Monday, December 31, 2012

Menjelang malam ini kondom laris


Seks bebas berupaya hancurkan umat Islam

Dalam satu kenyataan, bekas Perdana Menteri Britain, Gled Stones pernah mendedahkan strategi yang mengejutkan. Dia berkata seks adalah salah satu usaha dari pihak Barat untuk menghancurkan umat Islam, khususnya golongan muda agar kecintaan mereka kepada Al-Quran menjadi luntur.

Kata-kata laknatullah Gleed Stones bekas PM Britain

"Sia-sia sahaja kita memerangi umat Islam dan tidak akan mampu menguasainya selama di dada pemuda-pemuda Islam ini ada Al-Quran. Tugas kita sekarang ialah mencabut Al-Quran di hati-hati mereka, baru kita akan menang dan menguasai mereka. Minuman keras dan muzik lebih menghancurkan ummat Muhammad daripada seribu meriam, oleh kerana itu, tanamkanlah dalam hati mereka rasa cinta terhadap bahan-bahan dan seks. "

Sekolah lahirkan lulusan Nabi di Israel


Yahudi semakin sesat. Di negera Zionis itu ada sekolah yang bakal lahirkan lulusan dengan gelaran 'nabi'.

Sekolah bernama 'Cain and Abel School for Prophet' itu mengenkan bayaran 200 shekel (sekira 53 dolar AS) bagi siapa saja yang berniat memiliki gelaran nabi. Untuk mendapatkan gelar Nabi, para pelajarnya hanya perlu mengikuti 40 kelas yang singkat.

Sekolah tersebut memberikan sijil kepada sesiapa yang lulus. Peraturan di sekolah itu juga tidak ketat.

Pelajar-pelajar di sekolah tersebut boleh masuk kelas hanya mengenakan t-shirt, menggunakan gadget semasa belajar, hingga ada yang memegang gitar masuk ke dalam kelas. Bahkan ada pelajar yang tidak segan keluar kelas untuk sekadar merokok.
Di sekolah ini, para pelajar belajar tentang erti mimpi, klasifikasi malaikat, dan misteri roh kudus. Mereka belajar bagaimana membezakan perasaan batin seseorang dari perilaku luaran dan penampilan.

Satu-satunya guru sekolah itu Shmuel Hapartzy percaya, Messias telah datang dan usia penebusan sudah dekat. Ertinya, sekolah itu berperanan untuk menyambut nabi baru.

Peliknya, Hapartzy mengaku tidak menjamin pengajian di sekolah tersebut boleh membantu murid-muridnya boleh terus berinteraksi dengan Tuhan.

Hapartzy menjelaskan kurikulum yang digunakan di sekolah tersebut adalah mengikut sifat-sifat seorang nabi. Sehinggakan jika murid-muridnya sudah boleh menguasai kurikulum yang diajarkan, mereka boleh mendapatkan ijazah bergelar nabi.

"Di masa lalu ada nabi. Tetapi sekarang, di zaman moden, Ketuhanan ada pada semua orang. Kita hanya perlu membuka mata kita untuk itu," kata Hapartzy, seperti dinukil dari AP.

Sekolah itu berada di sebuah pusat keagamaan di kawasan penempatan di selatan Tel Aviv. Pusat keagamaan itu dikenali tempat yang menampung moral jalanan berbanding mempelajari soal agama. Pusat keagamaan itu mendapat sumbangan dari bayaran yuran masuk para murid-murid sekolah nabi.

Sambut Tahun Baru adalah budaya Freemason

"The Roman ruler Julius Caesar established January 1 as New Year 's Day in 46 BC. The Romans dedicated this day to Janus, the god of gates, doors, and beginnings. The month of January was named after Janus, who had two faces - one looking forward and the other looking backward. "

Begitulah bunyi The World Book Encyclopedia tahun 1984, volume 14 halaman 237 ketika menjelaskan makna tarikh 1 Januari. Perayaan tahun baru 1 Januari mempunyai sejarah panjang di mana orang Rom mempersembahkan tarikh ini kepada Janus, dewa segala gerbang, pintu-pintu dan permulaan waktu.

Tidak hairan, bulan Januari diambil dari nama Janus sendiri iaitu dewa yang mempunyai dua wajah iaitu wajah yang menghadap ke masa depan dan wajah yang lain menghadap ke masa lalu.

Nama Dewa Janus tidaklah asing dalam kesusasteraan paganisme. Ia adalah sembahan kaum penyembah syaitan sejak zaman Yunani kuno. Sejarah pemuliharaan budaya penyembah syaitan ini pun sudah ada semenjak zaman Hermaic (3600 SM) dan dikawal oleh kumpulan paganisme Freemason. Freemason sengaja menyuburkan budaya ini agar manusia bertauhid mampu mengalihkan perhatiannya dari agama kearah penyembahan satanisme.

Maka jika kita melihat perayaan tahun baru, maka di situlah kita dapat melihat nilai-nilai Yahudi di dalamnya. Meniup trompet misalnya, terompet adalah alat ciptaan Yahudi. Budaya meniup trompet ini merupakan budaya masyarakat Yahudi ketika menyambut kedatangan Rosh Hasanah atau tahun baru Taurat yang jatuh pada bulan ketujuh atau tarikh 1 bulan Tishri dalam kalendar Ibrani kuno

Hal ini pun terpampang dalam Alkitab Imamat 23; 24
"Katakanlah kepada orang-orang Isra'el, begini: Dalam bulan yang ketujuh, pada tanggal satu bulan itu, kamu harus mengadakan hari cuti penuh yang diperingati dengan meniup serunai (trompet), yakni hari pertemuan kudus" (Imamat 23:24)
Pada malam tahun baru, masyarakat Yahudi melakukan muhasabah diri dengan tradisi meniup shofarot sebuah alat muzik jenis trompet. Bunyi Shofarot adalah sama bunyinya dengan terompet kertas yang dibunyikan kebanyakan penyambut di malam Tahun Baru.

Sebenarnya Shofarot sendiri dikelaskan sebagai trompet. Terompet dianggarkan sudah wujud sejak tahun 1500 sebelum Masihi. Pada awalnya, alat muzik jenis ini digunakan untuk keperluan ritual agama dan juga digunakan dalam ketenteraan ketika berperang. Kemudian terompet dijadikan sebagai alat muzik pada masa pertengahan Renaisance hingga kini.

Sekarang ini, kumpulan Freemason terus mengadakan perayaan menyambut tahun baru. Para masonik di belahan dunia dikhabarkan sudah berkumpul di beberapa tempat untuk menyambut tahun baru ini.

Mereka bersedia memasuki gerbang tahun 2013 untuk mempersiapkan The New World Order. "Happy New Year 2013 to all Freemason in the world," laporan dari laman Masonictimes.


Syeikh Ali al-Shobuni: Syiah bunuh kanak-kanak, wanita, dan robohkan masjid

Ust Azhar duduk bersebelah dengan Syeikh Ali al-Shobuni. Di Malaysia Ust Azhar Idrus tidak terlepas oleh kata-kata kesat golongan SYIAH MELAYU...Ust Azhar digelar bapa pengharaman  

Di antara ciri khas akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah mentauhidkan Allah Subhanahu wa ta'ala, mencintai Rasulullah dan mencintai para sahabat Rasul shalallahu alaihi wa sallam. Sedangkan orang yang melaknat para Sahabat, melaknat Abu Bakar, Umar dan Aisyah Radhiallahu anhum bukanlah termasuk Muslim.

Demikian dikatakan oleh ulama kontomporer, Syeikh Muhammad Ali al-Shobuni dalam dialog bertema "Memahami Akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah" selepas solat Jumaat di Masjid al-Akbar Surabaya pada Jumaat (28/12/2012) kelmarin seperti dilaporkan dari hidayatullah . com.

Dalam dialog yang dipandu oleh KH. Abdurrahman Navis, Lc, anggota MUI Jawa Timur, Syeikh al-Shobuni mengecam keras kelompok Rafidhah. Menurut ulama kelahiran Syria itu, Rafidhah itu penentang Allah, kafir dan terlaknat.

Dalam kesempatan itu, Syeikh al-Shobuni juga menceritakan sedikit tentang keadaan Muslim Sunni di Syria, di mana menurutnya, kaum Muslim di Syria sedang menghadapi cubaan dan penderitaan.
Kedatangan Syeikh Ali al-Shobuni ke Malaysia tidak disenangi oleh SYIAH Melayu 
Dia mengaku telah dihalang masuk ke Syria selama lima tahun oleh kerajaan Bashar Assad yang berfahaman Syiah.

Diceritakan, mereka golongan Rafidhah berlaku kejam dan melakukan tindakan keji. Membunuh anak-anak, wanita dan merobohkan masjid-masjid.

"Adakah ini yang disebut Muslim. Mereka kaum terlaknat, dan thoghut," ujar penulis kitab Tafsir Ayatil Ahkam dan Shofwatu Tafasir ini.

Ia menerangkan, kebiasaan buruk tersebut bukanlah ciri Muslim.

"Akidah Ahlus Sunnah tidak mengajarkan membunuh anak-anak, wanita dan mengutuk para sahabat," tegasnya.

Di hadapan para jemaah solat Jumaat Syeikh yang disebut-sebut mufassir abad ke-21 ini berpesan bahawa perbezaan di antara ulama 'Ahlus Sunnah adalah perbezaan pada soal ijtihad.

"Perbezaan di kalangan Asy'ari, Maturidi dan lain termasuk perbezaan di antara fuqaha seperti membaca bismillah pada fatihah Solat itu bukan perbezaan prinsip", tegas ulama yang pernah mengajar di Ribath Sayyid Muhammad al-Maliki Mekah.

Di antara mereka, tidak ada yang mengutuk para sahabat. "Mencela sahabat dan mengubah-ubah Al-Quran itu bukan Ahlus Sunnah wal Jamaah".

Mengutuk sahabat seperti golongan Rafidhah bukan akhlak Ahlus Sunnah. "Bagaimana mungkin seorang Muslim yang baik melaknat sahabat. Padahal para sahabat diredhai oleh Allah swt, dan Islam tersebar hingga saat ini berkat jasa sahabat. Justeru merekalah (Rafidhah) yang terlaknat", jelasnya.

Syeikh Ali al-Shobuni, adalah mufassir kenamaan yang hidup di abad ke-21. Karyanya Tafsir Ayatil Ahkam dipelajari oleh pelajar di seluruh dunia.

Syeikh al-Shobuni menyelesaikan program masternya di universiti Al-Azhar dengan mengambil tesis tentang undang-undang dalam Islam pada tahun 1954 M. Kini, dia bermukim di Mekah dan tercatat sebagai salah seorang kakitangan pengajar tafsir dan ulumul Qur'an di fakulti Syariah dan Dirosat Islamiyah Universiti Malik Abdul Aziz. Selain dikenali sebagai pakar ilmu al-Quran, Bahasa Arab, Fekah, dan Sastera Arab, Syeikh Ali al-Shobuni pernah dianugerahkan sebagai tokoh Muslim Dunia 2007 oleh DIQA.
Diterjemahkan dari sumber arrahmah

Rejim Syiah Iraq kembali tangkap ulama Islam

Hakikat kita telah ketahui, Iraq kini dicengkam oleh mereka beragama Syiah dengan bantuan Amerika selepas Perang Teluk...nasib orang Islam di Iran juga akan berlaku di Iraq

Rejim rasis Syiah Iraq kembali menangkap seorang ulama sunni dan khathib masjid. Kebiadaban rejim Syiah Nouri Al-Maliki yang menindas penduduk muslim sunni semakin meningkat.

Rejim Syiah Nouri Al-Maliki menangkap Syeikh Dhahir al-Masyhadani, seorang imam dan khatib pada masjid jami 'Zainul Abidin di bandar Tharimiah pada Sabtu pagi (29/12/2012), demikian laporan agensi berita Mufakkirat Al-Islam.

Penangkapan ulama dan tokoh muslim sunni ini merupakan sebahagian daripada polisi rasis rejim Syiah Iraq sokongan Syiah Iran yang menangkap, membunuh, memenjarakan dan menindas penduduk muslim sunni. Kebiadaban rejim Syiah Iraq telah membangkitkan demonstrasi anti rejim di sebahagian besar wilayah dengan penduduk majoriti muslim sunni Arab, Kurdistan dan Turkman.

Seorang ahli politik Iraq, Iwadh Al-Abdan menyatakan bahawa rejim Al-Maliki telah mengarahkan Jabatan Undang-undang dan Jabatan Luar Negeri untuk menutup semua maklumat tentang keadaan ribuan warga muslim sunni yang dipenjarakan secara zalim oleh rejim.

"Para penunjuk perasaan di wilayah Anbar telah menutup jalan raya yang menghubungkan dengan Syria. Hal ini bererti memotong bantuan-bantuan (rejim Syiah Iraq) kepada rejim Syria. Ini merupakan awal kerjasama antara kedua-dua revolusi," kata Al-Abdan kepada wartawan Mufakkirat Al-Islam via sambungan satelit.

Al-Abdan juga menyeru kepada para pelarian Iraq di Syria untuk segera menyokong revolusi Syria dan bergabung dengan mujahidin FSA serta memberikan segala hal yang mereka mampu untuk menyokong para revolusioner Syria.

Lebih dari 700 ribu warga muslim sunni Iraq tinggal di Syria. Majoriti mereka diusir dari wilayah-wilayah sunni di Iraq oleh penindasan militia-militia Syiah Iraq sokongan Iran.

Sunday, December 30, 2012

Tiada satu pun masjid di Syria yang tidak dibom oleh Syiah - Syeikh Ali al-Shobuni


Syeikh Muhammad Ali al-Syabuni dari Syria, ketika melawat Malaysia memaparkan apa yang sedang berlaku di Syria. Berikut ini adalah beberapa perkara yang disampaikan Syeikh Ali a-Syabuni mengenai perjuangan di Syria.

Syeikh mengatakan bahawa ada empat sebab mengapa jihad di Syria lebih diutamakan sementara waktu ini berbanding Palestin. Syeikh tentu saja menegaskan bahawa jihad di Palestin pun juga pentingnya.
1). Beliau berkata keadaan di Syria lebih buruk daripada Palestin. Umat ​​Islam dibunuh dengan kejam. Menurut beliau, ibaratnya 60 ribu rakyat Palestin dibunuh dalam masa 60 tahun. Tapi di Syria, 60 ribu umat Islam dibunuh hanya dalam masa dua tahun sahaja. Itu menurut data rasmi. Ada puluhan ribu pembunuhan lain yang tidak mungkin direkodkan.

2). Para ulama sudah mengeluarkan fatwa bahawa Syria menjadi tempat yanga istimewa berdasarkan Quran dan Sunnah, melihat keutamaan Syria. Syria adalah bumi Dimasyh, di mana Nabi Isa akan turun nanti, seterusnya Imam Mahdi mengikuti dalil al-Quran.

3). Jihad di Palestin sudah diketahui oleh umat Muslim sedunia. Namun di Syria, sebahagian besar umat Islam hanya tahu bahawa itu hanya konflik sosial dan reformasi. Di Syria tidak ada media dan juga tidak ada bantuan.

4). Menurut Syeikh Ali, "Tiada satu pun masjid di Syria yang tidak dibom!". Seorang perempuan harus merahsiakan kematian keluarganya kerana jika dia membocorkannya, dia akan ditangkap dan dibunuh.

Bakal penyerang Arsenal: "Assalamualaikum"


Penyerang Newcastle United yang bakal berhijrah ke Arsenal pada awal Januari ini, Demba Ba dikenali sebagai pemain bola sepak Muslim yang taat. Selain dikenali seorang yang taat menjalani ibadah, Ba tidak segan menyokong perjuangan kemerdekaan Palestin dari penjajahan Israel.

Namun satu yang tidak boleh dilupakan, Ba boleh juga dipanggil sebagai pendakwah. Hal itu boleh dilihat dari akaun twitter bekas pemain West Ham United itu, @ dembabafoot. Di kala waktu dia mengingatkan bahawa meraikan dengan bersujud merupakan rasa bersyukur kepada Allah. Hal itu sebagai jawapan atas tuduhan legenda Liga Inggeris Gary Lineker yang menyebut aksi tersebut  seperti orang sedang makan rumput.
Calon Penyerang Arsenal:
Ba memang dikenali sebagai ikon pemain yang melakukan kejayaan dengan bersujud syukur selepas menyumbang gol. Ba pernah membalas dalam akaun dengan peminatnya dengan jawapan "terima kasih ya Allah" dan "inshaallah".
Terkini pemain kebangsaan Senegal itu mengucapkan salam, "Assalamualaikum" yang langsung di retweet 413 dan 70 peminatnya. Dengan jumlah hampir 160 pengikut di twitter, Ba sepertinya sedar boleh berperanan dalam mengenalkan ajaran Islam.
Diterjemahkan dari sumber republika

Tokoh Brigade Al-Qassam syahid di Syria


q2
Seorang lelaki Palestin yang terbunuh di Syria pada hari Jumaat lalu adalah seorang tokoh senior sayap bersenjata Hamas. Pejuang dan pegawai Hamas mengesahkan berita tersebut semalam (29/12/2012).

Muhammad Qunneita, 31 tahun, dari kem pelarian Shati di Jalur Gaza telah berada di Syria selama empat bulan, saudaranya memberitahu kepada pejabat berita Ma'an.

Pejuang Syria berkata kepada Reuters semalam (29/12/12) bahawa Qunneita syahid (Insya Allah) dalam pertempuran di sekitar lapangan terbang Aleppo di mana dia telah membantu melatih pejuang Arab dan Muslim yang berada di Syria. Aktivis di Syria juga mengatakan Qunneita telah menjadi tokoh terkemuka di Brigade Al-Qassam Hamas.

Setelah Qunneita meninggal pada hari Jumaat lalu, laman berita yang berkaitan dengan Hamas 'Palestine Now' menggambarkan dia sebagai komander Brigade Izzuddin Al-Qassam, kata seorang pegawai tentera di Gaza.

Dia telah melatih brigade pejuang pembangkang selama beberapa waktu di Syria dan cedera parah semasa serbuan bandar Idlib pada Khamis lalu, kata laporan itu.

Tetapi sumber Hamas di Gaza mengatakan kepada Reuters, Qunneita telah meninggalkan brigade Al-Qassam Hamas dan bergabung dengan kelompok jihad sebelum berangkat ke Syria untuk melawan rejim Assad. 
Diterjemahkan dari sumber islampos

Inilah sebab mengapa Israel bunuh kanak-kanak Palestin

Perang antara Israel-Palestin tidaka akan ada noktahnya. Entah sampai bila Israel akan melakukan pembunuhan terhadap warga Palestin. Dari sekian ribu mangsa korban keganasan perang Israel 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

Banyak dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sanggup meragut nyawa anak-anak Palestin? Ada yang kata memang tabiat Israel yang kejam dan biadab, ada juga yang berkataIsrael takut akan pertumbuhan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan masuk akal juga. Inilah sebeb mengapa Israel menjadikan kanak-kanak Palestin sasaran operasi mereka selain kumpulan Hamas.
Salah satu pimpinan Hamas, Ismali Haniya berkata kanak-kanak yang sudah hafal 30 juz Al-Quran ini sesungguhnya menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi.

"Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al-Quran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa?" Demikian pemikiran yang berkembang di fikiran orang-orang Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-Quran. Keadaan Gaza yang disekat dari segala arah oleh Israel menjadikan mereka terus berinteraksi dengan al-Quran. Tidak ada main Play Station atau game bagi mereka. 

Seperti yang kita ketahui bahawasanya Hamas mengenakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi ahli mereka, diantaranya Hafiz Al-Quran dan tidak pernah meninggalkan solat fardhu terutama sekali solat subuh. 
Belajarlah dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap saat tapi itu semua tidak mengugat niat mereka untuk dekat dengan Sang Khalik dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh Agama Islam. Israel sememangnya gagah dalam segi jumlah pasukan dan peralatan tempur yang berteknologi tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang tinggi, mereka berani mati demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.

Saturday, December 29, 2012

Doktor terkenal di Amerika adalah orang Islam


Penonton acara talk show popular Amerika, The Oprah Winfrey Show, pasti sudah tidak asing lagi dengan Doktor Oz. Seorang doktor yang kerap mengisi segmen kesihatan dalam talk show paling popular di dunia itu.

Selain di acara Oprah, Oz juga kerap mengisi sagmen Larry King Live. Sejak tahun 2009, Doktor Oz mempunyai program acara televisyen yang dihasilkan Harpo Productions berjudul The Dr Oz Show.

Namun, tahukah anda siapa sebenarnya doktor yang paling terkenal di Amerika saat ini dikenali Dr Oz atau nama lengkapnya Dr Mehmet Cengiz Oz. Dia adalah pakar bedah jantung dari Harvard University.

Dari namanya, orang boleh meneka bahawa Oz alias Mehmet mempunyai darah Turki. Ibunya bernama Suna dan berayahkan Mustafa Oz. Kedua-duanya merupakan orang yang dihormati di Turki. Ayah dan ibu Oz kemudian berhijrah ke Amerika pada 1955. Lima tahun selepas itu, lahirlah Oz.

Dalam sebuah wawancara yang disiarkan The Root, Oz mendedahkan bahawa sejak kecil dirinya didik oleh dua gaya muslim berbeza. "Saya dididik oleh ibu yang Islam sekular, Namun ayah saya sangat teguh memegang prinsip Islam," ujarnya.

Hingga kini, dia mengaku masih memeluk Islam. Oz mengatakan bahawa gaya sufi islam sangat mempengaruhi dirinya. Walaupun menjadi doktor yang paling terkenal di Amerika ketika ini, Oz tidak melupakan identitinya sebagai seorang Turki.

Oz bahkan tetap mempertahankan kewarganegaraan Turkinya bersama statusnya sebagai seorang Amerika. Dalam cintanya pada Turki, Oz rela menjadi sukarelawan  di tentera Turki.
Diterjemah dari sumber globalmuslim

15 Ciri-Ciri Orang Syiah

Penganut Syiah  di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut "Taqiyah". Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:

1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya.

3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.

5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.

6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.

7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.

8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.

9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.

10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid'ah.

11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.

12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah  kerana Al-Qur'an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.

13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut'ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah. 

15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut'ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut'ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut'ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.

Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya

Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Diterjemahkan dari sumber lppimakassar

Friday, December 28, 2012

Subhaanallah, solat berbahaya bagi wanita dalam haid tapi sebaliknya bagi yang hamil

Solat adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam islam, ibadah yang pertama akan dihisab. Ibadah yang merupakan zikir yang paling besar dan keperluan umat Islam terhadap Ilahi. Rehat ternikmat dalam hidup.

Kewajipan yang wujud ini sangat penting bagi manusia. Kerana dengannya kita sentiasa mengingati Nya dan berdoa kepada Nya. Kita telah mengetahui hikmah dan manfaat yang banyak sekali dari gerakan solat untuk kesihatan tubuh manusia. Kali ini kita akan cuba membincangkan tentang manfaat solat untuk ibu hamil dan mengapa wanita haid tidak boleh atau diharamkan bersolat dan berpuasa? Ini dia jawapan menurut perubatan.

Sejumlah kajian perubatan moden membuktikan bahawa gerakan badan  seperti solat banyak memberikan manfaat bagi ibu hamil. Namun begitu gerakan seperti ini berbahaya bagi wanita haid. Mengapa?

Ketika wanita bersolat dalam gerakan sujud dan rukuk secara semula jadi akan meningkatkan peredaran darah ke rahim kerana keperluan sel-sel rahim dan ovari seperti sel-sel limpa yang menyedut banyak darah.

Begitu juga apabila seorang ibu mengandung, rahim memerlukan darah yang cukup agar janin mendapatkan gizi dan untuk membersihkan pencemaran. Jika seorang ibu mengandung bersolat, aktivitinya ini akan membantunya membawa darah yang cukup ke janin.

Sementara wanita yang haid, jika menunaikan solat, akan menyebabkan banyak darah mengalir ke rahimnya. Akibatnya akan berlaku kehilangan darah bersih / baik kerana keluar bersama darah haid.

Semasa haid, dianggarkan wanita akan kehilangan darah sebanyak 34 mililiter. Kadar yang sama pada cecair lain. Jika wanita haid menunaikan solat, zat imuniti (ketahanan tubuh) di tubuhnya akan hancur. Sebab sel darah putih memainkan peranan sebagai imun akan hilang dibawa bersama darah haid.

Mengalirnya darah akan meningkatkan kemungkinan menularnya penyakit. Namun Allah menjaga wanita haid dari penularan penyakit dengan menumpukan sel darah putih di rahim semasa haid agar dapat menjaga tubuh dan melawan pelbagai penyakit.

Jika seorang wanita solat ketika haid, maka dia akan kehilangan darah dalam jumlah banyak. Ini bererti akan kehilangan sel darah putih. Jika ini berlaku maka seluruh organ tubuhnya seperti limpa dan otak akan diserang penyakit.

Mungkin inilah hikmah besar disebalik larangan syariat agar wanita haid tidak melaksanakan solat hingga dia dalam keadaan suci. Al-Quran dengan sangat cermat menyebutkan,

"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Darah haid itu adalah suatu kotoran." Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. "(Al-Baqarah: 222).

Disamping itu, gerak fizikal ketika sujud dan rukuk semakin menambah aliran darah ke rahim dan akan hilang. Lebih dari itu, jika wanita haid bersolat maka akan menyebabkan kekurangan zat besi dari tubuh.

Begitu juga dengan larangan berpuasa ketika haid. Para perubatan menyarankan agar ketika dalam keadaan haid, wanita banyak berehat dan mengambil makanan yang berkhasiat. Ini selaras dengan larangan untuk berpuasa, kerana menurut perubatan darah, magnesium dan zat besi dalam tubuh yang berharga tidak terbuang begitu sahaja.

Dari Abu Said Al-Hudri, Rasulullah SAW bersabda: "... Bukankah jika (seorang wanita) haid ia tidak solat dan tidak puasa?" (HR. Bukhari dan Muslim).

Dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda, "Kami diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak mengqadha solat."

Betapa banyak tanda-tanda yang Allah SWT berikan kepada umat manusia supaya berfikir. Allah SWT yang begitu penyayang terhadap manusia, sehingga segala hal yang Dia perintahkan dan larangan Nya pasti ada hikmah disebalik itu. Maka apa yang kita tunggu lagi dan pertimbangkan lah untuk segera mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Wallahu a'lam.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Tentera Yahudi redah masjid cari batu kuno

Tentera Israel kembali mengganas, pada hari Isnin lalu (24/12/2012) mereka menyerbu sebuah masjid di kawasan kampung di Jenin. Seorang pegawai tempatan berkata Askar Yahudi menyerbu dengan alasan untuk mencari barang antik Yahudi.

Ketua Majlis Kampung Fahma, Muhammad Eid Nawasra mengatakan kepada Ma'an bahawa pasukan Israel masuk dan menyerbu masjid ketika solat subuh.

Tentera Yahudi laknatullah ini menggeledah masjid dan jemaah, mempersoalkan tentang sebuah batu kuno yang diukir dengan tulisan Ibrani.
Fahma is located in the Palestinian territories
Penduduk kampung berkata kepada tentera bahawa mereka tidak tahu sama sekali mengenai batu itu.

"Bangunan itu telah ada sejak zaman Rom dan diubah menjadi masjid beberapa dekad lalu," jelas Nawasra.

Seorang jurucakap tentera Israel enggan untuk memberi komen atas insiden ini.

Diterjemah dari sumber islampos

Thursday, December 27, 2012

Suku Yahudi yang ‘Hilang’ kini bermigrasi dari India ke Israel

50 orang warga India yang diyakini keturunan dari salah satu suku Israel yang hilang tiba (24/12/2012) di negara Yahudi bagi menyelesaikan proses imigresen mereka.

Menghubungkan dengan ahli keluarga yang sudah menetap di Israel, mereka adalah salah satu dari gelombang pertama imigresen seramai 7200 masyarakat Bnei Menashe yang menuju ke 'negara' Yahudi tersebut.

Orang-orang India tersebut berkata mereka adalah keturunan dari 10 suku yang tinggal di kerajaan Israel yang terdapat dalam Taurat dan tersebar setelah pencerobohan Asyur di tahun 721 SM.
Michael Freund dari kelompok Shavei Israel (yang bermaksud "orang-orang yang kembali ke Israel" dalam bahasa Ibrani), telah mengatur perjalanan mereka memberitahu lebih daripada 7000 orang telah meminta bantuan daripada kerajaan Israel untuk berpindah dari India.

"Para anggota suku ini tidak pernah lupa dari mana mereka berasal dan kami sangat gembira untuk dapat membantu mereka datang kembali," katanya kepada AFP, menambah bahawa beratus-ratus orang yang lain dijangka akan tiba dalam beberapa minggu akan datang.

Lebih daripada 1700 anggota dari masyarakat Bnei Menashe sudah tinggal di Israel.

Wednesday, December 26, 2012

Askar Israel disepak oleh budak perempuan Palestin berumur 10 tahun


puk
Seorang budak perempuan Palestin berusia 10 tahun yang tampil dalam sebuah video sedang memukul seorang tentera Israel tiba di Turki sebagai tetamu kehormatan dari Kota Başakşehir İstanbul.

Ahed Tamimi telah menjadi hero bagi rakyat di Turki setelah video yang menunjukkan dia memukul tentera Israel telah diposting secara online pada 28 November. Dia tiba di İstanbul hari Isnin lalu.
Korang berani jadi seperti dia?
"Kata-kata pertama adalah saya sangat senang boleh berada di negara Erdogan," merujuk kepada Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang ramai dicintai oleh warga di Palestin kerana kegigihannya menentang polisi Israel di Gaza.

Tamimi tiba di Turki menggunakan penerbangan Jordan pukul 2 petang pada hari Isnin lepas. Dia ditemani ibunya, Neriman Tamimi. Dia disambut oleh pelajar sekolah yang memegang bunga dan bendera Palestin.

Sambil membuat tanda kemenangan, Ahed Tamimi berpose di depan kamera wartawan. Di depan wartawan sewaktu tiba di lapangan terbang Ahed Tamimi berkata: "Saya tidak takut dengan tentera Israel sama sekali. Saya akan menunjukkan kepada mereka keberanian rakyat Palestin. "

Tamimi dijadualkan akan mendapat Anugerah Keberanian Hanzala oleh Datuk Bandar Başakşehir.

32 rahsia penting Yahudi


1. Tahukah anda bahawa selain bangsa Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa  yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin.

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara bangsa Yahudi dan bukan Yahudi.

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Bukit Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diagihkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu

6. Tahukah anda bahawa Amerika memperuntukkan 5 juta US dari penghasilan cukainya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel berjumlah 1.8 juta US $ setiap tahun dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan berjumlah 4 juta US $ dari Amerika iaitu pesawat pejuang F 16, Apache dan Blackhawk dan kerana Amerika merupakan Negara sekutu utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya.

11. Tahukah anda bahawa sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, Yahudi sudah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear.

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Pertahanan mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan.

13. Tahukah anda bahawa Israel mengebom tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967. Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam.

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB. Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika.

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik wujud terhadap identiti bangsa Yahudi agar tetap menjadi warga negara itu.

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua.

17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh buruh Palestin yang sedang menunggu bus di sebuah halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu dia menembak mereka dari jarak setengah meter. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel.

18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan keterangan tawaran kerja dengan perkataan: "tawaran kerja hanya untuk bangsa Yahudi", "dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa Yahudi"

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk memunculkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya. Padahal parti itu berideaologi radikal dengan pandangan utama membesihkan Israel dari bkan bangsa Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel.

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong tindakan tentera Israel untuk menghapuskan semua warga Palestin? bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel:

"Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak peluru berpandu dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghapusnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk "......

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi.

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyeksaan dalam proses penyiasatan, tetapi Shinbet (Badan Intelejen Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses siasatan mereka.

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses pendidikan dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Hal ini apabila dilihat dari jumlah peratusan penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948. Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana dihalang dengan  perjanjian OSLO.

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya yang sebenar ialah pengganas Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri.

29. Tahukah anda bahawa Yahudi sebagai sebuah bangsa penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin.

30. Tahukah anda bahawa arahan dari Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel. Salah satu contohnya adalah ketika dia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling kejam andalah pembunuhan tiga wanita Palestin padahal mereka sedang berada di dalam khemah pelarian.

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pelbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin.

Tuesday, December 25, 2012

Inilah ‘Syahadat’ versi Syiah

Syiah mempunyai syahadat tambahan yang berbeza dengan majoriti kaum muslimin, berikut ini kutipan persaksian orang yang hendak menganut agama syiah seperti yang boleh dilihat di

أشهد أن لا إله إلا الله

"Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah."

أشهد أن محمدا رسول الله "

Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. "

أشهد أن عليا ولي الله

"Aku bersaksi bahawa Ali adalah wali Allah."

أبرئ إلى الله من أبي بكر و عمر و عثمان و عائشة و حفصة وجميع أعداء أهل بيت رسول الله صلى الله عليه و آله

"Aku berlepas diri kepada Allah dari Abu Bakar, Umar, Uthman, Aisyah, Hafsah dan seluruh musuh-musuh Ahlu Bait Rasulullah SAW."

Adapun syahadat versi yang lain, iaitu dengan tambahan bersyahadat kepada 12 Imam Syiah:

1. أشهد أن عليا أمير المؤمنين ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Ali Amirul Mu` minin adalah wali Allah. "

أشهد أن فاطمة الزهراء حجة الله
"Aku bersaksi bahawa Fatimah Az-Zahra adalah Hujjah Allah."

2. أشهد أن الحسن حجة الله
"Aku bersaksi bahawa Al-Hasan adalah Hujjah Allah."

3. أشهد أن الحسين حجة الله
"Aku bersaksi bahawa Al-Husein adalah Hujjah Allah."

4. أشهد أن عليا السجاد ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Ali As-Sajjad adalah Wali Allah."

5. أشهد أن محمدا الباقر ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Muhammad Al-Baqir adalah Wali Allah."

6. أشهد أن جعفر الصادق ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Ja'far Ash-Shadiq adalah Wali Allah."

7. أشهد أن موسى الكاظم ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Musa Al-Kazhim Wali Allah."

8. أشهد أن عليا الرضا ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Ali Ar-Ridha Wali Allah."

9. أشهد أن محمدا الجواد ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Muhammad Al-Jawad Wali Allah."

10. أشهد أن عليا الهادي ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Ali Al-Hadi Wali Allah."

11. أشهد أن الحسن العسكري ولي الله
"Aku bersaksi bahawa Al-Hasan Al-Askari Wali Allah."

12. أشهد أن محمدا المهدي حجة الله
"Aku bersaksi bahawa Muhammad Al-Mahdi Hujjah Allah."

(Sumber: mrs / koepas.com)

Bagaimana Islam masuk ke Afghanistan


Afghanistan suatu masa dahulu adalah tanah yang merangkumi wilayah-wilayah Badakhshan, Juzjan, Takhar, Heart, Khurasan, Bukhara, dan Samarqand yang diatur dari kerajaan Parsi.

Apabila Uthman bin Affan yang menakluk Afghanistan. Semua daerah-daerah yang disebutkan di atas ditakluk di era 'Uthman. Sedangkan sebelumnya Abdurahman bin Samurah menakluki Kabul pada zaman baik Umar dan kemudian Uthman. Dalam "Sunan" Abu Daud, dia berkata: "'Abdurahman bin Samurah meriwayatkan kepada kami di Kabul." Jadi,' Abd ar-Rahman bin Samurah menakluki Kabul pada zaman 'Umar atau' Uthman.

Tidak seorang pun dari penduduk yang ditakluk oleh kaum Muslim pernah memberontak atau menentang mereka kecuali orang-orang Afghanistan. Rakyat Afghanistan sangat keras kepala dan ini bukan tugas yang mudah untuk membuat mereka tunduk. Jadi kronologisnya, kaum muslim menakluk itu pada zaman Umar, dan ini diikuti oleh sebuah pemberontakan dari beberapa suku dan pengusiran kaum muslimin dan umat Islam harus kembali di kemudian hari dan menakluk Afghanistan untuk kali kedua di zaman Umar.

Jika rakyat Afghan yakin akan sebuah idea atau kepercayaan, mereka sememangnya sangat terkenal dengan soal itu (kepercayaan). Sebelum Islam datang, rakyat Afghanistan memeluk agama Buddha. Itu sebabnya sehingga kini masih ada patung besar Buddha Bamiyan. Zaman dahulu, sebelum Islam masuk rakyat Afghan terkenal sebagai orang yang menyebarkan agama Buddha ke Pakistan dan India.

Islam kemudian datang, mereka menjadi yakin Islam dan mereka menyebarkannya ke seluruh wilayah. Jadi, sebahagian besar daerah ini melaksanakan Islam melalui mereka dan Mahmud Al-Ghaznawi menyerang India tujuh kali. Dia masuk dan menghancurkan patung mereka.

Sampai sekarang, kerana keyakinan yang eratnya itulah, rakyat afghansitan tetap berdiri kukuh menghadapi badai pencerobohan dari sejak zaman Russia dulu sehingga lah kini di era Amerika dan NATO.
Diterjemahkan dari sumber Islampos.com

Monday, December 24, 2012

Cara khinzir makan


Daniel S Shapiro MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan penolong Profesor di Pathology and Laboratory Medicine Boston University School of Medicine, Massachusetts Amerika menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 25 penyakit yang boleh dijangkiti dari babi . Oleh demikian, daging babi adalah sumber penyakit bagi manusia.

Jika melihat habitat hidupnya, memang sangat mudah untuk dibayangkan. Bayangkan saja, babi merupakan haiwan yang paling kotor dan rakus berbanding haiwan lain. Kerana kerakusanya, apabila perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, babi akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi untuk memuaskan kerakusannya. Babi memakan semua yang boleh dimakan di hadapannya. Tidak terkecuali kotoran.



Benarkah Hizbullah akan menyerang Israel?

belum pernah ada sejarahnya bahawa kumpulan yang bergabung dalam Syiah melakukan serangan terhadap wilayah Israel
Selepas serangan 8 hari rejim yahudi terhadap Gaza, pemimpin Hizbullah Hasan Nasrullah mengeluarkan komennya berkaitan pencerobohan tentera yang dilancarkan Israel terhadap Palestin. Dalam komennya tersebut Nasrullah mengatakan bahawa pihaknya Hizbullah Lubnan bersiap sedia untuk menghantar ratusan roketnya ke wilayah Israel bagi menggempur negeri zionis tersebut apabila Israel berani bergerak dan menyerang Lebanon.

Hizbullah juga akan melancarkan peluru berpandu canggih milik mereka yang boleh dikawal hingga puluhan kilometer.

"Jarak roket boleh mencapai 40-70 kilometer ke Israel, maka radius pertempuran dengan kami akan mencapai Palestin yang diduduki Israel dari sempadan Lebanon hingga ke sempadan Jordan dan Laut Merah," kata Nasrullah.

Kesan yang serius? Ataukah hanya setakat mainan kata di media?

Siapakah Organisasi "Hizbullah" Lubnan?

Hizbullah yang dimaksudkan di sini bukanlah Hizbullah yang disebut oleh Allah dalam surah Al-Mujadilah ayat 22. Hizbullah yang dimaksudkan di sini adalah organisasi Politik dan paramiliter dari kumpulan Syiah yang ditubuhkan pada tahun 1982 dan mempunyai pangkalan di Lubnan

Aktiviti organisasi Hizbullah lebih dominan dilakukan di kawasan yang majoriti berpenduduk Syiah, seperti pinggir bandar selatan Beirut, daerah lembah Bekaa dan wilayah Selatan Lebanon.
Kelompok ini amat rapat dengan Iran kerana memang mempunyai haluan yang sama iaitu akidah Syiah. Mereka juga menjadikan para pemimpin Syiah di Iran sebagai rujukan dalam masalah agama dan politik. Boleh dikatakan Hizbullah Lubnan merupakan sekutu dan pembaharuan tangan Iran di wilayah Lubnan. Oleh kerana itu amatlah tepat bila ada hubungan antara Iran, Syiah dan Hizbullah.

Nah, ketika ada komen-komen di media yang berasal entah dari Iran ataupun Hizbullah Lubnan yang akan menyerang Israel, ia menimbulkan tanda tanya. Mengapa? Kerana semenjak dahulu belum pernah ada sejarahnya bahawa kumpulan yang bergabung dalam Syiah melakukan serangan terhadap wilayah Israel. Lihat kembali sejarah penubuhan agama Syiah yang dibina oleh Abdullah bin Saba yang jelas beragama Yahudi. Adakah Syiah akan menyerang pengasas agama mereka iaitu Yahudi?

Kembali kepada Hizbullah, apa yang pernah dilakukan Hizbullah terhadap Israel?

Adakah pernah berlaku perang terbuka yang terjadi di antara mereka?.

Apakah ada jual beli peralatan perang antara kedua-dua pihak? 

Yang jelas aksi-aksi yang dilakukan Hizbullah tidak lebih dari melepaskan tembakan ke kawasan kosong Israel. Jumlah peluru yang dilepaskan Hizbullah dan menimbulkan persepsi di mata dunia bahawa Hizbullah melakukan "hubungan senjata" dengan Israel. 

Sekali lagi perlu diingat, Hizbullah tidak pernah terlibat dalam perang terbuka dengan Israel seperti yang dilakukan oleh para pejuang Ahlussunnah di Iraq, Afghanistan, Checnya, ataupun di tempat lain.

Walaupun selalu melaungkan semangat peperangan terhadap Israel di media, namun catatan sejarah menunjukkan bahawa Hizbullah tidak pernah berperang secara langsung dengan Israel. Bahkan ketika Gaza diserang zionis tahun 2009 yang melibatkan kematian dianggarkan seramai 1500 orang Palestin tidak berdosa dan pencerobohan Israel beberapa hari lalu, Hizbullah dan Iran hanya berbalas pantun dengan Israel di media. Istilahnya: Not Action Talk Only.


Sunday, December 23, 2012

Antara Israel (Yahudi) dengan Syiah tidak pernah ada masalah - Ariel Sharon


ariel sharon_syiah-yahudi_islampos
Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon, dalam salah satu bukunya menyatakan dengan tegas bahawa, "Antara Israel (Yahudi) dengan Syiah tidak pernah ada masalah. Justeru musuh kami yang hakiki adalah sel-sel organisasi 'pengganas' Palestin, dan orang-orang Syria yang banyak membantu organisai-organisasi 'pengganas' ini! "

Dalam buku, Sharon mengeluarkan sebuah buku yang berjudul "Warrior", dia menulis bahawa Syiah mungkin sudah seperti saudara sendiri bagi Israel. Ap alagi dalam judul buku disebutkan "Aku akan bercakap tentang orang-orang yang aku cintai."
Sharon berkhidmat sebagai Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Kuasanya sebagai perdana menteri kemudian digantikan oleh Perdana Menteri (sementara) Ehud Olmert kerana terkena serangan stroke pada Januari 2006. Dia mengalami koma dalam waktu yang lama sehingga tidak mungkin untuk kembali menjalankan tugas-tugas sebagai pemimpin kerajaan.

Dia lahir di Kfar Malal (Mandat British Palestin) dan tampil sebagai pemimpin politik dan tentera berbangsa Israel. Sharon juga pernah menjadi pemimpin Likud, parti terbesar dalam gabungan kerajaan dalam parlimen Israel, Knesset, sehingga dia mengundurkan diri dari parti tersebut pada 21 November 2005. Dia kemudian membentuk parti baru bernama Kadima.

Selama tiga puluh tahun Sharon berkhidmat sebagai anggota Angkatan Bersenjata Israel. Pangkat tertingginya ialah Mejar Jeneral. Dia menjadi terkenal di Israel kerana penglibatannya dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967 dan Perang Yom Kippur pada tahun 1973.

Ariel Sharon juga bertanggung jawab dalam tragedi pembunuhan Qibya pada 13 Oktober 1953 di mana ketika itu 96 orang Palestin dibunuh oleh Unit 101 yang dipimpinnya dan pembunuhan Sabra dan Shatila di Lebanon pada 1982 yang mengakibatkan antara 3000 hingga 3500 orang terbunuh, sehingga dia digelar sebagai 'Tukang sembelih dari Beirut '.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Sikap golongan Syiah terhadap Al-Quran

Banyak kekafiran kaum Syiah dalam kepercayaan mereka tentang Al-Qur an. Seorang muslim yang mengetahuinya pasti dadanya akan sesak dengan ucapan-ucapan mereka.

Di antara keyakinan mereka adalah bahawa Al-Quran, yang berada di tangan kaum muslimin telah berkurangan dan telah diubah atau diganti.

Dalam riwayat Al-Kulîny dengan sanadnya dari Abu Abdillah Ja'far Ash-Shadiq disebutkan, "Sesungguhnya Al-Quran yang Jibrail bawa kepada Muhammad shallallâhu 'alaihi wa âlihi adalah sebanyak tujuh belas ribu ayat." [Ushulul Kafy 2/350, Mansyurat Al-Fajr, Beirut, Lebanon, cet. ke-1 2007 M/1428 H]

Dalam riwayat lain, "... Mushaf Fatimah adalah seperti Al-Quran kalian ini (sebanyak) tiga kali ganda. Demi Allah, di dalamnya tiada satu huruf pun dari Al-Quran kalian .... "[Ushulul Kafy 1/295, tahqiq Muhammad Jaafar Shamsuddin, terbitan Darut ta'aruf, Beirut, Lebanon, 1990 M/1411 H]

Muhsin Al-Kâsyâny, seorang ahli tafsir mereka, berkata, "Faedah yang terpetik dari riwayat-riwayat melalui jalur Ahlul Bait 'alaihimus salam adalah bahawa Al-Quran yang berada di tengah kita tidaklah sempurna sebagaimana yang diturunkan kepada Muhammad shallallâhu' alaihi wa âlihi wa sallam. Bahkan, dalam (Al-Qur `an) itu, ada yang menyalahi (firman) yang Allah turunkan, ada pula yang telah berubah lagi terganti dalam (Al-Quran). Juga sesungguhnya banyak hal telah dibuang dari (Al-Qur `an), di antaranya adalah nama Ali pada banyak tempat. Selain itu, Al-Quran juga tidak berada pada atas susunan yang diredhai di sisi Allah dan di sisi rasul-Nya shallallâhu 'alaihi wa sallam." [Tafsîrush Shafy 1/49]

Syaikh kaum Syiah, Al-Mufid, berkata, "Sesungguhnya khabar-khabar yang datang sangatlah banyak, dari para imam petunjuk dari keluarga Muhammad shallallâhu 'alaihi wa âlihi, tentang pertentangan Al-Quran dan apa-apa yang orang-orang zalim adakan berupa penghapusan dan pengurangan di dalamnya .... "[Awa` ilul Maqalat hal. 8]

Ucapan ulama Syi'ah dari dahulu hingga kebelakangan ini menunjukkan aqidah mereka, bahkan Syaikh kaum Syiah, An-Nuri At-Thabarsy, mempunyai buku khusus yang bertajuk fashlul Khithâb Fî Itsbati tahrif Kalami Rabbil Arbab (Kata Pemutus tentang Penetapan Terjadinya Perubahan pada [Al -Quran] Kalam Rabbil Arbab). Kalau ada dari kalangan Syiah yang mengingkari perubahan dan pertukaran Al-Quran, hal tersebut hanya berasal dari aqidah taqiyyah mereka.

Pegangan dan kumpulan dari Al-Quran, dengan berbagai riwayat dari masa para sahabat sehingga hari ini, semuanya tidak berlaku di kalangan Syiah.

Ahli hadis dipercayai kaum Syiah, Al-Kulîny, menyebutkan bab "Tiada yang Mengumpul Seluruh Al-Quran, Kecuali Para Imam (A), Sedang Mereka Mengetahui Seluruh Ilmu (Al-Quran)".

kemudian diteruskan riwayat dengan sanadnya dari Abu Ja'far Muhammad Al-Baqir bahawa Abu Ja'far berkata, "Tiada seorang pun dari manusia yang mengaku mengumpulkan seluruh Al-Quran sebagaimana yang diturunkan, melainkan seorang pendusta. Tiada yang mengumpul dan menghafal (Al-Qur `an) sebagaimana yang Allah Taala turunkan, kecuali Ali bin Abi Talib ('A) dan para imam selepasnya (' A)." [Ushulul Kafy 1/284, tahqiq Muhammad Ja ' far Syamsuddin, terbitan Darut ta'aruf, Beirut, Lebanon, 1990 M/1411 H]

Dalam sifat Imam Mahdi kaum Syiah, mereka menyebutkan bahawa Imam Mahdi akan keluar dengan membawa kitab baru. Mereka menyebutkan, "Telah mutawatir dari para imam yang suci shalawatullahi 'alaihim bahawa imam zaman serta utusan masa dan waktu shalawatullahi wa salamuhu' alaihi akan datang dengan kitab baru, sangat keras terhadap orang-orang Arab, dan kebanyakan tentera-tenteranya adalah anak-anak ajam (bukan Arab). "[Al-Fawa` idul Madaniyyah Wasy Syawahidul Makkiyyah hal. 532-533, Muhammad Amin dan Nuruddin Al-'Amily]

Maha Suci Allah dari kekafiran kaum Syiah. Allah telah berfirman,

إن الذين كفروا بالذكر لما جاءهم وإنه لكتاب عزيز. لا يأتيه الباطل من بين يديه ولا من خلفه تنزيل من حكيم حميد

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap Al-Quran, ketika (Al-Quran) itu datang kepada mereka, (pasti akan celaka), dan sesungguhnya (Al-Quran) itu adalah kitab mulia. Tiada kebatilan yang datang pada (Al-Quran), baik dari depan maupun dari belakangnya, diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji." [Fushshilat: 41-42]

Diterjemahkan dari sumber dzulqarnain.net




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
p/s: Jika ada diantara blogger yang ingin bertukar pautan link dengan detikislam.blogspot.com, boleh lah pm di facebook admin.

Juga kepada blogger-blogger yang telah membuat pautan link detikislam di blog masing-masing tetapi admin masih tidak meletakkan pautan link blog saudara saudari, minta pm juga di facebook admin. Sekian, Terima Kasih

Blog's stats Jumaat 30.12.2011 bersamaan 4 Safar 1433

Back To Top
Profile Picture
©1433 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Anda digalakkan untuk memaparkan sumber asal bahan tersebut.
E-mel :@gmail.comatau Facebook :www.facebook.com/blogdetikislam