Sunday, March 31, 2013

Sedih:Anak yatim melukis gambar ibunya ini di lantai dan tidur disebelahnya

http://gizanherbal.files.wordpress.com/2013/03/205375_167522280068460_1451920861_n.jpg?w=490
Gambar yang menyayat hati ini diambil dari salah sebuah rumah anak yatim piatu di Palestin, yang menunjukkan seorang anak yatim melukis gambar ibunya di atas lantai dan tidur dipangkuannya, dalam usaha untuk mendapatkan kasih sayang dan belas kasihan seorang ibu. - Nourislam.com

Tak boleh dibayangkan, berapa banyak titisan air mata anak ini tumpah untuk sekadar melukis gambar ibunya ini di lantai sebelum ia tidur. Hanya gambaran ibunya dalam benaknya saja, sebab gambar pun tak sempat ia simpan dan miliki, entah kemana tersebab perang. Tergambar wajah ibunya yang sedang tersenyum, sambil tertulis di samping gambarnya tulisan yang berbunyi, mama.

Kisah seorang anak kecil yang melukis Ibunya pada sebuah tingkat ini menggambarkan kepedihan seorang kanak-kanak yang begitu merindukan kasih sayang seorang ibu, Ibu kanak-kanak ini meninggal dalam sebuah peperangan di negeri para Nabi palestin, sang anak tinggal di sebuah rumah yatim piatu di Palestin yang mungkin di rumah yatim ini banyak anak-anak yang menjadi mangsa ditinggalkan ibu bapanya akibat perang yang tiada berkesudahan antara Palestin dan israel, mereka adalah anak-anak mangsa kekejaman israel, mereka anak-anak yang tidak tahu menahu apa yang membuat mereka jadi korban perang yang begitu kejam itu, mereka hanya ingin hidup damai layaknya anak-anak yang lain.

Bagi anak-anak yang masih mempunyai kedua orang tua syukurilah dengan sebenar-benarnya, jangan sia-siakan pengorbanan dan kasih sayang mereka, berbaktilah dengan sepenuh jiwa raga kita, baik dengan doa untuk kebaikan kedua-dua orang tua mahupun dengan pembuktian pemelihaaraan kita sebagai anak dihari tua kedua-dua orang tua, ibu bapa kita, jangan sia-siakan.

Berbaktilah pada orang tua kita, datangilah mereka untuk mintakan keredhaan dan pintu maafnya selama nafas mereka masih ada, ukirlah senyum di wajah mereka, kemudian berlaku lemah lembutlah kepada anak-anak yatim dan dhu'afa, santunilah mereka, kerana hampir-hampir saja syurga berada di sekitar mereka sebagaimana sabda Nabi kita tercinta.

Ingatlah bantu mereka anak-anak mangsa perang Palestin, Syria dan lain dengan cara sisihkan sebagaian harta kita buat mereka, mereka perlu hidup layaknya anak anak yang mempunyai ibu bapa, mereka juga mempunyai perasaan yang sama seperti kita, hanya saja mereka tak punya tempat untuk berlindung dan berteduh di dalam sebuah kasih sayang, dan jika kita diberi kemampuan oleh Allah Ta'ala mari menjadi Ibu dan Bapak bagi mereka, kalau bukan kita siapa lagi.

Rabbighfiry wa liwalidayya warhumà Kama rabbayànà shaghìrà, Allahumma a'izzal Islam Wal Muslimin wanshuril ikhwànanàl mustadh'afìna wal mujàhidìna fi kulli makan ya 'Aziz Ya Qahhar Ya Rabbal' Alamin


Mateor itu panahan api terhadap syaitan yang mencuri berita langit?

Bismillah was shalatu was salamu 'ala rasulillah, amma ba'du

Ada beberapa ayat Al-Quran yang menyebutkan tentang hujan meteor, berikut diantaranya,

1. Firman Allah,

ولقد جعلنا في السماء بروجا وزيناها للناظرين * وحفظناها من كل شيطان رجيم * إلا من استرق السمع فأتبعه شهاب مبين

"Sesungguhnya Aku telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Aku telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (nya), () Aku menjaganya dari setiap syaitan yang terkutuk, () kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang. "(Surah Al-Hijr: 16 - 18).

2. Firman Allah,

إنا زينا السماء الدنيا بزينة الكواكب * وحفظا من كل شيطان مارد * لا يسمعون إلى الملإ الأعلى ويقذفون من كل جانب * دحورا ولهم عذاب واصب * إلا من خطف الخطفة فأتبعه شهاب ثاقب

"Sesungguhnya Aku telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka, syaitan syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru . Untuk mengusir mereka dan bagi mereka siksaan yang kekal, Akan tetapi barangsiapa (di antara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang terang. "(Surah As-Shaffat: 6 - 10).

3. Firman Allah, yang menjelaskan kebiasaan jin mencuri berita dari langit

وأنا لمسنا السماء فوجدناها ملئت حرسا شديدا وشهبا * وأنا كنا نقعد منها مقاعد للسمع فمن يستمع الآن يجد له شهابا رصدا

"Sesungguhnya kami telah mencuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya). "(Surah Al-Jin: 8 - 9)

4. Firman Allah menjelaskan fungsi bintang

ولقد زينا السماء الدنيا بمصابيح وجعلناها رجوما للشياطين وأعتدنا لهم عذاب السعير

Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala. (Surah Al-Mulk: 5)

Keterangan Hadis Hujan Meteor


Beberapa ayat di atas memberikan kesimpulan kepada kita bahawa hujan meteor atau bintang jatuh, yang kita saksikan sebagai fenomena langit itu, sejatinya adalah benda langit yang digunakan untuk membaling syaitan, yang cuba mencuri berita dari langit. Keterangan yang singkat dari Al-Quran di atas, dijelaskan lebih detail dalam hadis.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda,

إذا قضى الله الأمر في السماء ضربت الملائكة بأجنحتها خضعانا لقوله كأنه سلسلة على صفوان, فإذا فزع عن قلوبهم قالوا ماذا قال ربكم? قالوا للذي قال: الحق وهو العلي الكبير. فيسمعها مسترق السمع ومسترق السمع هكذا بعضه فوق بعض, فيسمع الكلمة فيلقيها إلى من تحته ثم يلقيها الآخر إلى من تحته حتى يلقيها على لسان الساحر أو الكاهن, فربما أدرك الشهاب قبل أن يلقيها وربما ألقاها قبل أن يدركه, فيكذب معها مائة كذبة, فيقال أليس قد قال لنا يوم كذا وكذا كذا وكذا? فيصدق بتلك الكلمة التي سمع من السماء

"Apabila Allah menetapkan suatu ketetapan di langit, maka para malaikat mengepakkan sayap mereka kerana tunduk terhadap firman-Nya, seperti layaknya suara rantai yang digesek di atas batu. Setelah rasa takut itu dicabut dari hati para malaikat, mereka bertanya-tanya: 'Apa yang telah difirmankan oleh Tuhan kamu?' Malaikat yang mendengar menjawab, 'Dia berfirman yang benar. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar. 'Bisikan malaikat ini didengar oleh jin pencuri berita. Pencuri berita modusnya dengan 'pundi-pundian' (jin yang bawah menjadi penyokong bagi jin yang di atasnya, bertingkat terus ke atas). Jin yang paling atas mendengar ucapan malaikat, kemudian disampaikan kepada jin bawahnya, dan seterusnya, hingga jin yang paling bawah menyampaikannya kepada tukang sihir atau dukun. Kadang-kadang mereka mendapat panah api sebelum dia sampaikan kepada dukun, dan kadang-kadang berjaya disampaikan sebelum terkena panah api. Kemudian dicampur dengan 100 tuduhan. (Sehingga ada 1 yang benar). Orang mengatakan, bukankah pak dukun telah mengatakan demikian dan dia benar? Akhirnya sang dukun dibenarkan dengan satu kalimat yang benar yang dicuri dari langit. (HR. Bukhari 4800).

Dalam riwayat Ibnu Hibban, terdapat keterangan,

فربما أدركه الشهاب قبل أن يرمي بها إلى الذي هو أسفل منه, وربما لم يدركه الشهاب حتى يرمي بها إلى الذي هو أسفل منه

".. Kadang-kadang dia terkena panah api sebelum menyampaikan kepada jin yang berada di bawahnya, dan kadang-kadang tidak terkena panah api, sehingga berjaya dia sampaikan kepada jin di bawahnya." (Shahih Ibn Hibban, no. 36).

Selain itu, dalam riwayat Ahmad disebutkan Sababul Wurud, mengapa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam menyebutkan hadis di atas. Dari Ibnu Abbas, beliau berkata,

حدثني رجال من الأنصار من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم, أنهم كانوا جلوسا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات ليلة, إذ رمي بنجم; فذكر الحديث

"Beberapa orang Ansar dari kalangan sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bercerita kepadaku, bahawa mereka pernah duduk-duduk bersama Nabi shallallahu' alaihi wa sallam pada suatu malam. Tiba-tiba ada bintang yang dilemparkan .. kemudian Ibnu Abbas menyebutkan hadis lagi. "(HR. Ahmad 1883 dan dinyatakan sahih oleh Syuaib Al-Arnauth).

Keterangan Ulama Tafsir berkaitan Hujan Meteor

Ketika menafsirkan surah Al-Mulk ayat 5, seorang ahli tafsir masa tabi'in, Qatadah rahimahullah, berkata,

خلق هذه النجوم لثلاث: جعلها زينة للسماء, ورجوما للشياطين, وعلامات يهتدى بها; فمن تأول فيها بغير ذلك: أخطأ, وأضاع نصيبه, وتكلف ما لا علم له به

"Allah menciptakan bintang untuk 3 perkara: Allah jadikan sebagai penghias langit, sebagai pelempar syaitan, dan sebagai tanda alam untuk penggunaan arah. Maka siapa yang menggali tentang bintang, selain 3 perkara tersebut, dia keliru, mensia-siakan bahagiannya, dan membebani diri dengan sesuatu yang sama sekali dia tidak memilikimodal ilmu tentangnya. "(HR. Bukhari dalam shahihnya secara muallaq, 4/107).

Yang beliau maksud dengan memahami selain 3 perkara tersebut adalah menggunakan memahami bintang untuk astrologi (bukan astronomi), seperti zodiak atau ramalan bintang.

Sementara itu, As-Syaukani menafsirkan firman Allah (yang bermaksud), 'Aku jadikan bintang itu sebagai pelempar syaitan', beliau berkata,

الرجم في اللغة هو الرمي بالحجارة

'Rajam (pelempar) secara bahasa ertinya, melempar dengan batu.' (Fathul Qadir, 3/179)

Bagaimana dengan Hujan Meteorit?
Ada beberapa catatan yang perlu kita perhatikan, sehingga boleh memahami lebih saksama.

Pertama, bahawa sesungguhnya Al-Quran bukanlah kitab astronomi, bukan pula kitab fizikal. Kerana itu, anda tidak akan menjumpai penjelasan tentang astronomi atau fizikal secara panjang lebar dari Al-Quran. Sebaliknya, Al-Quran adalah firman Allah yang memberikan penjelasan dari sisi syariah, yang boleh jadi tidak dibincangkan dalam ruang lingkup fizikal atau ilmu eksak lain. Yang dijelaskan oleh Al-Quran adalah masalah ghaib yang itu di luar liputan kajian manusia.

Sebagai orang yang beriman, ketika kita hendak memahami penjelasan syariat yang boleh jadi dianggap tidak masuk akal, sikap yang harus kita kedepankan adalah pasrah dan meyakininya. Bukan 'ngeyel' dengan mengingkari dan menolaknya. Kerana sesuatu yang tidak masuk akal itu, di luar jangkauan kemampuan fikiran manusia.

Ketika Allah memberitahu bahawa komet atau hujan meteor yang memancarkan cahaya itu adalah bintang yang Allah gunakan untuk membaling syaitan, maka sikap yang harus kita kedepankan adalah sami'na wa amannaa, kami dengar dan kami mengimaninya. Walaupun, dalam kajian astronomi atau ilmu falak, semacam ini tidak pernah dibincangkan.

Kedua, jika kita memahami keterangan ayat dan hadis, serta penjelasan ulama di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa sesungguhnya tidak ada pertentangan antara penjelasan syariah dengan kesimpulan ahli astronomi.

Persatuan Astronomi Antarabangsa pada sidang umum IX tahun 1961 mendefinisikan hujan meteoroid sebagai berikut:

Sebuah benda padat yang berada / bergerak dalam ruang antara planet, dengan ukuran lebih kecil daripada asteroid dan lebih besar daripada sebuah atom atau molekul.

Ketika memasuki atmosfera sebuah planet, meteoroid akan dipanaskan dan akan menguap sebahagian atau seluruhnya. Gas-gas di sepanjang laluannya akan terion dan bercahaya. Jejak gas bercahaya ini disebut sebagai hujan meteor atau tahi bintang. Jika sebahagian meteoroid ini mencapai tanah, maka akan disebut sebagai meteorit.

Tidak berbeza dengan keterangan di atas. Bintang yang Allah gunakan untuk membaling syaitan itu, boleh jadi kemudian masuk ke atmosfera bumi atau bahkan mendarat di bumi dan menjadi meteorit. Dalam fatwa islam dinyatakan.

وهذا يعني أن هذه الشهب يقذف بها في جو السماء, ولا يمنع ذلك من دخولها المجال الجوي للأرض بعد قذف الشيطان ورجمه بها, وقد تنزل إلى الأرض وتحدث بها تصدعا
وهذا يوافق في الجملة المعنى الشرعي للشهب.

Bintang jatuh / hujan meteor yang dilemparkan dari langit, tidak menutup kemungkinan masuk ke atmosfera bumi, setelah digunakan untuk melempar dan merejam syaitan. Dan kadang-kadang sampai turun di bumi, hingga menimbulkan tumbukan keras. Dan kejadian ini secara umum, sesuai dengan penjelasan syariat. (Fatwa Islam, no. 180866)

Ketiga, beberapa ayat di atas menerangkan bahawa tujuan bintang yang dilemparkan ke arah syaitan itu, sebagai bentuk penjagaan terhadap berita langit. Ini menunjukkan bahawa fenomena bintang jatuh terjadi secara terus menerus. Kerana penjagaan langit, terjadi secara terus menerus. Mengingat, syaitan selalu berusaha untuk mencuri dengar berita takdir dari langit.

Keterangan ini tidak berbeza dengan realiti di lapangan sebagaimana ketarangan ahli astronomi, bahawa hujan meteoroid itu berlaku bila-bila masa, tanpa batasan waktu yang jelas.

Ini semua memberikan kesimpulan, tidak ada pertentangan, antara penjelasan ilmiah syariah dengan keterangan menurut ahli astronomi tentang hujan meteor yang sampai ke bumi.

Allahu a'lam

Jangan bangga, jangan berlagak


Sabda Rasulullah saw bermaksud:

“Awas lah daripada Mengumpat & Memfitnah kerana Mengumpat itu lebih besar Dosa nya daripada Berzina.....Sesungguhnya orang yang melakukan Zina, apabila dia Bertaubat, ALLAH akan menerima Taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang Mengumpat tidak akan diAmpunkan Dosanya sebelum diAmpun oleh orang yang diUmpat" 

(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Saturday, March 30, 2013

Video: Subhaanallah, Anda perlu lihat kehebatan bismillah ni!



Mungkin selepas ini baru anda akan lebih yakin dalam mengucap Bismillah dalam hidupan harian anda. Allah MAHA berkuasa. :')

Sumber dari facebook.com/sentuhanbelacan


Cara mengesan Jin dalam badan

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? 

Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan hayati. Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

sumber dari facebook

10 Surah yang menjamin kebahagiaan di dunia dan Akhirat

1-Al-Fatihah menghalang kemurkaan Allah SWT.

2-Yassin mencegah daripada dahaga di Akhirat.

3-Ad-Dhukhan mencegah daripada dugaan di Akhirat.

4-Al-Waqiah mencegah daripada kepapaan.

5-Al-Mulk mencegah daripada seksaan kubur.

6-Al-Kauthar mencegah daripada perbalahan.

7-Al-Kafirun mencegah daripada kufur semasa meninggal dunia.

8-Al-Ikhlas mencegah daripada bersifat munafiq.

9-Al-Falaq mencegah daripada bersifat hasad dengki.

10-An-Nas mencegah daripada bersifat was-was.

sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Tips Melepasi Titian Sirat

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~ Banyakkan bersedekah

~ Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :

Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
سم الله الرحمن الرحيم

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com

Friday, March 29, 2013

Azab dan hukuman yang Villa terima selepas menghina Allah S.W.T - Christiano Ronaldo


Christiano Ronaldo : Bagi saya,David Villa terkena azab daripada Tuhan umat Islam selepas dia menghina sahabat saya iaitu Mesut Özil dengan mengatakan "F#@K Muslims". 

Ozil sebelum beraksi selalu membaca doa dan dia marah orang menghina Islam kerana Islam adalah agamanya.Sejak akhir-akhir ini,Villa sering mengalami kecederaan yang berpanjangan secara berterusan. 

Paling terbaru,dia terkena penyakit batu karang.Saya lihat sebelum insiden dia dan Ozil,dia merupakan pemain yang sihat dan cergas. 

Ozil pernah berkata pada saya bahawa itulah azab dan hukuman yang Villa terima selepas menghina Allah S.W.T.

Sumber dari facebook.com/DPPMalaysia/

Rehat orang mukmim hanya di alam bazakh



Rehat orang mukmim hanya di alam bazakh - Ulama Syria Dr Muhammad Ali Al-Sobuni


Thursday, March 28, 2013

Istana Firaun yang ditinggalkannya…


... Berkatalah salah seorang dari sahabat Nabi Musa, bernama Yusha bin Nun: "Wahai Musa, ke mana kami harus pergi?" Musuh berada di belakang kami sedang mengejar dan laut berada di depan kami yang tidak dapat dilintasi tanpa sampan. Apa yang harus kami perbuat untuk menyelamatkan diri dari kejaran Firaun dan kaumnya? "

Nabi Musa menjawab: "Janganlah kamu khuatir dan cemas, perjalanan kami telah diperintahkan oleh Allah kepadaku, dan Dialah yang akan memberi jalan keluar serta menyelamatkan kami dari cengkaman musuh yang zalim itu."
Pada saat yang kritis itu, di mana para pengikut Nabi Musa berdebar-debar ketakutan, seraya menanti tindakan Nabi Musa yang kelihatan tenang sahaja, turunlah wahyu Allah kepada Nabi-Nya dengan perintah agar memukulkan air laut dengan tongkatnya. Maka dengan izin Allah terbelah laut itu, tiap-tiap bahagian merupakan seperti gunung yang besar. Di antara kedua-dua belahan air laut itu terbentang dasar laut yang sudah mengering yang akan di bawah pimpinan Nabi Musa dilewatilah oleh kaum Bani Israil menuju ke tepi timurnya.

Setelah mereka sudah berada di bahagian tepi timur dalam keadaan selamat terlihatlah oleh mereka Firaun dan bala tenteranya menyusuri jalan yang sudah terbuka di antara dua belah gunung air itu. Kembali rasa cemas dan takut mengganggu hati mereka seraya memandang kepada Nabi Musa seolah-olah bertanya apa yang hendak dia lakukan selanjutnya. Dalam pada itu Nabi Musa telah diilhamkan oleh Allah agar bertenang menanti Firaun dan bala tenteranya turun semua ke dasar laut. Kerana takdir Allah telah mendahului bahawa mereka akan menjadi bala tentera yang tenggelam.

Berkatalah Firaun kepada kaumnya tatkala melihat jalan terbuka bagi mereka di antara dua belah gunung air itu: "Lihat bagaimana lautan terbelah menjadi dua, memberi jalan kepada kami untuk mengejar orang-orang yang melarikan diri itu. Mereka mengira bahawa mereka akan dpt melepaskan dari kejaran dan hukumanku. Mereka tidak mengetahui bahawa perintahku berlaku dan ditaati oleh laut, jgn lagi oleh manusia. Tidakkah ini semuanya membuktikan bahawa aku adalah yang berkuasa yang harus disembah olehmu? "Maka dengan rasa bangga dan sikap sombongnya turunlah Firaun dan bala tenteranya ke dasar laut yang sudah mengering itu melakukan gerak-cepatnya untuk menyusul Musa dan Bani Israil yang sudah berada di tepi bahagian timur sambil menanti hukuman Allah yang telah ditakdirkan terhamba-hamba-Nya yang kafir itu.

Demikianlah maka setelah Firaun dan bala tenteranya berada di tengah-tengah lautan yang membelah itu, jauh dari ke dua tepinya, tibalah perintah Allah dan kembalilah air yang menggunung itu menutupi jalur jalan yang terbuka di mana Firaun dengan sombongnya sedang memimpin barisan tenteranya mengejar Musa dan Bani israil. Terpendamlah mrk hidup-hidup di dalam perut laut dan berakhirlah riwayat hidup Firaun dan kaumnya untuk menjadi kenangan sejarah dan ibrah bagi generasi-akan datang.





Pada saat-saat akhir hayatnya, seraya berjuang untuk menyelamatkan diri dari maut yang sudah berada di depan matanya, berkatalah Firaun: "Aku percaya bahawa tiada tuhan selain Tuhan Musa dan Tuhan Bani Israil. Aku beriman pada Tuhan mereka dan berserah diri kepada-Nya sebagai salah seorang muslim. "

Berfirmanlah Allah kepada Firaun yang sedang menghadapi sakaratul-maut: "Baru sekarangkah engkau berkata beriman kepada Musa dan berserah diri kepada-Ku? Tidakkah kekuasaan ketuhananmu dapat menyelamatkan engkau dari maut? Baru sekarangkah engkau sedar dan percaya setelah sepanjang hidupmu bermaksiat, melakukan penindasan dan kezaliman terhadap hamba-hamba-Ku dan berbuat-sewenang-wenang, merosak akhlak dan aqidah manusia-manusia yang berada di bawah kekuasaanmu. Terimalah sekarang pembalasan-Ku yang akan menjadi pengajaran bagi orang-orang yang akan datang sesudahmu. Akan Aku apungkan tubuh kasarmu untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang meragukan akan kekuasaan-Ku. "

Bani Israil pengikut-pengikut Nabi Musa masih meragukan kematian Firaun. Mereka masih terpengaruh dengan kenyataan yang ditanamkan oleh Firaun semasa ia berkuasa sebagai raja bahwa dia adalah manusia luar biasa lain drpd yang lain dan bahwa dia akan hidup kekal sebagai tuhan dan tidak akan mati. Khayalan yang masih melekat pd fikiran mrk menjadikan mereka tidak mahu percaya bahawa dengan tenggelamnya, Firaun sudah mati. Mereka menyatakan kepada Musa bahwa Firaun mungkin masih hidup namun di alam lain.

Nabi Musa berusaha menyakinkan kaumnya bahawa apa yang terfikir oleh mrk tentang Firaun adalah suatu khayalan belaka dan bahwa Firaun sebagai orang biasa telah mati tenggelam akibat pembalasan Allah atas perbuatannya, menentang kekuasaan Allah mendustakan Nabi Musa dan menindaskan serta memperhambakan Bani Israil. Dan setelah melihat dengan mata kepala sendiri, tubuh-tubuh Firaun dan orang-orangnya terapung-apung di permukaan air, hilanglah segala tahayul mrk tentang Firaun dan kesaktiannya.

Menurut catatan sejarah, bahawa mayat Firaun yang terdampar di pantai diketemukan oleh orang-orang Mesir, lalu diawet hingga utuh sampai sekarang, sebagai mana dpt dilihat di muzium Mesir. Dan gambar gambar yang kami paparkan adalah gambar foto Istana yang begitu dibanggakan dan ditinggalkan oleh Firaun dan para pembantunya.

Wednesday, March 27, 2013

Misteri Tabut As-Sakinah Nabi Musa

TABUT sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran adalah satu anugerah Allah kepada Bani Israel. Di dalamnya terdapat sebuah kitab suci. Ia berukuran tiga hasta panjang dan dua hasta lebar. Ia mempunyai berbagai-bagai keistimewaan. Tabut tersebut boleh memberikan ketenangan dan semangat kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Ia mampu mengalahkan pihak lawan dalam peperangan. Sekiranya Tabut itu dibawa ketika berperang, sudah pasti pihak musuh akan berasa gentar dan tewas.

“Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja ialah kembalinya Tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan daripada Tuhanmu dan sisa daripada peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun. Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu jika kamu orang yang beriman.” (al-Baqarah: 248)
Malangnya, Bani Israel tidak tahu mensyukuri anugerah yang diberikan itu. Mereka mengingkari segala perintah Allah s.w.t.. Mereka banyak memalsukan kitab suci mereka. Mereka juga ingkar dengan ajaran Nabi Samuel. Pada zaman tersebut, Nabi Samuel diutuskan oleh Allah untuk menyeru mereka ke jalan kebenaran. Semasa kecil Nabi Samuel telah dididik dan dibesarkan oleh orang yang alim. Baginda kemudiannya diajar dengan ajaran Nabi Musa dan juga kitab sucinya iaitu Taurat. Setelah dewasa dan menjadi utusan Allah, Nabi Samuel mula berdakwah kepada Bani Israel supaya menyembah Allah tetapi mereka ingkar. Malah, mereka tidak percaya akan kenabian Nabi Samuel. Mereka menuduhnya sebagai pendusta. Bani Israel telah mencabarnya agar menunjukkan bukti kenabiannya. Lalu Allah menarik balik keistimewaan yang diberikan kepada Bani Israel itu. Dia menukarkannya dengan memberi kekuatan dan keberanian kepada orang-orang Palestin. Ketika Palestin berperang dengan Bani Israel, mereka berjaya mengalahkan Bani Israel dengan mudahnya. Bani Israel telah diusir dari Jerusalem. Tabut yang menjadi azimat mereka selama ini telah dirampas.

Gambar merupakan gambaran rupa tabut, benda yang paling ditakuti pada masa Perjanjian Lama. Setidaknya begitulah gambarannya. keberadaanya dulu begitu kuat dan sangat berpengaruh terhadap bangsa Israel semenjak peristiwa exodus keluar dari Tanah Mesir. Namun, kini ia telah hilang ditelan masa.. dimanakah ia berada kini?

sumber dari suatuperjalananmaya.com

Tuesday, March 26, 2013

Kunci kaabah bernilai lebih daripada 18 juta US Dolar


Kalendar puasa sunnah 2013


Waktu subuh lah pengantian malam dan siang bermula

Bismilahirahmanirahim,

Alhamdulillah syukur di pagi yang mulia ini, Allah buka dan lembutkan hati kita untuk sentiasa mencari ilmu dan mengingati Allah melalui zikir dan ibadah.

Sambungan Amalan Sunnah Rasulullah SAW kali ini banyak menginsafkan diri saya. Jika dahulu usahkan nak sembahyang berjemaah Solat Subuh di Masjid, nak bangun subuh pun susah yang amat. Saya mengaku sebelum ini saya amat ketinggalan dan jahil sekali.

Semoga kesilapan yag lalu tidak berulangi dan saya bertaubat nasuha atas kesilapan dahulu. Benar, tadi itu kisah di waktu saya belum mengenali diri saya sebenar dan menganggapkan kejayaan dunia lebih penting. Sehinggakan kehidupan yang kekal abadi tak pernah difikirkan. Saya pasti , anda bukan seperti saya dan saya rasa anda lebih mulia dari saya.

“Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, mereka pasti mendatangi keduanya, walaupun dengan merangkak.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ramai ulama hadis memberi penjelasan berkenaan hadis ini. Diantaranya, bagi melihat sama ada seseorang itu beriman ataupun munafik, perhatikan solat Subuhnya. Sekiranya kita nampak dia di saf solat Subuh, bolehlah kita katakan yang dia benar-benar beriman.

Tetapi sekiranya sebaliknya, hatinya sudah dijangkiti virus munafik. Salah satu petandanya adalah seseorang ragu-ragu dengan kebenaran dan keagungan Allah yang bernama Solat Subuh ini.

Dalam hadis juga mengatakan , waktu subuh lah pengantian malam dan siang bermula. Pada saat ini juga , malaikat malam dan malaikat siang berkumpul bagi berganti tugas.

“Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak 25 kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat subuh.” (Hadis Riwayat Bukhari)

“Kemudian naiklah para malaikat yang menyertai kamu pada malam harinya, lalu Rabb mereka yang sebenarnya maha mengetahui bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana hamba-hambaku ketika kalian meninggalkan mereka?”

Para malaikat menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami jumpai mereka dalam keadaan solat juga.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi beruntunglah bagi orang yang dapat mendirikan solat subuh berjemaah di masjid kerana ia disaksikan oleh malaikat, baik malaikat yang bertugas pada malam hari, mahupun siang hari.

Allah menjelaskan, “Dan dirikanlah solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh para malaikat,”(Surah al-Israk , ayat 78)

Bayangkanlah waktu itu kalau malaikat melaporkan yang , kita sedang nyenyak tidur dan tidak mengutamakan waktu solat. Di waktu ini juga lah Syaitan sedang memeluk kita dengan erat sekali supaya kita terus lena dan tinggalkan solat subuh.

“Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum ataupun qabliyah Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya, “(Hadis Riwayat Muslim)

Solat Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik daripada segala kebaikan isi dunia.

Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).

Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.

Solat Subuh juga dapat menjadi penerang pada Hari Kiamat seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah, “Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang terang benderang pertolongan pada Hari Kiamat” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).

Cahaya ini penting semasa melintasi titian Sirath. Sirath ini menakutkan. Waktu itu keadaan gelap gelita dan manusia meraba-raba untuk melintasi Sirath yang bawahnya Api Neraka Jahanam.

“Di kedua-dua belah Sirath terdapat anjing yang terikat yang diperintahkan menyerang sesiapa sahaja yang mendekatinya. Sesiapa yang berjalan dengan tegak, selamat manakala yang bertatih-tatih masuk ke dalam neraka,” Nabi Muhammad SAW berkata.

Itulah pentingnya cahaya untuk orang yang solat subuh berjemaah di masjid dan mereka bisa melintasi titian sirath berjalan bagaikan kilat(sekelip mata). Bukan orang yang sembahyang subuh seorang diri ataupun berjemaah di rumah.

Hikmah solat Subuh begitu hebat kerana ia adalah solat yang paling sukar dikerjakan pada awal waktu. Ramai diantara kita yang memilih untuk tidur di tilam empuk dan berselimut hangat.

Seorang pemimpin Yahudi pernah mengatakan yang mereka tidak takut dengan orang Islam melainkan dengan satu perkara, iaitu apabila jumlah jemaah solat subuh sama dengan jumlah jemaah solat Jumaat.

Umat yang menjaga solat Subuh berjemaah adalah umat yang berhak berdiri kukuh di muka bumi. Manakala Umat yang lalai mengerjakan solat Subuh berjemaah adalah umat yang tidak berhak mendapat kejayaan.

Kisah Burung & Seekor Kijang Berjanji Dengan Rasullullah SAW





Kisah indah mimpi bertemu Rasullullah - Ustaz Dr. Harun Din


Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mimpi bertemu aku, maka dia benar-benar melihatku kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku.” (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmidzi).



RASULULLAH s.a.w tidak pernah terputus hubungannya dari alam ini sehingga ke hari kiamat.

Seorang tokoh sufi mengatakan makam tertinggi dan kenikmatan puncak seseorang di dunia ialah berjumpa Nabi Muhammad dalam keadaan jaga. 
Jika seseorang mimpi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w, pasti itu Rasulullah sebenarnya kerana syaitan dan jin tidak boleh menyerupai Baginda. 

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mimpi bertemu aku, maka dia benar-benar melihatku kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku.” (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmidzi).

Mimpi bertemu Rasulullah adalah nikmat yang Allah berikan kepada mereka yang terpilih. Ada kalanya mereka memperbanyakkan selawat dan salam serta ketaatan yang sempurna.

Ibnu al-Baqilani berkata: “Makna daripada hadis-hadis itu bahawa mimpi bersama Nabi Muhammad adalah benar dan bukan impian kacau serta bukan pula penyerupaan syaitan.” 

Mimpi itu memiliki etika tersendiri hanya difahami pelakunya. Hal itu adalah rahsia antara seorang hamba dengan Tuhannya. Mimpi itu adalah nikmat yang diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya daripada hamba-hamba-Nya. 

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila zaman sudah dekat, maka tidak ada mimpi seorang Muslim yang bohong. 

Dan, mimpi seorang Muslim adalah sebahagian daripada empat puluh enam (tanda-tanda) kenabian.” 

Monday, March 25, 2013

Syahid untuk wanita yang solehah sahaja



Betapa hikmahnya Rasulullah SAW meletakkan wanita solehah yang menjaga agamanya dan meninggal semasa melahirkan anak mendapat Pangkat Syahid sehingga mampu mendiami Syurga.


Sunday, March 24, 2013

6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat

1- Makan harta anak yatim secara haram.

( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus).

2- Menuduh wanita solehah berzina.

( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

4- Melakukan sihir.

( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).

Kitab Tanbihul  Ghafilin , Jilid 1 & 2.  M/S : 532. sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam