Saturday, November 30, 2013

Detik-detik Umar Mengucapkan Syadahah

Umar bin Khattab ra terkenal sebagai orang yang berwatak keras dan bertubuh tegap. Sering kali pada awalnya ( sebelum masuk Islam ) kaum muslimin dikasari. Sebenarnya di dalam hati Umar sering berkecamuk perasaan-perasaan yang berlawanan antaranya pengagungannya terhadap ajaran nenek moyang, kesenangan terhadap hiburan dan mabuk dengan kekagumannya terhadap ketabahan kaum muslimin serta bisikan hatinya bahawa boleh jadi apa yang dibawa oleh Islam itu lebih mulia dan lebih baik.

Pada suatu hari, beliau berjalan dengan pedang terhunus untuk membunuh Rasulullah SAW . Namun di tengah jalan, beliau dihadang oleh Abdullah an - Nahham al - ' Adawi seraya bertanya :

" Hendak kemana engkau , ya Umar ? "

" Aku hendak membunuh Muhammad , " jawabnya .

" Apakah engkau akan selamat dari Bani Hasyim dan Bani Zuhroh jika engkau membunuh Muhammad ? "

" Jangan- angan engkau sudah murtad dan meninggalkan agama asalmu ? " Tanya Umar .

" Mahukah engkau ku tunjukkan yang lebih memeranjatkan dari itu wahai Umar, sesungguhnya saudara perempuanmu dan iparmu telah murtad dan telah meninggalkan agamamu , " kata Abdullah .

Setelah mendengar hal tersebut, Umar terus menuju ke rumah adiknya. Saat itu di dalam rumah tersebut terdapat Khabbab bin Art yang sedang mengajarkan al-Quran kepada keduanya ( Fatimah , saudara perempuan Umar dan suaminya ). Namun ketika Khabbab merasakan kedatangan Umar, dia segera bersembunyi di balik rumah. Sementara Fatimah menutupi lembaran al - Quran .

Sebelum masuk ke rumah, rupanya Umar telah mendengar bacaan Khabbab, lalu dia bertanya : " Suara apakah yang tadi saya dengar dari kalian ? "

" Tidak ada suara apa-apa kecuali perbualan kami berdua saja , " jawab mereka.

" Pasti kalian telah murtad , " kata Umar dengan geram.

" Wahai Umar, bagaimana pendapatmu jika kebenaran bukan berada pada agamamu ? " Jawab ipar Umar .

Mendengar jawapan tersebut, Umar terus menendangnya dengan keras sehingga terjatuh dan berdarah. Fatimah segera membangunkan suaminya yang berlumuran darah itu. Namun Fatimah ditampar dengan keras hingga wajahnya berdarah, maka berkatalah Fatimah kepada Umar dengan penuh amarah : " Wahai Umar, jika kebenaran bukan terdapat pada agamamu , maka aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah . "

Melihat keadaan saudara perempuannya dalam keadaan berdarah, timbul penyesalan dan rasa malu di hati Umar. Lalu dia meminta lembaran Al-Quran tersebut. Namun Fatimah menolaknya dan mengatakan bahawa Umar najis, dan Al-Quran tidak boleh disentuh kecuali oleh orang-orang yang telah bersuci. Fatimah memerintahkan Umar untuk mandi jika ingin menyentuh mushaf tersebut dan Umar pun menurutinya.

Selepas mandi, Umar membaca lembaran tersebut, lalu membaca : " Bismillahirrahmanirrahim . " Kemudian dia mengulas : " Ini adalah nama - nama yang indah nan suci. "

Kemudian beliau terus membaca :

Kemudian beliau terus membaca :
طه
Hingga ayat :
إنني أنا الله لا إله إلا أنا فاعبدني وأقم الصلاة لذكري

" Sesungguhnya Aku ini adalah Allah , tidak ada Tuhan ( yang hak ) selain Aku , maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku , " ( QS. Thaha : 14 ).

Beliau berkata : " Betapa indah dan mulianya ucapan ini. Tunjukkan padaku di mana Muhammad. "

Mendengar ucapan tersebut, Khabab bin Art keluar dari balik rumah dan berkata : " Bergembiralah wahai Umar, saya berharap bahawa doa Rasulullah SAW pada malam Khamis lalu adalah untukmu, beliau SAW berdoa : ' Ya Allah, muliakanlah Islam dengan salah seorang dari dua orang yang lebih Engkau cintai ; Umar bin Khattab atau Abu Jahal bin Hisyam " . Rasulullah SAW sekarang berada di sebuah rumah di kaki bukit Safa ' . "

Umar bergegas menuju rumah tersebut dengan membawa pedangnya. Tiba di sana dia mengetuk pintu. Seseorang yang berada di dalam mengintipnya melalui celah pintu. Dilihatnya Umar bin Khattab datang dengan garang bersama pedangnya. Segera dia beritahu Rasulullah SAW , dan merekapun berkumpul. Hamzah bertanya :

" Ada apa ? "

" Umar , " jawab mereka .

" Umar ? Bukakan pintu untukny , jika dia datang membawa kebaikan, kita sambut. Tapi jika dia datang membawa keburukan, kita bunuh dia dengan pedangnya sendiri . "

Rasulullah SAW memberi isyarat agar Hamzah menemui Umar. Lalu Hamzah akan menemui Umar, dan membawanya menemui Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW memegang baju dan gagang pedangnya , lalu ditariknya dengan keras, seraya berkata : " Engkau wahai Umar, perlukah engkau terus begini sehingga kehinaan dan azab Allah diturunkan kepadamu sebagaimana yang dialami oleh Walid bin Mughirah? , Ya Allah inilah Umar bin Khattab, Ya Allah , kukuhkanlah Islam dengan Umar bin Khattab . "

Maka berkatalah Umar : " Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah selain Allah, dan Engkau adalah Rasulullah . "

Kesaksian Umar tersebut disambut gema takbir oleh orang-orang yang berada di dalam rumah ketika itu, hingga suaranya terdengar ke Masjidil Haram.

Masuk Islamnya Umar menimbulkan kegemparan di kalangan orang-orang musyrik, sebaliknya disambut suka cita oleh kaum muslimin.

*Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Pentingnya solat subuh berjemaah

Solat subuh merupakan pengukur nilai sebuah umat. Umat yang melalaikan solat subuh berjamaah adalah umat yang tidak berhak untuk mendapat kejayaan, akan tetapi berhak untuk digantikan dengan umat yang lain.
Umat ynag menjaga solat Subuh secara berjamaah adalah umat yang berhak untuk tegak kukuh di muka bumi.

Pernah salah seorang pemimpin Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu hal, iaitu bila jumlah jamaah solat Subuh menyamai jumlah jamaah solat Jumaat. (Insya Allah akan menjadi satu kenyataan dalam masa yang terdekat).
Sabda Rasulullah S.A.W, "Sesungguhnya solat yang paling berat untuk orang munafik adalah solat isyak dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, nescaya mereka akan datang kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Dari Uthman Bin Affan r.a berkata, Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Barangsiapa yang solat isyak berjamaah maka seakan-akan dia telah solat sunat setengah malam. Dan barangsiapa solat subuh secara berjamaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam satu malam yang penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Allah S.W.T berfirman: "Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan Malaikat. Dan pada sebahagian malam hari solat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Rabbmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji......" (al-Isra' : 78 - 79).

*sumber dari islamdaniman.blogspot.com

Dengar baik-baik, Hukum Sujud Lama Ketika Solat Berjemaah - Ustaz Azhar Idrus


Kalau nak sujud lama boleh, tapi bila solat bersendirian. -Ustaz Azhar Idrus

"Solatnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam antara rukuknya, i'tidalnya, sujudnya, duduk diantara dua sujud, lamanya hampir sama." [HR. Bukhari dan Muslim].


Friday, November 29, 2013

Kenapa Disebut Dajjal al-Masih? - Ustaz Azhar Idrus

Dajjal selalu menunaikan tugasnya atas nama “al-Masih”, yang julukan ini diberikan oleh Allah kepada nabi ‘Isa berdasarkan wahyu-Nya. Diberikannya julukan al-Masih kepada Dajjal menunjukkan, bahawa Dajjal akan menunaikan pekerjaan atas nama insan suci ini, dan inilah sebenarnya yang menyebabkan dia disebut Dajjal atau penipu, kerana ia menggunakan nama “al-Masih”, seorang Nabi dan hamba Allah yang tulus, tetapi ia berbuat sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ajaran baginda.

Kesan bacaan Al-Quran terhadap otak dan organ manusia

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun. 

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu. 

Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. 

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit. 

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya. 

Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

Kesimpulan hasil uji kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita. 

Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an. Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman. 

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. 

Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.

Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada penyakit malignan. 

Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang. 

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204). 

Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ). 

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).

*Sumber dari khalifahalhidayah.blogspot.com

Thursday, November 28, 2013

Rasulullah Bersabda, “Peperangan, Peperangan, Peperangan”

Dari Abu Hurairah Ra, Katanya Rasulullah Shallallahu ' Alaihi wa Sallam bersabda : " Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah ( ujian , kesesatan, kekufuran, kegilaan, penderitaan, mushibah ) serta sering berlaku al - Harj ' , ". 

Sahabat bertanya , " Apakah al - Harj itu hai Rasulullah ? " Nabi Shallallahu ' Alaihi wa Sallam menjawab : " Peperangan, peperangan, peperangan . Beliau mengucapkannya tiga kali , " ( HR. Ibnu Majah ).

Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaran sabda junjungan kita Nabi Shallallahu ' Alaihi wa Sallam. Harta-benda melimpah-ruah. Banyak alatan modem yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak peralatan dan keperluan hidup.

Maka oleh kerana itu ramai orang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dan memperdagangkan alatan tersebut. Masing-masing tamak dan rakus, maka terjadilah perebutan yang mengakibatkan berlakunya peperangan demi peperangan.

Dari hari ke hari peperangan berlaku tanpa henti. Padam di suatu tempat, menyala pula di tempat lain. Satu sama lain saling cakar mencakar. Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklah bertentangan dengan Islam, tetapi teknologi itu mestilah patuh di bawah etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri.

Sedangkan teknologi yang dikemukakan oleh dunia barat pada hari ini berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri. Kelihatannya begitulah keadaan yang akan berlaku dalam dunia hari ini dan sehingga sampai ke titik akhir iaitu kiamat.

*Diterjemah dari sumber islampos.com

Wednesday, November 27, 2013

Seorang kanak-kanak yang takutkan Neraka

Ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai. Ketika dia berjalan-jalan dia melihat seorang kanak-kanak sedang mengambil wudhuk sambil menangis.

Orang tua itu yang melihat seorang kanak-kanak itu menangis menegurnya , " Wahai anak kecil kenapa kamu menangis ? "

Maka berkatalah kanak-kanak itu ,

" Wahai datuk saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga kepada ayat yang berbunyi , ' Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum ' ertinya , ' Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu '. Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka. "

Berkata orang tua itu, " Wahai anakku , janganlah kamu takut , sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka . "

Berkata kanak-kanak tersebut, " Wahai datuk, datuk adalah orang yang berakal, tidakkah datuk lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa . "

Berkatalah orang tua itu , sambil menangis , " Sesungguh kanak-kanak ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti ? 

*Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Tuesday, November 26, 2013

Peringkat Kemunculan Dajjal

"satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.

Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi Muhammad SAW telah memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia akan hidup di Bumi selama 40 hari.

Tanya kami; 
“Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, 

jawab Rasullullah:
“Selama 40 hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.

Tanya kami; 
“Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, 

jawab Rasullullah SAW; 
“Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.

(Hadis Riwayat Muslim)

*Sumber dari matsumas.org

Monday, November 25, 2013

Kalimat Terakhir Di Penghujung Nafas Ustman bin Affan

Khalifah ketiga Uthman Bin Affan ra termasuk sepuluh sahabat Rasul SAW yang dijamin masuk syurga. Meskipun demikian, beliau selalu berjaga sepanjang malam untuk beribadah kepada Allah SWT kerana rasa takut yang menyerangnya dan kedahsyatan hari kiamat sekaligus mengharap rahmat dan keredhaan dari Allah SWT.

Ketika para penghasut menggerakan rakyatnya untuk membunuh dirinya, isterinya berteriak ke arah mereka , "Jika kalian ingin membunuh atau membiarkan dirinya tetap hidup, sungguh dirinya sentiasa menghiasi malamnya dengan solat yang satu rakaatnya mampu mengkhatamkan seluruh Al-Qur'an. "

Ibnu Umar mengisahkan bahawa Uthman menceritakan kepada orang-orang, "Aku berjumpa dengan Rasul SAW semalam dalam mimpi. Beliau bersabda, ' Berbukalah esok bersama kami ! ' " Keesokan paginya, dia berpuasa dan di hari itu pula dia terbunuh.

Diriwiyatkan dari Harun bin Yahya bahawa Uthman ra pernah berkata, saat dia diserang dari belakang dan darah telah membahasi janggutnya, beliau sempat berucap " Laa Ilaha Illallah , Subhanallah . Aku sungguh termasuk golongan orang -orang yang zalim. Ya Allah  aku berharap hidayah dan pertolongan- Mu atas seluruh urusanku dan aku memohon kesabaran atas musibah yang menimpaku . "

Diriwayatkan dari Abdullah bin Salam bahawa Uthman ra berkata, " Ya Allah, persatukanlah umat Muhammad ! " Abdullah berkata , "Demi jiwaku yang berada dalam genggaman- Nya, jika dia berdoa kepada Allah SWT dalam keadaan sedemikian agar umat tidak bersatu selamanya, nescaya mereka tidak akan bersatu selamanya.

*Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com

Sunday, November 24, 2013

Kenapa orang Yahudi di Iran menolak untuk berpindah ke tanah jajahan Palestin?

Di Iran, Yahudi tersebar di tiga bandar besar iaitu Tehran, Hamdan, Isfahan. Dan menurut data rasmi Iran, ada sekitar 30000 orang Yahudi di Iran. Sebuah jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang melaungkan anti- Zionis!

Isfahan yang terletak di tengah-tengah Iran dan dikelilingi oleh bandar-bandar berasaskan Syiah seakan dengan jelas orang-orang Syiah melindungi mereka.


IRAN ISRAEL2 420x289 Yahudi di Iran; Sebuah Fakta Mencengangkan



Kita harus tahu mengapakah orang-orang Yahudi di Iran menolak untuk berpindah ke tanah jajahan Palestin. Mengapa?

Kerana sebahagian Yahudi, Iran adalah tempat suci kerana banyak nabi mereka dikebumikan di sini.

Misalnya saja Nabi Daneil. Nabi Daneil adalah salah seorang  nabi yang sudah meramalkan kejadian- kejadian sebelum kiamat dan beliau dikenali di antara Yahudi dan umat Kristian. Selain Nabi Daniel, ada juga Nabi Habqouq, Nabi Sumoil, Qeedar dan Nabi Hajayy .

Di Iran juga ada makam Bunyamin iaitu saudara Nabi Yusuf. Jadi tidak hairan jika Yahudi mengagungkan Iran sebagai tanah suci. Mereka menganggap Isfahan sebagai bandar yang lebih spesifik lagi. Bandar ini merupakan tempat pertama di mana mereka berkumpul pertama kalinya selepas kemusnahan Jerusalem oleh Novukhodonsur .

Sejarah sudah merekodkan hal ini dan kemudian setelah 70 tahun penangkapan oleh raja Babylon Nebukadnezzar, mereka berkumpul di Isfahan.

Rabi-rabi di Isfahan mengajar anak- anak Yahudi tentang pelbagai kuil Yahudi.
Yang lebih mengejutkan ada sebuah hadis Nabi yang tertera dalam Sahih Muslim, hadis ke 7034 : " Anas Bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw berkata: ' Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan mengenakan selendang Parsi. " 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com petikan dari (Yahudi di Iran; Sebuah Fakta Mencengangkan)

Saturday, November 23, 2013

Keistimewaan Dajjal

Allah memberikan dajjal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajjal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajjal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajjal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajjal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajjal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajjal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajjal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajjal. Kemudian dajjal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajjal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajjal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

*Sumber dari ustaznaim.blogspot.com dan (Dipetik dari dari Al-Islam keluaran November 2010)

Friday, November 22, 2013

Organisasi Syiah:”Kami Akan Melaksanakan Operasi Bersenjata di Wilayah Saudi

Sebuah organisasi Syiah yang menamakan dirinya "Mukhtar Army" pada hari khamis 22/11 mengaku bertanggungjawab keatas letupan motar yang berlaku berhampiran sempadan Saudi, Iraq dan Kuwait. Mereka memberi amaran akan adanya serangan lebih lanjut yang mensasarkan Arab Saudi.

Pemimpin "Mukhtar Army", Watsiq Battat mengumumkan melalui siaran Iraq "Sumeria", pasukannya akan mensasarkan Saudi dan operasi ini dilancarkan sebagai respon dari fatwa "Kafir" terhadap golongan syiah.

Juru bicara penjaga sempadan Saudi, Brigadier Muhammad Al-Ghamdi mengatakan bahawa tidak ada mangsa korban dalam letupan tersebut. Namun pemimpin "Mukhtar Army" menyatakan letupan tersebut adalah mesej awal dan peringatan. "Kami akan melaksanakan operasi bersenjata di wilayah Saudi" katanya.

*Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com

Penggembala kambing di akhir zaman

Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata: Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak nampak padanya kesan-kesan perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun di antara kami yang mengenalnya.

Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam) seraya berkata: " Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam? "

Maka bersabdalah Rasulullah saw : "Islam adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada Ilah ( Tuhan yang disembah ) selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat , puasa Ramadan dan pergi haji jika mampu. "

Kemudian dia berkata: " Engkau benar. "

Kami semua hairan, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi : "Beritahukan aku tentang Iman. "

Lalu beliau bersabda : "Engkau beriman kepada Allah, malaikat -malaikat Nya ,kitab-kitab- Nya , rasul -rasul Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk. "

Kemudian dia berkata: "Engkau benar." Kemudian dia berkata lagi: "Beritahukan aku tentang ihsan. "

Lalu beliau bersabda: " Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan- akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau . "

Kemudian dia berkata :"Beritahukan aku tentang hari kiamat ( bila kejadiannya ) . "

Beliau bersabda : "Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya. "

Dia berkata : "Beritahukan aku tentang tanda-tandanya. "

Beliau bersabda : "Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala kambing, (kemudian ) berlumba-lumba meninggikan bangunan . "

Kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar.

Kemudian beliau (Rasulullah ) bertanya: "Tahukah engkau siapa yang bertanya? "

Aku berkata: " Allah dan Rasul- Nya lebih mengetahui."

Beliau bersabda : "Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian ( bermaksud) mengajarkan agama kalian, " (Riwayat Muslim).

*Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Thursday, November 21, 2013

Saat Dajjal dibunuh

Sabda Nabi SAW,

"... Kemudian semasa tentera Islam sedang mempersiapkan perang dan mengatur barisan , dan pada masa itu sembahyang akan ditubuhkan, Isa bin Maryam turun, lalu mendatangi tentera Islam ini. Ketika itu, apabila musuh -musuh Islam melihat Isa bin Marya , maka mereka pun ( hancur ) luluh seperti luluhnya garam di dalam air. Seandainya Isa bin Maryam tidak mendatangi ( untuk membunuh ) mereka , musuh -musuh Islam itu telahpun (sedia ) luluh, sehingga dapat dikalahkan dengan mudah saja. Akan tetapi Allah (memang telah menetapkan bahawa Dia ) bermaksud mahu membunuh Dajjal itu melalui tangan Nabi Isa. Kemudian Nabi Isa memperlihatkan darah
Dajjal yang mengalir di hujung tombaknya (kepada umat Islam itu ) . "
(Muslim )

Sabda Nabi SAW,

"Dajjal itu diikuti oleh 70,000 orang Yahudi Asbihan yang semuanya memakai jubah hijau. Apabila mereka melihat Nabi Isa , maka luluhlah mereka seperti luluhnya garam di dalam air. Maka Dajjal pun melarikan diri ( daripada Nabi Isa AS). Nabi Isa kemudian berkata , "Aku pasti akan membunuh kamu dan kamu tidak akan berupaya memukul aku. " Nabi Isa ( mengejar ) lalu menangkapnya di Pintu Lud, suatu bandar berhampiran Baitulmaqdis, bahagian timur,lalu Nabi Isa membunuhnya. Setelah itu, Allah memporak - perandakan orang -orang Yahudi dan mereka dibunuh semahu - mahunya. "

***
Sebenarnya Dajjal dan bala tenteranya itu memang boleh dan mampu dilawan oleh orang-orang Islam yang ada itu tetapi Allah SWT memang bermaksud mahu membunuh Dajjal itu melalui tangan Nabi Isa AS seorang , tidak oleh orang lain. Dan selepas turunnya Nabi Isa AS itu, seluruh kelengkapan Dajjal yang tersergam megah itu hancur berkecai dan rosak binasa , tidak ada satu pun yang tinggal lagi. Orang- orang Yahudi yang mengikut Dajjal itu juga porak-peranda dikerjakan oleh orang- orang Islam. Tidak ada seorang pun yang selamat melainkan habis semuanya dibunuh oleh mereka. Akhirnya habislah riwayat bangsa Yahudi dari atas muka bumi ini untuk selama- lamanya. Yang tinggal hanyalah orang -orang Yahudi yang telah sedia memeluk agama Islam.

Wednesday, November 20, 2013

Bekas pemain U16 dan U17 Jerman syahid di Syria

Burak Karan adalah pemain yang berbakat dalam bola sepak. Dia bermain tujuh kali untuk pasukan remaja kebangsaan Jerman bawah 16 dan 17 tahun. Beliau mendapat latihan di Bayer Leverkusen, HSV (Hamburger SV), Hertha dan Hannover 96. Sehingga tahun 2008, pada usia 20 tahun, kerjaya beliau berakhir secara tiba-tiba. Mengapa?, ia adalah sukar untuk ditafsirkan.


Beliau meninggal dunia pada usia 26 (InsyaAllah Syahid) di Syria. Burak Karan meninggal dunia pada 11 Oktober yang lalu akibat serangan udara oleh diktator Syria Bashar al-Assad berhampiran kampung Azaz, di sempadan Turki-Syria. Al-Fatihah...

 Pasukan kebangsaan bawah U17 German pada tahun 2003.  Burak Karan (bulatan merah). Dua bintang ternama di dalam gambar tersebut iaitu Schalke Dennis Aogo dan Kevin-Prince Boateng di barisan tengah.

*Diterjemahkan dari sumber www.welt.de

Tuesday, November 19, 2013

Keadaan manusia pada zaman Dajjal

Pada zaman Dajjal nanti, setiap negeri yang didatangi Dajjal penduduknya bagaikan padi yang ada di dalam pengisar. Mereka lari kesana kemari kerana takut kepada Dajjal. Bagi keluarga mukmin mereka lebih senang berada di dalam rumah menjaga keluarganya agar tidak terpengaruh oleh tipu daya Dajjal. Sebab pada masa itu bukan sedikit kaum wanita yang menjadi pengikut Dajjal. Oleh kerana itu, orang lelaki mengikat keluarganya di dalam rumah agar tidak keluar. Mereka bimbang bila keluarganya keluar rumah akan mudah dipengaruhi Dajjal. Jika terpengaruh mengikuti Dajjal, bererti telah melakukan kekufuran dan kemusyrikan.

Zaman Dajjal adalah zaman fitnah yang besar, bukan sedikit orang yang beriman pada pagi dan kemudian pada petang hari menjadi kafir. Hal ini menunjukkan begitu hebatnya godaan fitnah yang melanda umat Islam. Pada saat itu, memegang agama seperti memegang bara api yang panas, bila dilepaskan dirinya akan menjadi mangsa Dajjal. Tetapi bila terus dipegang godaan dan fitnah yang dihadapinya sangatlah besar dan berat. Oleh kerana itu, apabila Dajjal datang ramai orang melarikan diri ke hutan-hutan dan ada ada yang melarikan diri ke gunung. Mereka melakukannya demi menyelamatkan diri dan akidahnya dari firnah Dajjal. Sebagaimana yang telah disebutkan dalam suatu hadit Sahih:

( Saat itu ) manusia benar -benar melarikan diri dari Dajjal ke arah gunung. (HR. Muslim) .

Demikian keadaan manusia semasa kedatangan Dajjal , mereka lebih memilih menyelamatkan diri daripada menghadapinya. Sebab bila menghadapinya dikhuatiri dirinya tidak mampu menjaga akidah dan keselamatan jiwanya. Sebab Dajjal akan berbuat aniaya terhadap orang yang membangkang. Demikian juga dalam soal pemerintahan. Pemerintah-pemerintahan negara pada zaman Dajjal menjadi rosak dan tidak mengikut peraturan. Ini bukan bererti Dajjal ingin berkuasa dan menghancurkan satu persatu pemerintahan negera yang sudah kukuh dan baik. Akan tetapi perancangan Dajjal yang menyusup segenap negera dengan menyebarkan tipu daya dan fitnahnya .

Setiap negara yang dimasuki Dajjal akan diikuti oleh beribu-ribu orang bahkan mencapai jutaan orang, yang terdiri dari manusia dan juga syaitan yang menjelma manusia. Tujuannya tidak lain adalah menyesatkan umat manusia dan sekaligus menjauhkannya dari Allah Ta'ala. Apa lagi kepada orang -orang yang beriman, Dajjal dan syaitab tidak akan berhenti-henti mempengaruhinya dengan menyebarkan fitnah dan tipu daya. Oleh kerana itu, fitnah yang paling besar adalah fitnah pada zaman Dajjal.

Adapun untuk menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal adalah menetapi kesabaran. Membaca sepuluh ayat pertama dari surat Al- Kahfi, iaitu :

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambanya Al -kitab ( Al -Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya. Sebagai bimbingan yang lurus , untuk memperingatkan akan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang -orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh , bahawa meraka akan mendapat pembalasan yang baik. Mereka kekal di dalamnya untuk selama- lamanya. Dan untuk memperingatkan kepada orang -orang yang berkata " Allah mengambil seorang anak " . Mereka sekali -kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu , begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah jeleknya kata- kata yang keluar dari mulut mereka, mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta. Maka barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati sesudah mereka berpaling , sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al -Qur'an ) . Sesungguhnya Kami menjadikan segala yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya , agar kami menguji mereka siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya. Dan sesungguhnya Kami benar- benar akan mejadikan ( pula0 apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus . Atau kamu mengira bahawa orang -orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda -tanda kekuasaan Kami yang menghairankan ? . ( ingatlah ) tatkala pemuda- pemuda itu mencari tempat berlindung dalam gua lalu mereka berdo'a: " Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)" . ( Al -Qur'an Surat al- Kahfi: 1 - 10).

Anjuran untuk membaca sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi adalah anjuran dari Rasulullah SAW, sebagai benteng untuk diri agar tidak diganggu dan terkena fitnah Dajjal. Sebab pada saat itu sukar sekali bagi seseorang boleh menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal. Ini menunjukkan begitu kuat dan hebatnya fitnah yang disebarkan oleh Dajjal. Salah satu cara untuk menyelamatkan diri adalah membaca sekerap mungkin sepuluh ayat pertama dari surat Al -Kahfi. Sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

Barangsiapa di antara kamu yang (hidup sampai) mendapati dajjal, hendaklah dibaca permulaannya surat Al- Kahfi .... ( H.R. Muslim).

Penting: Bahwasanya seluruh peristiwa yang menyalahi adat yang dilakukan oleh Dajjal itu bukan kerana kuasa dajjal, melainkan kerana kekuasaan dan kehendak Allah untuk menguji kekuatan iman hamba Nya. Allah menciptakan Dajjal sebagai makhluk penggoda dan menyesatkan umat yang beriman. Jika hamba tadi benar-benar teguh imannya, dia tidak akan mudah goyah akidahnya walaupun dirinya disakiti, dianiaya, difitnah bahkan dibunuh. Dia tetap teguh memegang keimanannya dan ketaatannya kepada Allah ta'ala.

Segala kemampuan yang dimiliki oleh Dajjal itu bersifat Istidraj, bukan mukjizat atau bukan karamah. Sebab sudah jelas sekali kalau dajjal itu adalah Kafir yang menyesatkan,bukan nabi dan bukan orang yang soleh. Semua yang dilakukannya itu merupakan tipu muslihat belaka untuk menarik simpati orang lain agar mengikuti jejaknya yang sesat itu. Semoga Allah melindungi kita dari fitnah Dajjal.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber berita-darikubur.blogspot.com

Monday, November 18, 2013

Pemerintahan Imam Mahdi Selepas Kematian Dajjal

Sabda Nabi SAW
Ketika al-Mahdi dan umat Islam yang turut berada di Baitulmaqdis mahu mengerjakan sembahyang subuh, tiba-tiba Isa bin Maryam turun. Maka al-Mahdi mundur ke belakang agar Nabi Isa ke hadapan untuk menjadi imam (sembahyang subuh mereka). Lantas Nabi Isa meletakkan kedua-dua belah tangannya ke atas kedua-dua belah bahu al-Mahdi sambil berkata, “Silakan maju ke hadapn dan jadi imamlah. Sesungguhnya (sembahyang subuh) ini diiqamatkan untukmu.” Maka al-Mahdi menjadi imam bagi para mukmin dan Nabi Isa AS.”(Ibnu Majah & Abu Nuaim)

Sabda Nabi SAW,
Al-Mahdi memalingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri (memerhatikan makmum pada saf pertama), maka ketika itulah Nabi Isa turun dari langit, laksana menitisnya air daripada rambut al-Mahdi. Lantas al-Mahdi berkata, “Sila ke depan dan jadilah imam (kami).” Nabi Isa menjawab, “Sesungguhnya sembahyang ini diiqamatkan untukmu.” Kemudian Nabi Isa sembahyang di belakang seorang lelaki daripada keturunanku.  (At-Tabrani & Abu Nuaim)

Setelah cukup empat puluh hari Dajjal memerintah dunia dengan keadaan yang amat menderitakan seluruh kemanusiaan, manusia yang mengikutinya mulai amat sedar betapa silapnya mereka kerana terlalu mengikut cakap-cakap Dajjal itu. Betapa jauhnya perbezaan antara pemerintahan Islam sebelumnya dengan pemerintahan Dajjal yang sedang memerintah pada hari ini. Pemerintahan Islam cukup ideal dan baik, membawa rahmat yang tidak terhingga kepada seluruh manusia, malah yang kafir pun turut mendapat limpahan nikmat yang Allah turunkan. Pemerintahan Dajjal ini bukannya membawa kebaikan, malah orang yang menuhankannya pun turut mendapat susah dan takut. Begitu jauhnya perbezaan antara kedua-dua bentuk pemerintahan ini.

Namun untuk berpatah balik amatlah sukar pula, malah boleh dikatakan bahawa pintu taubat sudahpun Allah tutup untuk setiap yang mengikut Dajjal itu. Maka mereka menjadi golongan yang amat menyesal. Dalam keadaan yang penuh menyesal itulah Allah turunkan Nabi Isa AS kepada umat Islam, membawa khabar berita yang amat menggembirakan seluruh umat Islam yang sedang sangat menderita itu. Turunnya Nabi Isa AS bukanlah sebagai seorang rasul yang akan mengembangkan ajaran baru. Tugas itu sudahpun ditutup dengan wafatnya Rasulullah SAW lebih seribu empat ratus tahun dahulu.

Tugas pertama Nabi Isa AS adalah sebagai pembunuh Dajjal. Untuk tujuan itu, Nabi Isa AS diturunkan oleh Allah pada waktu subuh, ketika umat Islam sedang berdiri untuk mengerjakan sembahyang subuh. Turunnya Nabi Isa AS ini memang mengejutkan seluruh umat Islam. Selepas sembahyang subuh itulah Nabi Isa AS bersiap-siap untuk membunuh Dajjal seperti yang Allah SWT perintahkan kepadanya sebelum turun ke bumi ini. Dari mana turunnya Nabi Isa AS itu tidak perlulah dikaji-kaji dan dicungkil-cungkil. Yang penting sekali, Nabi Isa AS sudahpun turun semula ke dunia, dalam keadaan seolah-olah orang yang baru berusia 33 tahun, sama seperti keadaannya sewaktu diselamatkan oleh Allah daripada ditangkap oleh Yahuza Iskarius, anak muridnya yang membelot dahulu.

- Artikel ini adalah sebahagian daripada buku Imam Mahdi: Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik
*Sumber dari kawansejati.org

Sunday, November 17, 2013

Tujuh tahun selepas kematian Dajjal

Setelah matinya Dajjal, manusia kemudian hidup dengan damai selama 7 tahun. Tidak ada permusuhan di antara mereka. Akhirnya Allah mengutus angin yang sejuk dari arah Syam. Maka setiap orang yang di dalam hatinya mempunyai kebaikan dan iman walaupun seberat biji sawi, akan dicabut nyawanya. Sehingga seandainya seseorang masuk ke tengah gunung nescaya angin itu akan mengejar dan mencabut nyawanya.

Maka tinggallah orang -orang yang jahat di muka bumi. Mereka hidup seperti burung (berlumba dalam kejahatan) dan berjiwa seperti binatang buas yang saling bermusuhan dan mendholimi. Mereka tidak mengenal kebaikan dan tidak menolak syaitan di tengah-tengah mereka, syaitan berkata, "Tidakkah kalian menyambutku? " Mereka bertanya, "Apa yang engkau perintahkan kepada kami?"

Maka syaitan memerintahkan mereka agar menyembah berhala. Padahal ketika itu mereka mendapat rezeki yang terus mengalir dan kehidupan mereka makmur sekali. Kemudian ditiuplah sangkakala tanda hari kiamat telah datang. Tidak seorangpun mendengarnya melainkan mengalihkan perhatian dan mengangkat kepala.

Orang yang pertama kali mendengarnya adalah orang yang sedang memperbaiki telaga untanya. Maka orang itu kemudian mati. Selepas itu mati pula seluruh manusia. Kemudian Allah menurunkan hujan gerimis. Maka tumbuhlah jasad-jasad manusia kerananya (kembali ke asal penciptaannya ). Kemudian ditiuplah sangkakala untuk kedua kalinya. Saat itu bangkitlah manusia untuk menunggu ( keputusan Allah ).

Kemudian dikatakan " Wahai sekalian manusia marilah menghadap Rabb kalian. Tegakkan mereka kerana mereka kan ditanya oleh Allah. "

Kemudian dikatakan, " Keluarkanlah bahagian untuk menjadi penghuni neraka. "
Terdengar jawaban " Berapa? "

"Dari setiap seribu orang sembilan ratus sembilan puluh sembilan untuk jadi bahagian penghuni neraka "

Maka itulah hari kiamat yang membuat anak kecil segera beruban (putih rambutnya ) , dan pada hari itu terbukalah segala kedahsyatan . [Sumber : Hadist Abdullah bin ' Amr bin Al-' Ash, riwayat Muslim dalam Riyadhus Sholihin No.1810 ]

*Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Saturday, November 16, 2013

Siapa wajah-wajah ceria di Hari Kiamat?

Pada suatu ketika, Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa jika hari kiamat telah tiba maka Allah SWT akan mengumpulkan suatu kaum yang wajahnya laksana bintang-bintang di angkasa. Dan para malaikat bertanya kepada mereka, " Apa amalan yang kalian kerjakan selama hidup di dunia? "

Mereka pun menjawab , "Setiap kami mendengar azan, segera kami bergegas mengambil air wudhu atau bersuci . "
purnama Wajah Wajah Ceria di Hari Kiamat
Gambar hiasan
Ada pula sekelompok orang yang wajahnya berseri-seri laksana rembulan yang memancarkan sinar yang terang. Para malaikat bertanya, " Apakah yang kalian kerjakan sewaktu hidup di dunia? "Jawab mereka, "Kami selalu mempersiapkan diri untuk solat berjemaah. Sebelum azan dikumandangkan, kami telah berwudhu . "

Di samping itu, ada pula sekelompok orang yang wajahnya berseri-seri laksana matahari yang memancarkan cahaya terang benderang. Seperti biasa, para malaikat pun bertanya kepada mereka, "Amalan apa yang telah kalian lakukan selama hidup di dunia? " Mereka menjawab, "Kami secara tekun mengikuti solat berjemaah. Setiap waktu solat tiba, kami telah siap di masjid, sebelum azan dikumandangkan.

*Diterjemah dari sumber islampos.com

Friday, November 15, 2013

Patung mainan berupa dajjal mata satu

Soalan
As salamu'alaikum..ustaz..saya nak bertanya  satu soalan & berharap ustaz memberi pandangan ustaz..Mengenai watak kartun minion yg bermata satu dlm kartun dispicable me. saya telah membeli ank patung(soft toy) yg bermata satu tersebut untuk anak saya. Adakah perbuatan itu salah? Adakah ia akn terpesongkan akidah kita?? adakah akan mengkafirkan & mengjahilkan sifat seseorg tu? Sedangkan kita sebagai ibu bapa tak terlintas & tidak ada niat lansung tentang anak patung yg menyerupai dajal..Sehingga ada segelintir hamba allah juga myatakan logo disney juga menyerupai mata satu dan disarankan supaya tidak membeli barang yg berjenama disney kerana logonya seakan akan bermata satu..adakah perbuatan saay salah, berdosa,&memesongkan akidah saya ustaz? harap ustaz dpt penjelasan yg lebih terperinci? terima kasih..
despicable me 2 minions - Despicable Me 2 Minions HD Wallpaper
Dispicable Me
Jawapan
Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Di antara tanda iman ialah kita menyintai orang yang dicintai Allah dan membenci orang yang dibenci Allah. Maksud menyintai itu termasuklah kepada sifat-sifat dan keperibadiannya. Dajjal adalah di antara makhluk yang dibenci Allah kerana ia menyesatkan manusia. Segala imej yang menyerupai orang yang dibenci Allah atau menggambarkan apa-apa sifatnya hendaklah dijauhi dari anak-anak sekalipun hanya berupa mainan. 

2. Dari segi gambaran Dajjal bermata satu, gambaran itu tidaklah tepat. Apa yang disebut dalam hadis ialah; buta sebelah matanya, bukan bermata satu. Sabda Nabi SAW; “Tidak ada Nabi yang diutuskan melainkan akan memperingatkan umatnya tentang seorang penipu yang buta sebelah matanya (iaitu dajjal). Ketahuilah bahawa ia buta sebelah matanya dan Tuhanmu tidaklah buta sebelah matanya. Di tengah antara dua matanya tertulis ‘kafir’” (Soheh al-Bukhari; 7408. Soheh Muslim; 2933, dari Anas bin Malik RA). Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda; “Dajjal itu mata kirinya buta, rambutnya lebat/kusut, serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya adalah syurga, sedang syurganya adalah neraka” (Soheh Muslim, 2934, dari Huzaifah RA).

3. Dari segi dosa, tidaklah dikira dosa perkara yang kita lakukan kerana tersalah atau jahil. Kita hanya berdosa jika tidak membetulkan kesalahan dan kejahilan itu setelah mengetahui apa yang benar tentangnya.

Wallahu a'lam.
*Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL ilmudanulamak.blogspot.com


Thursday, November 14, 2013

Abu Lahab mati ditangan seorang wanita

Siapa tidak kenal Abu Lahab ? Namanya diabadikan Allah dalam Quran ketika dia bersama isterinya dihumban ke dalam api neraka. Akan tetapi, ramai diantara kita yang tidak mengetahui bagaimana matinya seorang musuh Allah bernama Abu Lahab ini. Seorang pembesar bangsa Quraisy yang juga salah seorang bapa saudara Nabi kita yang mulia Muhammad shallallahu alaihi wa sallam.

Penyebab kematian Abu Lahab adalah sebuah pukulan yang dilakukan oleh seorang shahabiyyah yang mulia. Beliau adalah Lubabah Al-Kubra yang dikenali dengan panggilan Ummu Fadl binti Al-Harits radhiyallahu anha. Wanita yang juga menjadi saudara kandung Sayyidah Maimunah binti Al-Harits radhiyallahu anha .

Ummu Fadl tercatat sebagai wanita kedua yang masuk Islam setelah Ummul Mu'minin Khadijah binti Khuwailid radhiyallahu anha. Ummu Fadl juga adalah seorang isteri dari sahabat dari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam iaitu Al-Abbas ibn Abdil Muththalib radhiyallahu anhu.

Rasulullah sendiri sering mengunjunginya dan berehat pada siang hari di rumahnya. Keluarga mulia ini juga termasuk salah satu tempat bersandar Rasulullah pada masa sukar. Lain pula dengan Ummu Jamil iaitu isteri Abu Lahab. Meskipun nama jamil terlekat dinamanya , namun perangai dan tingkah lakunya jauh dari keindahan. Sebagai isteri Abu Lahab, Ummu Jamil adalah wanita yang aktif memusuhi dan memerangi Islam. 

Ummu Fadl, bersama suami dan anak-anaknya bersepakat untuk menyembunyikan keIslaman mereka kerana bimbang dengan kejahatan kaumnya. Namun Allah berkehendak lain, Al- Abbas ditawan oelh kaum muslimin saat Perang Badar.

Keadaan kaum muslimin yang belum mengetahui perihal keislamannya sedikit sebanyak menyulitkan Rasulullah. Beliau menebus Al-Abbas seperti orang musyrik yang lainnya. Taktik ini dilakukan agar rahsia keIslaman Al Abbas tetap tidak terbongkar oleh orang-orang Quraisy.

Ummu Fadl pun melihat kemarahan orang-orang kafir termasuk iparnya, Abu Lahab. Kekalahan kaum kafir dalam Perang Badar sangat menguris hati Abu Lahab. Ummu Fadl pun memperingatkan ke empat anak-anaknya agar tidak menunjukkan raut wajah bahagia sehingga keislaman mereka tetap tidak bocor ke telinga kaum Quraisy.

Namun berlaku kejadian yang merubah segalanya. Hal ini bermula ketika Ummu Fadl beserta seorang budaknya bernama Abu Rafi turut mendengarkan perbincangan di hujung rumahnya antara iparnya, Abu Lahab dan anak saudaranya Abu Sufyan Ibnul Harits .

Saat itu, Abu Sufyan menceritakan kepada Abu Lahab bagaimana kaumnya kalah melawan kaum muslimin. Abu Lahab pun hanya boleh marah-marah dan melontarkan sumpah serapah atas kenyataan itu. Sebaliknya, di hujung rumah, Ummu Fadl sangat suka atas apa yang didengarnya.

Abu Sufyan berkata, "Demi Allah, walau demikian aku tidak akan menyalahkan mereka kerana kami menghadapi manusia-manusia putih berkuda putih diantara langit dan bumi dan tidak ada yang mampu mengalahkan mereka. "

Tentu saja Ummu Fadl merasa bahagia mendengarnya , akan tetapi Abu Rafi ` tidak lagi mampu menahan rasa bahagianya hingga kemudian dia berteriak ," Demi Allah, itu adalah para Malaikat ! "

Mendengar teriakan itu, Abu Lahab bangkit. Dengan rasa marah, dia lantas menghampiri Abu Rafi lalu memukulnya secara keras. Tersentak melihat budak itu dipukul, Ummu Fadl menjadi lupa untuk menyembunyikan keislamannya. Wanita mulia ini kemudian mencabut sebuah tiang yang ada di rumahnya dan dengan jiwa yang berani lau memukul kepala Abu Lahab lalu berkata, " Beraninya kamu memukul Abu Rafi ketika tidak ada penjaganya" .

Apa yang terjadi? Kepala Abu Lahab cedera teruk. Rambutnya dibasahi darah dari belantan yang dilayangkan Ummu Fadl. Abu Lahab pun kemudian meninggalkan rumah saudaranya, Al- Abbas. Selepas tujuh malam, luka tersebut semakin parah dan bekas pukulan itu menembusi sehingga otak menyebabkan kerosakan.

Orang-orang di sekitar mula menjauhi Abu Lahab. Para warga mencium bau tidak sedap yang keluar dari luka Abu Lahab. Mereka juga bimbang luka Abu Lahab dapat menular kepada mereka.

Abu Lahab pun akhirnya hidup bersendirian. Dia mengerang kesakitan tanpa ada yang membantu. Isterinya, Ummu Jamil ( hammalatul hathab ) yang sepatutnya berada di sebelahnya pergi bersama anak-anaknya meninggalkan Abu Lahab bersendirian. Akhirnya Abu Lahab mati.

Selepas tiga hari, jasad Abu Lahab terbiar tanpa ada yang mahu menguburkan. Mereka tidak berani mendekati jasadnya. Akhirnya kerana bau busuk yang kian teruk, maka digali sebuah lubang kubur bagi Abu Lahab. Bangkai Abu Lahab ditolak dengan sebilah kayu sehingga masuk lubang kubur.

Dari jauh meraka melemparkan batu ke atas kubur Abu Lahab sehingga mereka yakin jasadnya telah tertutup rapat. Ia sebuah tragedi kematian yang lebih hina dari kematian seekor ayam sekalipun .

Itulah akhir hayat yang dialami oleh manusia yang sombong kepada Allah dan menolak ajaran NabiNya shallaallahu alaihi wa sallam. 

*Diterjemahkan dari sumber islampos.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam