Akhirnya,Tentera Yahudi pengecut mohon gencatan senjata


Lima hari selepas serangan pertama rejim Yahudi Zionis ke Gaza, para pejuang Palestin menunjukkan tentangan luar biasa dan mampu menyasarkan kedudukan-kedudukan strategik Yahudi Zionis di bawah tanah, khususnya Tel Aviv, sebagai sasaran roket-roket mereka.

Keadaan ini memaksa pemimpin rejim Yahudi Zionis untuk meminta gencatan senjata tanpa syarat dengan Hamas, demikian dilaporkan oleh Qodsna Ahad (18/11).

Timbalan Perdana Menteri rejim Yahudi Zionis, Moshe Yaalon dalam wawancaranya dengan saluran 2 TV Israel mengatakan, "Demi mewujudkan kestabilan di wilayah penempatan Zionis, Israel bersetuju untuk gencatan senjata dengan Hamas dan pihak tengahnya Mesir."

Walaupun begitu, dia menambah, "Israel mengajukan empat syarat untuk gencatan senjata.

Tembakan roket dari Gaza ke beberapa kedudukan penting Zionis harus dihentikan, unit-unit tentera Yahudi di sempadan Gaza tidak boleh diserang, operasi ketenteraan anti-Israel harus dihentikan dan Hamas harus menerima tanggungjawab berkaitan Jalur Gaza, serta tindakan ketenteraan yang dilakukan kumpulan selain gerakan penentangan kepada Israel, ditentukan sendiri oleh rejim Israel.

Comments