Fenomena petir catatumbo


Dilampirkan sebuah video menarik tentang Fenomena yang dipanggil "Relámpago del Catatumbo" atau "Petir Catatumbo" merupakan salah satu fenomena alam yang pelik.

Terletak di sungai Catatumbo, Danau Maracaibo (Venezuela), feneomena halilintar berlaku di langit yang mempunyai ketinggian lebih dari 5 kilometer, 10 jam dalam satu malam dan berlaku sebanyak 280 kali perjam. Ribut yang hampir kekal ini berlaku di atas dataran tanah paya. Kawasan ini kerap berlaku 1.176.000 sambaran elektrik setahun dengan keamatan hingga 400000 ampere dan dapat dilihat hingga jarak 400 km.

Fenomena ini juga digunakan oleh para pelaut sebagai navigasi(penunjuk arah). Pelanggaran angin dari pergunungan Andes menyebabkan berlaku ribut dan petir yang merupakan sebagai hasil dari electrical discharge melalui proses pengionan gas-gas, terutama methan yang dibentuk oleh penguraian bahan organik di paya. Menjadi lebih ringan dari udara, gas tersebut naik hingga ke awan.
Beberapa pemerhati persekitaran tempatan berharap agar kawasan ini dilindungi oleh UNESCO kerana fenomenanya yang menakjubkan dan juga sumber terbesar untuk membentuk semula lapisan ozone di planet bumi. 

Namun demikian di atas berbagai teori tetapi pastilah ini semua berlaku kerana Kehendak Allah swt.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber youtube Imam Puji Hartono (Fenomena Alam : Halilintar Terus menerus di Venezuela)

Comments