu jika dijilat anjing ialah dengan dicuci tujuh kali, yang pertamanya dicampur dengan debu tanah. "

Referens :
1 - Yogesh Chander , Kuldip Kumar , Sagar M. Goyal and Satish C. Gupta , Antibacterial Activity of Soil - Bound Antibiotics , American Society of Agronomy , Crop Science Society of America , and Soil Science Society of America , 2005 .
2 - Could mud from a volcano kill 99 per cent of superbugs ? daily mail , 29th October 2007 .
3 - Superbugs slain by soil antibiotic , New Scientist magazine , 17 May 2006 .
4 - Peter Tompkins , Secrets of the Soil , Earthpulse Press , 1998 .
5 - European Soil Data Center .

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber jurnalhajiumroh.com

Sunday, December 22, 2013

Surah Al-Fatihah Dan Keajaiban Angka Tujuh

Apa rahsia yang ada diseebalik penamaan surah al-Fatihah? dengan nama as-Sab'ul Matsani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang)? Pembahasan berikut ini akan menjelaskan kepada anda sebahagian di antara keajaiban angka tujuh yang terdapat dalam surat al-Fatihah.

Allah Subhaanahu Wata'ala berfirman,

"Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang -ulang dan Al Quran yang agung. " (al - Hijr : 87)

Rasulullah shallallahu ' alaihi wasallam pernah bersabda,

"Alhamdulillahi rabbil ' alamin" (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam) (surah al-Fatihah) adalah as-Sab'ul Matsani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang) dan al-Quran yang Agung yang diberikan kepadaku." (Hadith Riyawat al-Bukhari)

Keajaiban Pertama

Jumlah ayat dalam surah al - Fatihah ada tujuh ayat. Jumlah langit ada tujuh. Jumlah bumi ada tujuh. Jumlah hari dalam seminggu ada tujuh hari. Jumlah pusingan yang dilakukan oleh seseorang yang melakukan tawaf mengelilingi kaabah adalah tujuh pusingan. Sa'i (berlari-lari kecil) antara Shafa dan Marwa dilakukan sebanyak tujuh kali. Melempar jumrah dilakukan oleh orang yang sedang melaksanakan ibadah haji sebanyak tujuh kali. Anggota badan yang diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu ' alaihi wasallam untuk sentuh ke tanah (lantai) ketika sujud ada tujuh anggota badan. Jumlah pintu jahannam ada tujuh buah. Kata "jahannam" disebutkan dalam al-Quran sebanyak 77 kali ( 77 = 7x11).

Keajaiban ke Dua

Jumlah huruf hijahiyah yang ada dalam surah al-Fatihah ada 21 huruf (21 = 7x3). Huruf tersebut adalah :

ا ب ت ح د ذ رس ص ض ط ع غ ق ك ل م ن و ه ي

Keajaiban ke Tiga

Jumlah huruf yang terputus-putus yang ada dalam al-Quran ada 14 huruf (14 = 7x2). Huruf-huruf itu termasuk dalam huruf-huruf yang ada dalam surah al-Fatihah. Huruf-huruf tersebut adalah:

ا ل م ن ه ك س ي ع ص ر ق ح ط

Keajaiban ke Empat

Jumlah huruf dari kalimat الله iaitu ا , ل , dan ه yang ada dalam surah al - Fatihah ada 49 huruf (49 = 7x7)

Keajaiban ke Lima

Huruf yang terputus-putus yang pertama kali disebutkan dalam al-Quran adalah firman Allah الم yang merupakan ayat pertama dalam surat al-Baqarah. Jika kita mengira jumlah ketiga huruf tersebut ( ا , ل , dan م ) dalam surah al-Fatihah, akan kita dapati bahawa huruf ada 22 buah, huruf ل ada 22 buah dan huruf م ada 15 buah. Apabila kita menggandingkan jumlah ketiga huruf di atas maka akan terbentuk bilangan 222215 atau kalau kita membalik susunannya akan terbentuk bilangan 152222 dan 221522. Dan ajaibnya, ketiga bilangan tersebut merupakan kelipatan dari angka tujuh. ( 222215 = 7x31745 , 152222 = 21746 , 221522 = 7x31646 )

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber jurnalhajiumroh.com

Saturday, December 21, 2013

Perang Teluk 1991: Lebih 3000 Tentera Amerika Masuk Islam Di Tangan Pemain Gitar

Jika pada tahun 1970 an, anda hanya mengenali Jimmy Hendrix, Brian May, atau Robert Plan dalam dunia muzik rock sebagai pemain gitar yang hebat atau mungkin ketika itu anda tengah belajar gitar, Bilal Philips juga seorang pemain gitar yang hebat.

Semasa menjadi mahasiswa di Universiti Simon Frasier, Vancouver di Kanada, Philips bermain gitar untuk persembahan muzik di kelab-kelab malam. Pernah tinggal di Malaysia dan membuat persembahan di pentas-pentas.

bilal philips 490x326 Di Perang Teluk 1991, Mualaf Mantan Dewa Gitar Islamkan Tiga Ribu Tentara Amerika
Bilal Philips

Tapi Philips merasa kosong dalam kehidupannya. "Begitu saya menjadi seorang muslim, saya merasa tidak selesa melakukan itu semua dan saya memutuskan berhenti bermain muzik secara peribadi mahupun secara profesional, " katanya .

Philips memutuskan masuk Islam pada tahun 1972. Proses masuk Islamnya tidak mengambil masa yang lama. Hanya enam bulan saja setelah membaca buku-buku Islam dan berdiskusi tentang Islam.

Setahun selepas mengucapkan dua kalimah syahadah, Philips mendaftarkan diri dalam jurusan pengajian Islam di Universiti Islam Madinah di Arab Saudi. Tujuannya adalah dia ingin mempelajari Islam dari sumber asalnya, bukan dari amalan budaya.

Sambil menghadiri kuliah di Saudi, Philips bekerja di jabatan agama markas besar Tentera Udara Arab Saudi di Riyadh. Ketika itu sedang berlaku Perang Teluk pada tahun 1991 . Dia mempunyai pekerjaan utama iaitu mengajar agama Islam untuk pasukan AS di pengkalan-pengkalan tentera mereka di Bahrain dan di wilayah bahagian timur Arab Saudi.

"Kerana gambaran tentang Islam begitu diputarbelitkan di Amerika, selepas perang, saya dan lima orang Amerika lain terlibat dalam projek untuk menghilangkan keraguan terhadap agama Islam pada kira-kira setengah juta pasukan AS yang ada di kawasan Teluk. Hasilnya, lebih dari 3000 tentera AS akhirnya masuk Islam" terang Philips.

Dia kemudiannya pergi ke Amerika untuk membantu memberikan bimbingan rohani bagi para tentera yang baru masuk Islam. Dengan bantuan organisasi " Muslim Members of the Miltary ( MMM ) " , dia menganjurkan berbagai persidangan dan aktiviti yang berjaya mendesak tentera AS untuk membina kemudahan-kemudahan surau di seluruh pangkalan-pangkalan tentera. Kerajaan AS juga bertanggungjawab untuk meminta komuniti Muslim dan melantik ulama yang akan menjadi pembimbin rohani bagi tentera muslim di AS.

"Beberapa tentera Perang Teluk yang masuk Islam, pergi ke Bosnia untuk memberikan latihan pada rakyat Bosnia dan ikut berjuang bersama mereka melawan kekejaman tentera Serbia, " kata Philips.

Sebelum masuk Islam, Philips adalah seorang Kristian. Dia lahir di Jamaica pada tahun 1947. Kedua orang tuanya adalah guru dan salah seorang datuknya adalah seorang pendeta.

Sekarang setelah menjadi Muslim, Philips berkata tidak mempunyai masa cuti. "Betapa sedikit masa yang ada dan berapa banyak pekerjaan yang harus dilakukan untuk Islam " tegasnya. 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam