Puluhan Tentera Israel bertempiran lari diserang roket

Jet F-16 Zionis yang ditembak jatuh

Puluhan tentera Zionis Israel lari bertempiaran setelah pangkalan tentera Abu-Salem Karam diserang tembakan roket dari pejuang Palestin.

"Puluhan tentera Zionis Israel larikan diri dari tembakan roket para pejuang," kata sumber pejabat berita Mi'raj News Agency (MINA) di Jalur Gaza.

Selain pangkalan tentera, sebuah kapal perang milik Zionis Israel juga berjaya dihentam oleh roket pejuang. "Kapal perang juga dihentam peluru berpandu tapi belum diakui oleh pihak Zionis Israel," kata sumber itu.

Kenyataan rasmi dari sayap tentera Hamas, Brigadier Izzudin Al Qasam, berjaya menembak roket sejauh 56 kilometer dengan sasaran Tel Aviv, ibu kota Israel.

"Ini pertama kali dalam sejarah gerakan serangan balas, boleh menembakkan roket bernama Grad dengan jarak sasaran 56 kilometer," kata sumber MINA di Gaza mengutip pernyataan itu.

Serangan roket pejuang itu sebagai balasan atas serangan udara Zionis Israel ke Jalur Gaza yang mengakibatkan beberapa korban jiwa dan merosakkan bangunan milik orang awam.

Comments